Mereka yang sudi.......

Tuesday, November 30, 2010

Lempeng Bilis

Salam pagi . Malam tadi ronda-ronda kat dapur org lain dan nampah dapur KakRose (bukan Puan Ros) masak lempeng.So pagi ni senang crita breakfast masak lempeng la.Apa yang ada kat dapur itulah yang kita masukkan.

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan susu
1 biji telur
1 cawan air (ikut kepekatan yang dikehendaki la ya)
1 cawan ikan bilis saiz kecil
10 batang daun kucai dipotong halus
1/2 biji bawang besar dimayang halus
secubit garam
minyak masak


Cara Memasak
1-Campurkan gandum.susu,air,telur dan garam.kacau rata.Boleh diblend jika suka.
2-Masukkan garam,kucai dan bawang besar.
3-Sapukan minyak dalam kuali(Gunakan Kitchen paper towel) dan masukkan 1 senduk kecil adunan.
4-Goreng dan balikkan lempeng supaya kedua-dua belah nampak garing.
5-Hidang kan bersama cili sos atau mayonis.(Puan Ros and laling gulung sambal daging kat dalam.)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info