Mereka yang sudi.......

Saturday, November 13, 2010

Ayam Bakar

\Salam makan malam semua.Hari ni agak sibuk banyak buku yang nak di double check before TSI parent-teacher day.New parent came for inquiry and drove to IOI Mall to buy some materials for the children project on this coming Wednesday.By the time Puan Ros finished running  around and reached home wah dah pukul 5 petang.People always think we kindergarten teachers only worked half day. Oh no no no....Half day only spend with the kids at the kindy.Other things have to take care and do after school hrs.So nak senang perap kan ayam dan masuk oven.Boleh la pegi mandi manda kejap!!!!


Bahan-bahan
3 keping whole leg chicken
sedikit halia
beberapa keping potongan bawang
2 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
1/2 biji capsicum hijau dan merah atau kuning
Brokoli


Cara memasak
1- Bawang putih,bawang besar dan halia dipotong dan masukkan kedalam periuk bersama air dan garam. .Masukka ayam.Air biar sampai menutupi semua ayam.Rebus sampai mendidih dan ayam keluar minyak.Angkat dan masukkan kedalam mangkuk.
2.- Didalam mangkuk campurkan semua bahan sos bersama ayam.Masukkan juga halia,bawang putih dan bawang besar dari air rebusan ayam tadi.Perapkan selama 45 minit  ke 1 jam.
3- Sapukan sedikit minyak diatas dulang dan letakkan bawang besar dan capsicum yang dipotong tadi dan letakkan ayam diatasnya.
4- Bakar ayam dgn suhu 200c degree selama 20 minit dan kurangkan pada 180 selama 20 minit lagi hingga ayam nampak garing dan kekuningan.Balik-balikkan ayam semasa proses membakar.
5- Sos yang masih ada didalam mangkuk tadi boleh dipanaskan .Biar sedikit kering dan curahkan keatas ayam semasa menghidang.
6- Brokoli di rebus sekejap sahaja didalam air yang dicampur sedikit minyak makan.Hidang bersama ayam













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info