Mereka yang sudi.......

Wednesday, November 24, 2010

Dory goreng tepung

Salam semua.This few days you all going to see only the fish recipies.Very sorry Mr. Cow , we had enough of you during raya korban.Small laling and senior laling memang tak nak makan daging dah.....Sebulan dua lagi ok la tu kot....amin. So hari ni pagi-pagi suruh my 2nd princes go to giant to buy dory fish.Bolehlah considered as fish and chip.Kubis dan carrot pun ada,bolehlah buat coselaw.


Bahan-bahannya
5 keping ikan dory dipotong 2
2 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit kunyit serbuk
serbuk berperisa lada putih ajishio
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
 garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Basuh bersih ikan dori.Boleh mengunakan air limau semasa mencuci jika mahu.Keringkan sedikit airnya.
2- Perapkan ikan bersama perasa ajishio sekejap.
3- Bancuh tepung beras bersama air,kunyit dan sedikit garam.(Biarkan adunan sedikit cair kerana akan menjadi pekat setelah dimasukkan ikan bersalut tepung gandum nanti).
4- Ambil sekeping ikan dan golek-golekkan dalam tepung gandum(Jangan terlalu banyak gandum pada ikan)
5- Celupkan ikan tadi kedalam bancuhan tepung beras dan goreng terendam dalam minyak yang agak panas.
6- Gorenglah sehingga ikan kuning keemasan dan hidang semasa panas.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info