Mereka yang sudi.......

Monday, November 29, 2010

Udang Masak Beryani

Salam.Sebenarnya udang ni masak untuk dinner smalam.Puan Ros guna instant santan trim cap ayam sebab malas nak gi kedai  beli klapa parut ,tapi menjadi juga.Biasanya instant santan ni guna untuk kuih muih.hari ni kita buat gulai pulak.Pekat dan lemak.Apa-apa pun janji sedap.

Bahan-bahannya
500 grm udang sederhana besar
1 labu bawang besar
2 batang serai 
1 inci halia
2 sudu makan tomato puree
4 sudu makan rempah briyani
1 biji cili hijau
2 tangkai daun pasley
1 kotak santan trim cap ayam (200ml) 
1 biji tomato
garam,gula dan asam keping
kayu manis ,bunga lawang dan buah pelaga (blogger blogger  panggil rempah 4 sekawan)


Cara memasak
1-Blend bawang besar, cili hijau halia dan serai.
2- Panaskan 4 sudu makan  minyak masak dan tumiskan rempah 4 sekawan.kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend.Tumis sebentar.
3- Masukkan tomato puree dan rempah briyani yang dah dicampur bersama 4 sudu air, Masak hinga rempah sedikit garing 
4-Masukkan santan dan dikacau biar sebati.masukkan garam gula dan asam keping.Goreng sehinnga rempah kelihatan sedikit pecah minyak.
 5- Masukkan udang ,daun pasley dan 1 biji tomato yang dipotong 4.Masak sampai air udang kering dan gulai kelihatan pekat.Tambah asam garamnya jika perlu.Siap untuk di hidang.
p/s udang tak boleh dimasukkan cepat-cepat sebab ianya cepat masak jadi goreng rempah biar sampai pekat dan pecah minyak dahulu.kalau rasa rempah macam pekat sangat campurkan sedikit air dan kacau.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info