Mereka yang sudi.......

Friday, November 5, 2010

Crispy tortillas


Salam pagi semua......... Crispy tortillas ni kalau buat minum petang lagi sedap,tapi Puan ros buat untuk sarapan sebab ianya cepat dimasak.Lagi pun lepas ni nak masak pulut kuning untuk Mr hubby b-day.Pulut kuning ni leceh sikit tapi Mr hubby punya pasal semua boleh.....


Bahan-bahannya
3 keping tortillasdipotong 4atau 8 setiap satu
1/3 tiub daging hancur(itu aja yang ada dlm peti)
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan tomato puree
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu wochestershire sauce(optional)
sedikit garam
mozarella cheese


Cara memasak
1-Panaskan minyak dan masukkan bawang putih diikuti bawang merah.Goreng sampai layu dan masukkan tomato puree
2-Masukkan daging dan goreng sampai air daging nampak kering.masukan sos dan garam.Goreng sampai masak dan angkat.
3- Dalam dulang pembakar aturkan tortillas yang dipotong tadi.sudukan  gorengan daging tadi ditengah setiap keping tortillas dan taburkan cheese diatasnya.
4-Bakar lah selam 10-15 minit sampai tortillas keperangan dalam suhu180.

p/s tortillas tu sebenarnya Puan Ros beli untuk buat kebab 3 hari lepas.Ada lebih 3 keping tak tahu nak buat apa itulah keluar idea crispy tortillas ni.Resipi ni boleh dijadikan finger food kalau ada party .









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info