Pai Daging





Salam semua.Pai daging for brunch today. Dah lama tak buat pai daging ni.Biasanya Puan Ros gulung sebiji besar dan dipotong semasa nak dimakan. Hari ni  dimasukkan ke dalam 6 biji bekas sederhana besar dan 6 biji bekas yang kecil.Actualy makan sebiji pai ni pun dah agak kenyang.Jom tengok resepi....


 Kulit Pai
 * 4 keping  puff pastry jenama pampas (boleh beli kat Tesco)

Bahan Inti
* 1 packet minced beef  
* 1 biji bawang besar potong dadu
* 1 biji kentang potong dadu
* 1 mangkuk sayur campur
* 1 1/2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar gandum
* 1/2 sudu kecil lada hitam
* 1 keping kiub pati ayam
* Garam secukup rasa
* 1 cawan air

Cara memasak inti
1- Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga terbit bau.Masukkan gandum dan kacau rata.Masukkan pula tomato puree.Goreng sebentar dan masukkan air.Biarkan mendidih sebentar.
2- Masukkan kentang diikuti dengan daging hancur.Kacau lagi. Masukkan pula sayur campur.Biarkan mendidih.Masukkan pula kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
3- Biarkan daging mendidih dan air agak kering (Jangan sampai terlalu kering sebab bila sejuk daging akan menjadi betul-betul kering- tak sedap kalau inti pai kering.)
4- Rasa dahulu sebelum diangkat dan sekiranya suka boleh masuk garam. Angkat dan sejukkan.


Cara membuat pai
1- Keluarkan kulit pastry dari peti sejuk dan biarkan sebentar.Guna cawan atau mangkuk ,terap bentuk bulat diatas kulit pastry. Masukkan kulit pastry kedalam acuan.
2- Letak inti sebanyak yang disukai.Letakkan lagi sekeping terapan kulit pastry tadi diatas inti pai dan klim tepinya atau buatlah hiasan sesuka hati.Sapukan susu segar atau telur diatas permukaan pai.
3- Bakar dalam suhu 180 c sehingga pai kelihatan perang dan kuning keemasan lebih kurang dalam 30 minit. Selamat mencuba.

Comments

Post a Comment

Popular Posts