Apple Turn Over

Salam  semua.Wat a weather ya! Hujan seawal lima pagi sampai lewat pagi dan tiba-tiba panas terik waktu tengahari dan habanya masih terasa sehingga kepetang malah mungkin berlarutan ke tengah malam rasanya.My laling pun mengomel walau pun berada dalam swimming pool tapi airnya suam dan bukan sejuk.Yang peliknya belah utara pula dilanda banjir.So how?????I am making this apple turn over for tea.But since the weather is so hot it has burned my apple turn over as well la....What a powerfull hit!
Bahan-bahannya
* 2 keping puff pastry  (Jenama pampas)
* 3 biji epal hijau dipotong kecil
* 4 sudu besar gula perang
* 1 sudu kecil serbuk kayu manis
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 biji telur di kocok sedikit


Cara membuatnya
1- Puff pastry di potong empat segi menjadi 8 keping semuanya
2- Dalam mangkuk gaulkan semua bahan hingga rata(pastikan campuran epal terus diguna selepas digaul untuk mengelakkan ianya terlalu berair).
3- Ambil sekeping Kulit pastry dan letakkan dalam 1 sudu campuran epal.Sapu keliling pastry dengan telur dan lipat dua.Tekan sekeliling pastry mengunakan garpu. Sapu telur diatas pastry.
4- Bakar dengan suhu 200c sehingga puff kelihatan kuning keemasan dan masak lebih kurang selama 25 minit.



Comments

Popular Posts