Mereka yang sudi.......

Thursday, November 25, 2010

Mangkuk Roti Berlauk

Salam semua.Ini Resipi breakfast pagi ni.Resipi ni bagus untuk anak-anak dan mengenyangkan.Bahan-bahannya pun senang.Puan Ros buat ni masa hari jadi hana dulu.I saw this recipe sometime back in the magazine.Recipe asal tak ingat sepenuhnya.Tapi bahan asasnya roti dan telur senang nak ingat.\

Bahan-bahannya
 18 keping roti(banyak ke? kat umah ni ada 6 org hari ni so nak buat 2 /3 biji seorang)
2 cawan susu segar

2 biji telur
1 cawan cheese emborg pizza topping(Giant ada jual)
butter secukupnya

bahan inti
2 batang sausage
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
2 batang daun bawang
1/2 labu bawang besar
seulas bawang putih
secubit garam
3 sudu besar minyak masak

cara-memasak inti
1- Panaskan minyak .tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.masukkan sausage.Goreng sekejap.
2-telur dicampur secubit garam dan dipukul sedikit bersama susu.Tuangkan kedalam sausage tadi. masukkan daun bawangGoreng hingga telur masak.(Jangan sampai kering).Angkat dan sejukkan.
3-Roti dibuang tepinya dan disapukan sedikit butter.Masukkan kedalam tin muffin.Tekan-tekan sedikit supaya menjadi seperti mangkuk.(tin muffin disapu sedikit butter sebelum dimasukkan roti).
4-Masukkan satu sudu besar inti  kedalam setiap manngkuk roti tadi.
5-Susu yang 2 cawan tadi dipukul bersama 2 biji telur.Kemudian masukkan bancuhan susu sebanyak 2 sudu besar kedalam mangkuk roti.,
6-Potong dadu 5 keping tepi roti dan campurkan bersama cheese.Taburkan campuran ini keatas mangkuk roti tadi..
7- Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas roti nampak garing.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info