Mereka yang sudi.......

Thursday, March 31, 2011

Kek Apple Cinnamon

Salam petang.Ini adalah upacara perasmian salah satu tray kek yang dibeli semalam.Juga mengunakan lebihan filling apple turn over yesterday.Kek masam manis dan lembut enak dimakan bersama teh o panas tampa gula.Hari ni pun cuaca agak panas,so minum teh for tea time agar sejuk lah sikit suhu badan ni ya.

Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung gandum
* 120 grm gula
* 125 grm butter
* 1 sudu kecil baking powder
* 2 biji telur gred A
Apple filling
Gunakan lebih kurang 1 1/2 atau 2 biji apple hijau yang dipotong kecil dan dicampur 1 sudu kecik cinnamon,3 sudu besar gula perang dan 1 sudu besar tepung gandum Gaul sebati semua barang.Biarkan sehingga 2 jam supaya air apple mula keluar dan menjadi seperti sos.(P.Ros  simpan dlm peti selama 1 malam).

Cara-cara memasaknya
1- Pukul gula dan butter  hingga lembut.Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
2- Masukkan gandum dan baking powder.Kacau rata.Tuang sos apple dan kacau adunan hingga sebati
3- Sapu baking tray dgn sedikit butter dan tuang adunan kek kedalamnya.
4- Letak filling apple diatas kek dan ratakan sedikit.
5- Bakar dalam suhu 170 c lebih kurang 35 minit atau sampai apple kelihatan masak.




Stew Bebola daging

Salam makan malam.Pastinya semua dah pun makan malam kan?Malam yang panas ni agaknya akan berpanjangan sampai besok.Maybe I should consider to join the kids for swimming class at the kindergarten tomorrow.I wish.....
Anyway I cooked this simple stew for dinner tonight.Kalau tak nak makan dgn nasi boleh makan dgn roti..Jom tengok resepi.

Bahan-bahannya
* 15 biji bebola daging (P.Ros beli yang dah siap)
* 2 biji kentang dipotong bulat (P.Ros guna cookies cutter)
* 1 biji carrot dipotong bulat (P.Ros guna cookies cutter)
* 1/2 biji capsicum merah dan 1/2 biji capsicum kuning
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 1/2 sudu tomato puree
*1 sudu besar butter
* 1/2 keping kiub pati ayam
* 2 1/2 cawan air
* 1 batang kayu manis
* 1 keping bunga lawang
* garam dan gula secukup rasa 
* 1/2 sudu kecil mix spiece (Mccomick)


Cara memasak
1-Panaskan butter,tumis bawang putih dan bawang besar, goreng hingga layu.Masukkan pula kayu manis dan bunga lawang.
2-Tambah tomato puree dan goreng hingga terbit bau.Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3- Masukkan bebola daging diikuti oleh kentang dan carrot.Biarkan ia mendidih.Tambah kiub ayam,gula dan garam.Masukkan capsicum.
4- Masukkan pula mix spieces. Kecilkan api dan biar stew merenih dalam 1/2 jam atau sampai kentang dan carrot lembut.
5- kentang yang dah lembut tadi gunakan separuh untuk dilecek hancur dan campur bersama kuah dan kacau sebati.Ini bagi menolong memekatkan kuah stew.Makan lah semasa panas-panas.

Sale Punya Pasal

Hari ni nak masak satu jenis sayur pun tak ada dalam peti ais.So berangkat la kita ke Giant dgn niat nak beli sayur dan ikan.Nak masuk ke Giant memang nak kena lalu depan sebuah kedai bernama Menu Kitchenware.Ada bunyi macam nama blog kita la...Tup..tup nampak ada sale, dan kebanyakkannya barang-barang untuk baking.Emm apa lagi hati didalam menggaru-garu suruh singgah.Bila dah singgah apa lagi ,hati didalam menggaru-garu suruh beli....Walau pun cupcakes mould tu dah ada disebabkn 50% punya pasal maka terangkut dan terbeli lah barang-barang yang tertera kat bawah ni...Harganya berbaloi berbanding dengan barang-barang yang agak berkualiti.Sale person kat kedai tu tanya dah nak buat kueh raya ke? Dah nak raya ke eh.....? Nampaknya balik nanti ada la orang yang akan syorkan raya nanti gantung aje benda-benda ni kat badan kita... dah tak payah pakai baju raya. Tak cukup-cukup lagi ke barang dalam grobok tu? Sorry ling.....nanti I masak sedap-sedap bagi u makan ya.Jangan marah...


