Mereka yang sudi.......

Saturday, March 19, 2011

Savoury Pancake Kentang

Salam pagi.Resepi ni Puan Ros dah pernah masukkan sebelum ni.Tapi hari ni ditambah sour cream and cheese kedalamnya dan mengunakan kentang yang jenis berlainan.Jom tengok resepi..

Bahan-bahannya
* 6 biji kentang (Russet) di parut
* 1 biji carrot diparut
* 1/2 biji bawang besar dimayang halus
* Sebiji cili merah atau hijau dipotong halus
* 1 tangkai daun bawang dipotong halus
* 4 biji telur gred c
* 3 sudu besar sour cream
*4/5 sudu besar tepung gandum
* 4 keping chicken meatloaf dipotong dadu
*1 ketul kiub ayam
* sedikit lada hitam
* 2 genggam chedar cheese atau cheese pilihan
* secubit garam (jika suka)


Cara memasak
1- Campur kentang dan carrot yang telah diparut.Perah keluar airnya seperti memerah santan kelapa dan buang airnya.
2-Masukkan bahan-bahan hirisan kedalam kentang tadi.Gaul rata.
3- Masukkan sour cream.telur dan tepung gandum, dan gaul sebati.Masukkan pula chicken meatloaf,kiub ayam dan lada hitam.Gaulkan semua sekali sampai sebati.(adunan akan menjadi  berair,jika suka tambah kan 1 sudu gandum)
4- Sapu minyak pada tray pembakar.Ambil sekepal adunan dan letakkan diatas loyang.jarakkan sedikit untuk mandapat keliling tepi pancake yang garing dan bulat.Tekan dengan  penekan burger supaya menjadi bulat.Biarkan  saja sos yang ada disekelilingnya.
5- Lebihan  dari adunan yang ada didalam mangkuk boleh disiram keatas pancake sebelum dibakar.
6- Panaskan oven pada suhu 170c dan bakar pancake lebih kurang selama 20 minit dan betu betul masak.Pastikan keliling pancake menjadi garing dan perang.keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 ke 10 minit sebelum dikeluarkan dari tray.
7- Boleh dihidang bersama cili sos atau mayonis atau makan begitu saja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info