Mereka yang sudi.......

Saturday, March 12, 2011

Ikan Talapia Bakar




Salam.Last night dinner.Ikan talipai bakar.Last sunday went to pasar tani .Beli daun pisang.Niat hati nak buat pulut bakar.Sampai hari ni belum sampai seru...Kebetulan P.Ros juga beli ikan talipia.So tak tahu apa nak masak.Teringatkan daun pisang maka terjadilah talipai bakar daun pisang ni dan makanlah kita nasi berpingan-pingan......
Bahan-bahannya:
* 1 ekor ikan talipia
* 1 labu bawang besar/beberapa biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 biji cili hijau
* 7/8 biji cili padi
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
* 1 sudu besar cili giling
* 1 sudu pes asam jawa
* garam dan gula secukup rasa 
* Daun pisang dan lidi penyucuk
Cara memasak
1- Blend semua bahan bersama sedikit air menjadi pes sambal.
2- Ambil sekeping daun pisang .letakkan separuh bahan sambal yang dimesin tadi.Letakkan ikan diatasnya dan letakkan lebihan sambal diatasnya.
3- Bungkus kemas ikan dan bakar dengan suhu 220c selama 10-15 minit.Boleh juga dibuka bungkusan daun pisang bahagian atas dan bakar dalam 5 minit supaya sambal agak kering. Hidang dengan nasi panas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info