Baking tray 3 different sizes RM10.00
Baking Tray RM8.75
Baking Tray RM14.45
Baking Tray RM 8.75


Cresent cake Mould RM 1.75 Each

 Meat Turner RM 1.25 And Cake Turner RM 1.75

Wednesday, March 30, 2011

Apple Turn Over

Salam  semua.Wat a weather ya! Hujan seawal lima pagi sampai lewat pagi dan tiba-tiba panas terik waktu tengahari dan habanya masih terasa sehingga kepetang malah mungkin berlarutan ke tengah malam rasanya.My laling pun mengomel walau pun berada dalam swimming pool tapi airnya suam dan bukan sejuk.Yang peliknya belah utara pula dilanda banjir.So how?????I am making this apple turn over for tea.But since the weather is so hot it has burned my apple turn over as well la....What a powerfull hit!
Bahan-bahannya
* 2 keping puff pastry  (Jenama pampas)
* 3 biji epal hijau dipotong kecil
* 4 sudu besar gula perang
* 1 sudu kecil serbuk kayu manis
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 biji telur di kocok sedikit


Cara membuatnya
1- Puff pastry di potong empat segi menjadi 8 keping semuanya
2- Dalam mangkuk gaulkan semua bahan hingga rata(pastikan campuran epal terus diguna selepas digaul untuk mengelakkan ianya terlalu berair).
3- Ambil sekeping Kulit pastry dan letakkan dalam 1 sudu campuran epal.Sapu keliling pastry dengan telur dan lipat dua.Tekan sekeliling pastry mengunakan garpu. Sapu telur diatas pastry.
4- Bakar dengan suhu 200c sehingga puff kelihatan kuning keemasan dan masak lebih kurang selama 25 minit.



Sunday, March 27, 2011

Pai Daging





Salam semua.Pai daging for brunch today. Dah lama tak buat pai daging ni.Biasanya Puan Ros gulung sebiji besar dan dipotong semasa nak dimakan. Hari ni  dimasukkan ke dalam 6 biji bekas sederhana besar dan 6 biji bekas yang kecil.Actualy makan sebiji pai ni pun dah agak kenyang.Jom tengok resepi....


 Kulit Pai
 * 4 keping  puff pastry jenama pampas (boleh beli kat Tesco)

Bahan Inti
* 1 packet minced beef  
* 1 biji bawang besar potong dadu
* 1 biji kentang potong dadu
* 1 mangkuk sayur campur
* 1 1/2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar gandum
* 1/2 sudu kecil lada hitam
* 1 keping kiub pati ayam
* Garam secukup rasa
* 1 cawan air

Cara memasak inti
1- Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga terbit bau.Masukkan gandum dan kacau rata.Masukkan pula tomato puree.Goreng sebentar dan masukkan air.Biarkan mendidih sebentar.
2- Masukkan kentang diikuti dengan daging hancur.Kacau lagi. Masukkan pula sayur campur.Biarkan mendidih.Masukkan pula kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
3- Biarkan daging mendidih dan air agak kering (Jangan sampai terlalu kering sebab bila sejuk daging akan menjadi betul-betul kering- tak sedap kalau inti pai kering.)
4- Rasa dahulu sebelum diangkat dan sekiranya suka boleh masuk garam. Angkat dan sejukkan.


Cara membuat pai
1- Keluarkan kulit pastry dari peti sejuk dan biarkan sebentar.Guna cawan atau mangkuk ,terap bentuk bulat diatas kulit pastry. Masukkan kulit pastry kedalam acuan.
2- Letak inti sebanyak yang disukai.Letakkan lagi sekeping terapan kulit pastry tadi diatas inti pai dan klim tepinya atau buatlah hiasan sesuka hati.Sapukan susu segar atau telur diatas permukaan pai.
3- Bakar dalam suhu 180 c sehingga pai kelihatan perang dan kuning keemasan lebih kurang dalam 30 minit. Selamat mencuba.

Saturday, March 26, 2011

sardine Ring 2


Salam. Pagi tadi sebelum gi Esso carnival kita menempa cincin lagi atas permintaan 1st princess yang hanya sempat makan 1 saja kali pertama kita buat last 2 weeks. Sebelum ni P Ros masukkan sardin yang tak dimasak,tapi hari ni P.Ros tumis dulu sardin tu.Rasanya tetap lebih kurang sama. Sedap dimakan untuk breakfast bersama kopi.

Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 5 keping roti prata (jenama kawan)
* 3 keping sardin (1 tin sederhana besar)
* 2 ulas bawang merah
* 1 1/2 sudu miyak untuk menumis
* sedikit garam dan lada sulah


cara memasak
1- Lenyek sardin hingga hancur.Potong bawang merah nipis-nipis.
2- Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang dan masukkan sardin.kacau sekejap.masukan garam dan lada sulah.Kacau dalam 2 3 minit.Angkat dan sejukkan.
3- Potong 2 roti pratha. letakkan 1 sudu kechil sardin yang telah dimasak tadi pada bahagian yang dipotong .Gulung pratha kemas-kemas. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung roti dan buatlah simpulan yangl rata dan kemas.
4- Panaskan 2 cawan minyak masak.Goreng hingga garing.sedap dimakan waktu panas.
 little laling at the carnival.we did not stayed long because the weather is very hot!!! lo.....

Onion Ring,Tuna Quiche & Choclate Water cake

 
Salam semua.Ini resepi makan malam tadi.2 tiga hari ni tak ada masa nak tulis blog dan P.Ros masak yang simple-simpla saja.Hari ni pun nak masukkan gambar dulu sebab lepas ni  nak bawa little laling gi Esso carnival.The owner's daughter is 1 of the students at my kindy. So every body is invited to attend the carnival today.Balik nanti baru tulis resepi onion ring tu.Resepi tuna quiche dan water chocolate cake tu adalah resepi ulang tayang. sapa-sapa nak boleh cari dalam blog archive ya.


Onion Ring
Bahan-bahannya
* 2 biji bawang besar dipotong bulat
* 250 ml susu segar
*180 grm tepung gandum  + 20 grm tepung beras atau tepung jagung
* 1 biji telur
* garam secukup rasa
* sedikit kunyit serbuk
* 1 sudu kecil lada sulah
* minyak untuk deep fry


cara memasak.
1- Pukul telur dan susu, masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2- panaskan minyak dengan api sedrehana.Celup bawang kedalam adunan tepung dan goreng bawang hingga garing.Hidang bersama cili sos.




Wednesday, March 23, 2011

Kacang Botol Goreng

Salam semua.Resepi simple untuk makan malam ini.Old laling,little laling 2 chair-chair(there is a story behind the words that I used in one of my previous N3) or I normally referred to them as my 2 princess,semuanya suka sayur yang ringkas ni.So habis la nasi satu periuk malam ni.Alhamdulillah.


Bahan-bahannya
* 4 -5 biji kacang botol dipotong kechil
* 2 biji bawang putih dipotong potong halus
* 1/2 biji bawang besar
* 1 sudu kecil cili giling
* Segenggam ikan bilis
* Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak
1- Panaskan 3 sudu besar minyak makan.Goreng ikan bilis hingga sedikit garing dan masukkan bawang putih.Kacau sebentar.
2- Masukkan cili giling dan kacau hingga terbit bau.masukkan pula kacang botol dan potongan bawang besar.Tambah garam dan gula secukup rasa.
3- Kacau selama 3 ke 4 minit.tutup api dan siap untuk dihidang.

Tuesday, March 22, 2011

Delicious Chocolate Truffle Cupcakes

Salam.Ini project tengah malam tadi.I saw this cup cakes at easybakes and really fall in love with the pictures. Since all the ingredients ada kat dapur (not the same brand of chocolate ) so without further delay kita pun terus la buat.Lagi pun kita ada kitchen helper yang never failed to help  messing up the kitchen.The verdict for the cupies..... memang sedap.Thank you yat for sharing.P. Ros cnp the recipe here.

