Mereka yang sudi.......

Friday, November 26, 2010

Roti Jala kaler-kaler


Morning every one. Ini resipi breakfast pagi ni.Pagi pagi kita bangun menjala sebab masih lagi dalm musim tak boleh masak daging.tapi ini menjala kat darat aje jadi tak dapat la ikan.Resipi memang dah ada.Tapi masa Puan Ros jalan-jalan kat blog masakan ada beberapa blog yang buat roti jala kaler-kaler.Memang cantik cara dia org menjala.Tapi Puan Ros tak brapa pandai tak apa tetap nak buat juga.Kat sini tak sebut nama blog-blog tu sebab ada banyak yang mencuba.Walau apa pun thank you  pada mereka semua for sharing the resipi.Depa punya memang cantik .Kita punya so so aje tapi meriah sebab kaler kaler..Hari ni makan dgn kari lain kali nak buat kuah manis la pulak sebab kaler dia buat kita rasa ceria dan manis. masa tulis blog ni tiba-tiba nampak my laling tengah cicah roti jala ni dgn gula for lunch.kan dah cakap warnanya buat kita ceria dan rasa manis. hi hi hi

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1sudu kecil garam
sedikit kunyit serbuk,pewarna merah dan hijau.
Minyak masak 

Cara Memasak
1- Campurkan gandum,air,susu,telur dan garam.Blend sampai halus.Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna setiap satu.
2-Panaskan kuali. Lipatkan kitchen towel dan celupkan kedalam minyak masak.Sapu rata pada kuali.
3-Senduk adunan dengan sarang roti jala dan liraikan dalam kuali dari kiri kekanan dan atas kebawah beberapa kali..Biar sampai masak.
4-Angkat dan lipat roti jala mengikut bentuk pilihan  masing-masing.
p/s*  Puan Ros buat 2 adunan sebab 1 adunan tak brapa nak cukup-1 adunan tu boleh dapat dalam 15 biji.
     * 2/ 3 biji yang pertama mesti tak boleh pakai sebab melekat kat kuali.Lepas tu bila kepanasan kuali dah ok semuanya menjadi la ya.So jangan bimbang.







2 comments:

  1. Salam Pn Ros. TQ singgah blog saya & salam perkenalan dari saya juga. Welcome to blogging world.

    ReplyDelete
  2. Hi Roz.Nice to hear from you.Will keep visiting your blog as I found it very refreshing.Just call me kak Ros as Puan Ros is Wat the kids and parents call me at the kindy :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info