Crepe Blue Berry & choc chips


Salam pagi sabtu semua.Pagi ni Puan Ros nak masak crepe.Yang ni bagus untuk anak-anak kita .Dia orang mesti suka crepe choclate chips.Biasa nya crepe dilipat 3 segi.tapi tak apa lah ya kita lipat 2 aja.Janji crepe ni lembut dan sedap.Puan Ros bagi resipi asas crepe,filling tu mama-mama boleh reka sendiri.Filling crepe tak semestinya manis aja,yang savoury pun sedap juga.Lain kali kita buat yang tu .Now kita layar yang ni dulu......


Bahan-bahannya
1 cawan susu segar(Susu dlm peti ada 1/2 cawan aja so P.Ros campur 1/2 cawan susu dgn 1/2 cawan air)
1/2 cawan gandum
2 biji telur 
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak
secubit garam


Bahan Inti
blueberry pie filling (boleh beli kat kedai kek)
Choclate chips (P.ros guna Van hounten brand)


Cara-cara memasak
1- campur semua bahan crepe dan putar dgn pemutar kek sehingga semua sebati.Let it rest for 15 minutes.
2- Sapukan sedikit butter dlm kuali dan masukkan 2 sudu besar adunan crepe.
3- Untuk choclate chips crepe masak sehingga adunan crepe kelihatan masak diatasnya dan tunggu sehinnga bahagian bawahnya agak kekuninggan.Taburkan choclate chips sebanyak mana yang disukai ,biarkan sekejap.Lipat dua crepe dan bolehlah diangkat.
4-Untuk blueberry filling masak crepe sehingga kedua belah kelihatan kekuninggan.Angkat dan masukkan blueberry sebanyak yang disukai dan lipat dua.Boleh dihidangkan dgn fresh cream jika mahu.














Comments

Popular Posts