Sup Timun Dan Bebola Daging

Salam untuk semua.. Ine menu malam tadi. Semalam cuaca agak panas.Panas-panas macam ni biasanya my laling will be very happy kalau kita masak sup timun tua yang boleh menyejukkan badan dan sememangnya kegemaran dia..Kebetulan pula kita ada beli timun tua ni.Tinggal lagi kena pikir apa yang nak dicampur ke dalamnya.Memandangkan kat dalam peti ais ada 200 grm daging hancur maka kita putuskan buat bebola daging yang simple dan cepat saja.Jom layar resepi simple.Dah banyak kali pun masak dan post entry sup sebegini.Cuma bahan yang dicampurkan saja dipelbagaikan.Jemput cuba ya.


Bahan-bahannya
*Sebiji timun kuning 
* 1/2 labu bawang besar dimayang nipis
* 3 ulas bawang putih hiris halus
* 2 keping nipis halia dipotong memanjang
* 1 keping  kiub ayam
* bebola daging buat sendiri
* sedikit lada putih
* sebiji tomato dibelah 4 atau 6
*3 1/2 ke 4 cawan air (Suka la sebanyak mana kuah yang dikehendaki)


Cara memasak
1- Panaskan dalam 1/1/2 sudu besar minyak masak
2- Tumis bawang putih dan halia hingga terbit bau.
3- Masukkan air dan kiub ayam kacau sebentar.Masukkan pula timun tomato serta bawang besar.
4- Biarkan kuah mendidih dan kecilkan api.Biarkan sup diatas dapur dengan api kecil supaya timun lembut .Pada masa yang sama boleh lah dilakukan proses membuat bebola daging.
5- Apabila bebola daging dah siap,masukkan bebola daging sebiji2 secara perlahan dan jangan dikacau(mengelakkan bebola daging dari pecah didalam sup) Bila semua bebola daging dah dimasukkan,boleh la dibesarkan api dapur dan biarkan sup mendidih.Kacau perlahan.
6-Masukkan secubit garam dan sedikit lada putih,rasa kuah sup dan tambah apa yang patut.Pastikan timun betul-betul lembut dan boleh lah diangkat dan dihidang bersama nasi panas.Taburkan sedikit daun bawang  atau daun sup semasa menghidang.

Resepi bebola daging

* 200 grm daging hancur
* Sedikit bawang besar potong dadu halus
* 1 biji telur gred A
* 2 sudu besar bread crumb
* 1 sudu besar tepung jagung
* Sedikit garam dan lada sulah
* 1 sudu makan minyak masak
Cara: Campur semua bahan dan bekas hingga sebati.Basuh bersih tangan.Dengan tangan yang basah gentel adunan daging menjadi bebola.Jika bebola daging mula melekat ditangan dan tidak kelihatan licin ulang proses basuh dan basahkan tangan.Buat la bebola daging sampai habis.Bila semua dah siap bolehlah dimasukkan kedalam sup yang sedang dimasak.


                                                                   happy cooking

Comments

  1. sedapnya dapat hirup sup...slurp...slurp...

    ReplyDelete
  2. Salam KakRos, kita dah bersila ni sbb KRos yg ajak tapi naper nasi tak sampai2 lagi ni....hehe

    ReplyDelete
  3. Pagi Kak Ros,

    ish sedapnya kalau dpt hirup kuah tu...semalam nur pun masak sup bebola daging but I just bought yg instant punya daging...taste tk sama mcm buat sendiri tapi hubby suker...apo nak kato laie??

    ReplyDelete
  4. Salam Nur,Apa-apa pun janji kita masak untuk dia orang kan nur.kak ros pun selalu guna benda-benda yang instant ni.Tambah itu sikit ini sikit.Jadi sedap juga kan???

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..sedapnya layan sup2 macam ni...saya belum pernah lagi makan timun yang kaler kuning tu....Rangup tak isinya macam yang kaler hijau tu...?

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum Kak Ros..
    Menu yg simple dan sedap.. Naz suka timun kuning ni..best... Masak tumis air pun sedap timun ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts