Mereka yang sudi.......

Wednesday, March 16, 2011

Solod Lada


Salam makan malam.Solod lada salah satu resepi orang Kelantan.Lama doh tak buat solod lada.Kebetulan kat pasar tani hari tu jumpa lada hijau ni.Orang klantan buat solok dengan lada hijau muda bukan yang hijau tua.Solod ni makan dengan nasi krabu baru betul.Hari ni kita makan dgn nasi biasa aja.Angkat aja dari dapur kita terus ngap sebiji.Tak payah tunggu nasi doh,Air liur dah meleleh tunggu solod masak....sedap.... laling mesti suka.Tapi ling lada ni tak pedas la weh....pehe ko dok????

 Bahan-bahannya
 * 4 biji lada hijau muda ( dibelah dan dibuang bijinya)
* 4 ulas bawang merah
* 1 ekor ikan kembong direbus dan diambil isinya (pilih ikan yang besar)
* halia sebesar ibu jari
* 100 grm kelapa parut
* 200 ml santan pekat (boleh guna santan kotak jika suka)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula

Cara memasak
1- Tumbuk bawang,halia dan isi ikan.Masukkan gula dan garam.Tumbuk lagi.
2- Dalam mangkuk gaul bahan tumbuk dengan kelapa dan  tumbuk kelapa hingga sebati  (jangan terlalu lumat)
3- Masukkan kelapa yang ditumbuk tadi kedalam belahan lada hijau.Atur didalam periuk dan curahkan santan keatasnya.
4- Tutup periuk.Masak solod dengan api sederhana hingga santan mendidih dan lada menjadi lembut.tapi jangan sampai lembik.
p/s Boleh diratah begitu saja atau makan bersama nasi.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info