Cake Pop

Hi semua .Ok this time puan Ros nak kongsi resepi yang anak-anak kita buat kat tadika untuk kelas masakan tahun ni.Budak-budak memang suka ni sebab ianya very choclaty.......semuanya dah tak sabar nak mulakan project dan nak makan. Ada yang suruh mamanya telifon tanya resepi....... So kalau mama-mama ada kelapangan buat lah untuk dia orang ya, especially untuk b-day dia orang.Prosesnya memang mudah.Sorry gambar ni diambil masa dia org tengah buat kek pop tu so agak tak kemas sikit .Tak apa lah ya!

Bahan-bahanya 
1 biji butter marble cake saiz kecil yang dah siap-boleh beli kat giant or tesco (kami guna 12 biji kek untuk project hari ni)
2 keping cooking coklat
2 sudu fresh milk
1 sudu shortening/butter
coklat rice yang bewarna-warni atau apa-apa deco pilihan sendiri
lolipop stick

Cara-caranya

1-Ramas hancur kek marble. 
2-Campurkan 1 keping coklat  masakan,susu dan shortening masak secara double boiling setelah sejuk sedikit campurkan kedalam kek tadi.gaul hingga rata menggunakan tangan.(masuk  sedikit2 adunan coklat takut kek jadi terlalu lembik.proses ni bergantung pada kelembabpan kek yang dibeli).
3-Setelak adunan kek sebati buatkan bebola kek.(boleh dapat dalam 12 biji bergantung pada saiz yang di buat).
4-Masak kepingan coklat yang kedua secara double boiler(tampa susu dan shortening)
5-celup batang lolipop kedalam coklat dan cucuk kedalam bebola kek.Masukkan kedalam freezer selama 45 minit atau 1 jam.
6- Keluarkan dari peti sejuk dan celupkan bebola kek kedalam coklat tadi  (panaskan semula coklat tadi sekiranya ia dah keras) dan pusing-pusingkan sehingga coklat rata.Hiaslah 
sesuka hati dan cucuk diatas sponge untuk memudah kan coklat keringg. Siap untuk dimakan apabila salutan coklat dah keras.
* Boleh refer gambar-gambar dalam blog tadika kalau tak brapa pastidengan prosesnya .




















Comments

Popular Posts