Ingredients (Makes 20) [I made 1/2 batch & got 5](P.Ros dapat 13 cupies)
5 eggs
125g caster sugar
75g flour
40g cocoa powder (I used Valrhona)
50g dark cooking chocolate
65g butter


Method
Preheat oven 180C.. prepare paper cups
Melt dark cooking chocolate and butter.
Beat eggs and sugar until fluffy, add sifted flour and cocoa powder, stir well
Add melted butter and chocolate, stir well, scoop batter into paper cup.
Bake at 180C for approximately 15 minutes or until cooked
Cool cupcakes before piping Ganache.
Ganache topping
250ml fresh cream / whipped cream / heavy cream (I used double whipping cream) (P.Ros guna 200ml whipping cream)
250g dark cooking chocolate (I used 150g of Lindt chocolate, 50% and 100g of valrhona chocolate, 64%) (P.Ros guna 200 grm cooking chocolate)
30g unsalted butter


        Kitchen helper for hire



Monday, March 21, 2011

Kek Kukus Biskut Marie


Salam.This is another project from the new cooking book that I newly bought.Actually yesterday I tried 2 recipes from the book. The 1st one is the lemak kari ikan masin for dinner and one more is this kek kukus biskut marie for tea time. This cake is very soft and very nice.Bahan-bahannya pun agak simple.Walau pun atas kek tu nampak berkedut-kedut tapi sedap (mungkin kita pasang api kuat sangat).Today bawa gi sekolah bagi cikgu try.Ustazah kata sedap.....tima kaseh.... ..Boleh cuba bila lapang ya!

   
Bahan-bahannya
*200 grm margarine (P.Ros guna butter)
*150 grm gula perang
*4 biji telur
* 250 grm biskut marie (dihancurkan)
* 1 sudu besar serbuk koko
* 1 sudu besar instant coffee
* 2 sudu besar air panas
* 1 sudu kecil vanila essence

Cara memasak:
1- Pukul butter dan gula hingga  lembut. Masukkan telur dan dan pukul lagi hingga gebu dan creamy.
2- Masukkan biskut marie yang dah diblend hingga menjadi seperti tepung(guna blender untuk bahan kering).Kacau rata.
3- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.1 bahagian dimasukkan serbuk koko dan instant coffee yang dah dicampurkan dgn air panas.Biarkan 2 bahagian lagi dengan warna asal.
4-Letakkan kertas minyak/parchment paper dalam tray berukuran  8 inchi.Masukkan 1 bahagian biskut marie yang berwarna asal.Ratakan dan kukus selama 10 minit.
5- Lapiskan pula dengan adunan yang berperisa coklat dan kukus lagi 10 minit.Akhir sekali masukan adunan akhir biskut marie dan kukus lagi 10 minit atau sehingga kek masak.
6- Biarkan kek betu-betul sejuk sebelum dipotong.
p/s biskut marie boleh diganti dgn cream crackers atau digestive biskut.
Source : A Taste Of Malaysia Cook Book by Petsie Cheong







Sunday, March 20, 2011

MasakLemak Kari Ikan Masin

Salam makan malam.Salah 1 resepi dari buku masakan yang baru dibeli masa ke book store with little laling the other day. Buku dlm bahasa English tapi kita tuliskan semula dlm bahasa malaysia ya. kari lemak ni memang  menyelerakan cuma bahan sayurannya saja tak lengkap.Apa pun masak lemak kari ni tetap menjadi dan laling kita senyum sampai ketelinga. Makan ling jangan tak makan dia siap tanya " can you cook the pineapple fried rice?".Actually pineapple is 1 of his favorite fruit,but not me so I jarang beli.Sesekali kita beli  dia terlebih perasan yang kita terlebih sayang kat dia la kot.Memang pun...siapa tak sayang suami kan????? Jom layar resepi dulu..


Bahan-bahannya
*100 grm ikan masin tanau.(P. Ros guna ikan kurau) dicuci bersih dan direndam 1 jam
*150 grm nenas dibotong kiub
*1 biji terung dibelah 4 (Tak masuk sebab kat Mydin tadi masa dah nak bayar baru perasan terung tak timbang so kita tinggalkan aja)
*1 biji cili hijau dipotong 2
* 1 biji cili merah dipotong 2
*40 grm cili kering dipotong dan direndam*
*100 grm bawang merah*
* 50 grm bawang putih
*1 tbsp belacan (tak masuk,nanti princess tak leh makan)*
* 3 batang serai*
* 2 biji buah keras*
* 1/2 inci kunyit hidup (P,Ros pakai yang serbuk)*
* 500 ml santan dari 1 biji kelapa
* Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak
1- Kisar semua bahan bertanda *
2- Panaskan 4 sudu minyak masak dan  goreng bahan kisar hinga terbit bau .
3- Masukkan isi ikan, nenas dan juga cili besar. Kacau sebentar.
4-Masukkan santan dan kacau.Biar kan ia mendidih.Masukkan sedikit gula.
5-Rasa masam-manis kari lemak dan masukkan sedikit garam jika mahu.(P.Ros tak masukkan sebab ikan tu memang dah masin).Hidang la dgn nasi panas.
Source :A Taste Of Malaysia Cook Book by Petsie Cheong





