Mereka yang sudi.......

Saturday, November 27, 2010

Kacang Panjang Goreng Tauhu

Salam makan malam semua. sayur ni adalah gandingan untuk ikan goreng sambal tadi.Sorry la sayur ni pun puan ros masukkan sedikit cincaluk.bukan apa ,dah makan skali teruja la pulak.Lagi pun sementara semangat nak masak cincaluk masih ada baik buat.,kan dah bertukar arah balik ke budu nak wat lagu mana?.Jom masak


Bahan-bahannya
7 batang kachang panjang
2 keping tauhu pejal
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cincaluk
1/2 biji cili merah
secubit kunyit dan secubit garam

Cara Memasak
1-kacang panjang dipotong runcing.
2- Tauhu dipotong 2 dan dihiris sederhana nipis.
3-Panaskan 2 sudu minyak dan goreng tauhu bersama kunyit selama 3 ke 4 minit.Masukkan bawang putih yang di hiris halus.Goreng sekejap lagi.masukkan cincaluk dan dikacau rata.
4-Masukkan kacang panjang , bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang dipotong nipis.kacau dan rasa samaada cukup masin ke tidak.(tambah garam jika suka.) kacau rata..jangan goreng kacang terlalu lama takut layu dan hilang kerangupannya.
5- Angkat dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info