Koleh Ubi Badak

Hi semua.I cooked this around 10.30 at night.Ubi badak ni dibeli masa kat kuantan hari tu.Dah lama tak makan ubi rebus.Nampak aja ubi badak ni terus beli Puan Ros beli yang warna putih campur purple.Sampai rumah pagi-pagi bangun rebus ubi for sarapan.But sad to say Puan Ros dgn laling saja makan .Puteri-puteri tu tengok pun tak nak.Ayo.......geramnya.Sedih tengok ubi yang tak disentuh dalam pinggan.As not to waste the ubi,keluarla idea meracau ni.....Tapi bila dah masak dan siap untuk dimakan semua cakap sedap pulak........emm....


Bahan-bahannya:
2 ketul besar ubi badak
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan gandum
1 cawan santan
1 biji telur
Cara-caranya
1- Ubi di kupas dan dicuci hingga bersih.Rebus sampai empuk.Air mesti menutupi semua ubi semasa merebus.
2- Lenyek ubi sampai hancur.Masukkan air rebusan ubi tadi bersama santan.Campur hingga sebati.(air rebusan ubi ni agak pekat dan berkanji.Nasib baik air nya belum dibuang masa nak masak koleh ni)
3- Masukkan telur dan gula dan kacau lagi sampai sebati.
4- Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuang adunan kedalamnya,Kukuslah sampai lidi keluar bersih bila dicucuk kedalam koleh.
5- Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.Boleh juga disimpan didalam peti semalaman sebelum dihidang.












Comments

Popular Posts