Mereka yang sudi.......

Saturday, November 27, 2010

Ikan Goreng Sambal

Hai semua.pagi semalam Puan Ros menjalakan.Ha ni la dia ikannya.Dapat la 6 ekor ikan selar.Boleh la masak untuk makan malam ni.Sebab penat menjala kita guna instant sos aja untuk resipi ikan ni.Boleh tahan juga rasanya


Bahan-bahannya
6 ekor ikan selar dipotong 2(sebenarnya ikan tu dipotong pekerja kat supermarket tu,tak suruh pun)
1 bungkus sos ikan bakar brand adabi
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong nipis
1 sudu besar garam
1 sudu kecil kunyit
1 sudu besar gula
1 cawan minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Bersihkan ikan dan sapu garam kunyit.Goreng ikan dan ketepikan.
2- Didalam kuali yang sama gunakan separuh saja minyak gorengan tadi.Masukan hirisan bawang besar dan goreng sekejap.
3- Masukkan 1 paket rempah ikan bakar dan 1/3 cawan air. Masukkan 1 sudu besar gula (Untuk mengurangkan rasa masam rempah).biarkan sos mendidih dan masukkan cili merah.
4-Goreng  sampai naik minyak dan masukkan ikan yang digoreng tadi.Kacau sebati ikan dan sosnya.Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidang


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info