Mereka yang sudi.......

Monday, March 14, 2011

Terung Goreng Switch-up

Salam makan malam.Pelik ke bunyi tajuk tu?Saja buat gempak la tu.. Bunyi macam Ana Olson dalam rancangan masakan Sugar la pulak.(1 of my favorite cooking programed) Setiap recipe yang dia masak hari tu dia mesti buat switch-up dengan barang yang samakan? So kita pun guna pakai la idea tu demi tidak membazir sambal yang masih berbaki dlm mangkuk kat dapur.Kebetulan la pulak terung yang kat dlm peti juga dah mula nak lembik.(Resepi sambal dlm N3 sebelum ni ya).So dengan mengunakan sambal yang sama lahirla resepi baru yang menyemarakkan lagi selera makan laling kita.What to do memang dia tukang makan.jom cicah.....


Bahan dan cara memasak.
1- 2 biji terung dibersihkan dan dipotong 2 dan dibelah menjadi 4 keping setiap satu.Panaskan minyak dan goreng terung beberapa minit hingga bahagian putihnya kelihatan kekuningan.Angkat dan toskan minyaknya.
2- Atur terung didalam pinggan dan letakkan sesudu atau sebanyak mana yang suka sambal udang kering kepal diatasnya.Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info