Nasi Ayam Bersos Tiram


Salam .....resepi nasi ni biasanya Puan Ros masak kalau angin malas melanda diri. 2 in 1 resepi la ni.Tapi masak juga 1 jenis sayur sebab hubby n the girls tak sempurna makan kalau tak ada sayur. .Idea nasi ni sebenarnya dari claypot  chicken rice maalumlah my hubby kan chinese so Puan rose pun kena ambil kira selera dia.Dulu ada claypot tapi dah pecah so senang cerita masuk semua dlm rice cooker.

Bahan-bahannya
4 pot beras (pot rice cooker)
6 ketul drumstick
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan (optional)
1/2 sudu kecil garam
sedikit daun bawang untuk ditabur

Cara memasak
1- Dalam mangkuk campurkan ayam, bawang putih,bawang merah dan ketiga-tiga sos serta kedua-dua minyak. perap selama 1-2 jam.
2-Basuh beras dalan ricecooker sama seperti masak nasi biasa, masukkan air secukupnya dan masukkan perapan ayam dan garam. .kacau rata.
3- Masaklah nasi seperti biasa.Setelah nasi mendidih boleh lah buka periuk dan kacau sedikit.Biarkan sehingga masak
4-Tabur daun bawang semasa menghidang
*They love to eat this with cili sos dan sayur goreng sos tiram













Comments

Popular Posts