Saturday, March 19, 2011

Savoury Pancake Kentang

Salam pagi.Resepi ni Puan Ros dah pernah masukkan sebelum ni.Tapi hari ni ditambah sour cream and cheese kedalamnya dan mengunakan kentang yang jenis berlainan.Jom tengok resepi..

Bahan-bahannya
* 6 biji kentang (Russet) di parut
* 1 biji carrot diparut
* 1/2 biji bawang besar dimayang halus
* Sebiji cili merah atau hijau dipotong halus
* 1 tangkai daun bawang dipotong halus
* 4 biji telur gred c
* 3 sudu besar sour cream
*4/5 sudu besar tepung gandum
* 4 keping chicken meatloaf dipotong dadu
*1 ketul kiub ayam
* sedikit lada hitam
* 2 genggam chedar cheese atau cheese pilihan
* secubit garam (jika suka)


Cara memasak
1- Campur kentang dan carrot yang telah diparut.Perah keluar airnya seperti memerah santan kelapa dan buang airnya.
2-Masukkan bahan-bahan hirisan kedalam kentang tadi.Gaul rata.
3- Masukkan sour cream.telur dan tepung gandum, dan gaul sebati.Masukkan pula chicken meatloaf,kiub ayam dan lada hitam.Gaulkan semua sekali sampai sebati.(adunan akan menjadi  berair,jika suka tambah kan 1 sudu gandum)
4- Sapu minyak pada tray pembakar.Ambil sekepal adunan dan letakkan diatas loyang.jarakkan sedikit untuk mandapat keliling tepi pancake yang garing dan bulat.Tekan dengan  penekan burger supaya menjadi bulat.Biarkan  saja sos yang ada disekelilingnya.
5- Lebihan  dari adunan yang ada didalam mangkuk boleh disiram keatas pancake sebelum dibakar.
6- Panaskan oven pada suhu 170c dan bakar pancake lebih kurang selama 20 minit dan betu betul masak.Pastikan keliling pancake menjadi garing dan perang.keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 ke 10 minit sebelum dikeluarkan dari tray.
7- Boleh dihidang bersama cili sos atau mayonis atau makan begitu saja

Friday, March 18, 2011

Nasi Ayam Sos Tiram Dan Cendawan

Salam makan malam.Our simple diner tonight.Resepi campak-campak.I normally cooked this a few times a month especially bila angin malas melanda.So setiap kali masak nasi ni bahan yang dicampak-campak kedalamnya berbeza-beza bergantung pada apa yang ada kat dapur. Tapi yang lebih penting tukang-tukang makan kat rumah ni dgn senang hatinya akan menyampakkan nasi ni kedalam mulut masing-masing tampa mengira apa yang kita campak kedalamnya.Lagi satu sayur  mesti ada.So tonight I boiled the brokoli with a bit of oil and salt and sprinkle a bit of salt and pepper (Ajishio) semasa menghidang.Jom layar resepi. 



Bahan-bahannya
* 4 cawan beras
* Air bergantung pada beras yang digunakan
*10 ketul ayam
* 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
* 4 ulas bawng putih dicincang halus
* 3 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap manis ( boleh campur 2 sudu kicap manis dan 1 sudu kicap pekat)
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu kecil minyak bijan
* 1 ketul pati ayam
* secubit garam
* Sedikit lada hitam
8 biji cendawan tiram (rendam 1 jam)- buang tangkainya


Cara memasak
1- Dalam mangkuk campur semua bahan kecuali cendawan dan perap bersama ayam selama 1 jam.
2- Cuci beras dalam periuk electric.(Kurangkan sedikit air dari biasa sebab nanti air ayam akan keluar bila dimasak bersama nasi).
3- Masak nasi seperti biasa.Bila  nasi dah mula mendidih,masukkan ayam yang diperap bersama bahan sos tadi dan juga cendawan. Tutup periuk. Buka periuk selepas 10 minit dan kacau rata nasi dan ayam.Tutup  semula periuk dan biarkan nasi sampai masak.Tekan semula butang periuk sehingga nasi betul-betul masak.
4- Hidang nasi bersama sos cili.P.Ros and laling makan dengan sambal.

