Carrot Raisin Bun

Salam pagi .Asyik makan roti kentang aja.hari ni tukar selera pada roti carrot. Warna yang cantik,texture yang lembut dan gebu serta rasa yang lemak manis.Untuk ibu-ibu buat lah roti sihat ni untuk anak-anak.Tengok resepi kat rumah hana dan Izah.Thank you both.P.Ros minta izin cnp ya. 




CARROT RAISIN BUN

Bahan-bahan
300g tepung roti
50g gula -p.ros masuk 80 grm(kita suka roti manis)
2 sudu besar susu tepung -tak letak
2 sudu besar marjerin -guna shortening
6g yis kering
1/2 biji telur
1sk bread improver 
100g carrot - potong kecil dan rebus empuk
60g kismis-tak letak sebab lupa
90-100ml air @ susu segar - P.ros guna 80 ml susu mesin dgn carrot

Bahan kastad -tak buat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
1/2 cawan susu segar
 kacau atas api hingga pekat. dan masukkan piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss
susu segar+madu - sebelum bakar
butter - selepas bakar

Cara-cara
Rebus carrot hingga empuk. Toskan. Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh, ONkan dan tunggu hingga siap.
Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah. masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik hingga 2 kali ganda dari yang asal.
Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil. Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
Kemudian paipkan kastad di atas roti. Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe, sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan roti anda cantik. Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.

Comments

Popular Posts