Tauhu Bungkus

Hi .. a very good evening to you all ladies..Tauhu ni masak for tea time today. Suppose to clear apa2 balance kat dalam fridge sebab lusa nak balik kampung hariraya.So my humble small kitchen here will be closed for a  few days.Idea resipi ni sebenarnya dari pasar malam.Asal gi pasar malam mesti nak beli tauhu ni,Hari ni hati berdetik-detik kata cuba buat...cuba buat....tapi kat pasar malam makcik tu pakai tepung gandum.Puan Ros guna tepung goreng serba guna adabi campur bread crum.Boleh juga rupanya ya !


Bahan-bahan
6 keping tauhu
1/2 biji timun
20 sen taugeh
2 biji cili padi (nak lebih pedas tambah ya)
1 tangkai daun bawang


Bahan tepung
2 biji telur
90 gram tepung goreng serba guna adabi
50 gram bread crumb
Air secukupnya
Minyak untuk deep fry


Cara-caranya
1- Tauhu digoreng hingga kuning dan sejukkan.Kemudian potong 2 menjadi bentuk triangle.
Buat slit ditengah untuk dimasukkan inti.
2- Timun dipotong halus.Rendam taugeh dalam air panas selama 3ke 4 minit.dan toskan.Potong cili padi dan daun bawang.Campurkan semua bahan sayur.
3-Masukkan hirisan sayur tadi kedalam tauhu.Ketepikan.
4-Didalam mangkuk campurkan tepung goreng adabi,bread crumb dan telur.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh sampai bancuhan nampak tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat .
5-Celupkan tauhu tadi kedalam tepung bancuhan dan goreng hingga garing dengan api sederhana.(lakukan perlahan-lahan semasa mencelup supaya inti tak terkeluar).
6-Hidang bersama thai cili sos.
p/s : Tak payah masuk garam sebab tepung serbaguna dah ada perasa.



Comments

Popular Posts