My Little Laling Little Pleasure

There are no other places that can make my little laling happier..Book shop! This is our second visit for this week.She loves books......Our house are full of books.....We are more than happy to take you to a book shop anytime any where as you are our little blessing from God Al mighty. At the age of 6, she is now able to read  many  books and starting to read the sub-title on TV.We are very proud of you little laling.(I gave birth to Hana 17 years after I had my 2nd princess) Never did I and my laling imagine after 17 years we will be blessed with a baby again . Anyway here she is .......making our life full with dramas every day and every night!
Hana Helena Harith Thean (6 yrs old)





Carrot Raisin Bun

Salam pagi .Asyik makan roti kentang aja.hari ni tukar selera pada roti carrot. Warna yang cantik,texture yang lembut dan gebu serta rasa yang lemak manis.Untuk ibu-ibu buat lah roti sihat ni untuk anak-anak.Tengok resepi kat rumah hana dan Izah.Thank you both.P.Ros minta izin cnp ya. 




CARROT RAISIN BUN

Bahan-bahan
300g tepung roti
50g gula -p.ros masuk 80 grm(kita suka roti manis)
2 sudu besar susu tepung -tak letak
2 sudu besar marjerin -guna shortening
6g yis kering
1/2 biji telur
1sk bread improver 
100g carrot - potong kecil dan rebus empuk
60g kismis-tak letak sebab lupa
90-100ml air @ susu segar - P.ros guna 80 ml susu mesin dgn carrot

Bahan kastad -tak buat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
1/2 cawan susu segar
 kacau atas api hingga pekat. dan masukkan piping bag utk paip atas roti.

Untuk gliss
susu segar+madu - sebelum bakar
butter - selepas bakar

Cara-cara
Rebus carrot hingga empuk. Toskan. Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh, ONkan dan tunggu hingga siap.
Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah. masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik hingga 2 kali ganda dari yang asal.
Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil. Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
Kemudian paipkan kastad di atas roti. Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe, sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan roti anda cantik. Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.

Thursday, March 17, 2011

Food For Thought And A B-day Celebration

Salam semua.Malam ni tak ada resepi yang boleh dimakan,tapi something untuk direnung bersama.Tips ni P.Ros dapat dari 1 of the blog masa blogwalking.Di N3 ini juga nak tepek sedikit gambar-gambar masa P.Ros dan teachers pergi Hightea at the Marriot Hotel IOI 2 minggu lepas.Its just happened that 3 of my teachers celebrating their b-day in March.We are supposed to have the gathering  last Dec,but due to so many reasons we have to postponed it.Now baru lah ada peluang nak blanja all my beloved teachers makan-makan.We were entertained by the 3 gentlemen with live music and songs.The center piece for the day is of cause the b-day cake (made by the clown) hi..hi...hi...untung I tak payah beli kek hari jadi tau...ha ha ha.
We have a good food,good laughed (with the clown, hi. hi hi ) and good time together.Thank you teachers from the bottom of my heart for being with me  all this years.And happy b-day to all the beautiful ladies.... 

Pssss : yang kecik tu bukan teacher ya! tu anak 1 of  my teacher happened to have the same b-date with her mother.Happy-B-day girl....


Adapted : Littleworldgalleryblogspot
Sause : Noami Susan

 
1st
Don't let someone become a priority in your life, when you are just an option in their life.
Relationships work best when they are balanced.

2nd
Never explain yourself to anyone.
Because the person who likes you doesn't need it, and the person who doesn't like you won't believe it.

3rd
When you keep saying you are busy, then you are never free.
When you keep saying you have no time, then you will never have time.
When you keep saying that you will do it tomorrow, then your tomorrow will never come. 


4th
When we wake up in the morning, we have two simple choices.
Go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams.
Choice is yours.

5th
We make them cry who care for us.
We cry for those who never care for us.
And we care for those who will never cry for us.
This is the truth of life, it's strange but true. Once you realize this, it's never too late to change.

6th
Don't make promise when you are in joy.
Don't reply when you are sad.
Don't take decision when you are angry.
Think twice, act twice.

7th
Time is like a river. You can't touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again.


http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info