Mereka yang sudi.......

Thursday, March 3, 2011

Apam dot-dot

Salam to all. Semalam kita buat apam and today another apam for tea time.Hari ni apam dot-dot.Sebenarnya cerita pasal dot-dot-dot ni agak sensitif sikit.ada la beberapa murid kat tadika yang muka dan badannya berdot dot dot (chicken pox la tu..) pls take note everyone, now is a musim ya. Disebabkan benda yang dot-dot -dot ni 3 minggu lepas kita kena serang dan marah dengan seorang hamba Allah sebab kita tak bagi anaknya datang skolah kerana badannya berdot-dot dot.Apa nak buat ,manusia ada macam-macam perangai.Anak sakit pun kena hantar sekolah dan kita juga yang disalahkan.
Biarkan dulu crita dot dot chicken pox tu now kita buat apam dot dot ni yang agak sesuai untuk anak-anak. Tapi nak dijadikan cerita dot dot dot tu bila semua bahan dah dicampurkan didalam mangkuk,baru la perasan sebenarnya susu dlm kotak tu ada sikit aja (dlm 50 grm)Hati kita pun mula la dot dot dot geram (ini mesti little laling yang minum habis susu tu).....now what?????? Pandang kanan...pandang kiri...pandang.atas dan pandang bawah.......(dalam kebinet la tu) tiba-tiba nampak dot-dot-dot......1 kotak santan segera.Boleh ke????? ganti susu dgn santan...boleh lah malasnya nak gi kedai.Dan bila apam masak, Alhamdulillah... rasanya tetap macam apam.Amin!
Resepi ni di CNP dari dapur Hana.Thanks ya Hana.



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (P.Ros guna 200 gm)
  • 150gm susu segar (P.Ros ganti dengan  50grm susu + 100ml santan)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.  
  •  

2 comments:

  1. salam kak.ros..
    kiter datang kejap nih jenguk kakros.. dah lama tak menyinggah macam2 menu tertinggal... apam dot dot ada lg tak kak?? hihihi... thanx kak sudi try...

    ReplyDelete
  2. Hi hana nice to hear from u.Apam dot dot tu dah berdot dot dalam perut.hari ni masak apa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info