Gembiranya hati seorang ibu

N3 sambungan wordless Wednesday.Tercapai sudah hasrat nak melihat anak memegang sekurang-kurangnya segulung ijazah.(the rest is up to you my dear girl). Bangun pukul 4 pagi dan buat kan sebiji kek coklat (she told me just make a simple cake if I plan to make one).Tinggalkan kek didapur tampa dihias dan bertolak ke UiTM jam 7 pagi sebab dia kena berbaris jam 8 pagi.
First planned to have a makan-makan in the house with all my family tapi my 2nd princess terlebih busy dengan exam dan presentation.Habis konvo bergegas ke tempat photo shoot and proceed with buffet lunch. Lepas lunch bergegas hantar the  2nd princess to Puncak Alam sebab exam pukul 4.Sampai rumah kaki dah penat..teringat kek belum hias dan bersama rengekkan little laling "mama i want to do the cake deco...mama let me do la.... mama pls i want to do...blaa..blaa.. dan sudahnya ini la kejadian kek nya.Memang bukan kaki menghias kek pun, saja-saja nak cakap orng lain yang hias tak cantik...Sila la jamu mata dengan gambar-gambar dibawah ya. Kalau tak suka dan tak de masa tak payah  la tengok.....


Kebanggaan mama dan papa..Viviana Harith Thean. Pemengang Ijazah Kepujian kelas Pertama beserta Anugerah naib chancellor.Syabas girl!(mama
tumpang glamor ya)

 

Ahak ...yang kecik ni  pun dah graduate Penerima anugerah sijil tamat tadika dengan kepujian kenakalan dan kuat makan kelas pertama (sebab skolah mak dia sendiri)



Respi kek?????? Nak jugak ke????
                                                          happy cooking 

Comments

  1. salam Ros
    Congratulations Vivian & Ros juga ya...mama Noor tumpang gembira..

    ReplyDelete
  2. emak mana yang tak bangga.. Tahnia untuk vie dan ros jugak.

    ReplyDelete
  3. Bunda tahnk u.Semua ibu pun pasti ada saat2 begini kan?

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk Viviana n mamanya jugak.... x lupa untuk sikecik tu....nak tunggu giliran kak rose lak...

    ReplyDelete
  5. Thank u kak Rose.Pasti hari yang gembira itu akan akan datang dalam hidup kak Rose.Kita sama-sama tunggu ya.

    ReplyDelete
  6. Tahniah tuk Vivian dan jugak mamanya....berbunga dan berbangga jauh disudut hati kan Kak Rose...
    Semuga Vivian terus berjaya...menjadi anak yang terus cemerlang....:D

    ReplyDelete
  7. berbunga2 hati mamanya bila tengok kejayaan anak2...:)

    ReplyDelete
  8. Tahniah untuk Vivian dan Ros, semoga terus berjaya! Bagitu juga perasaan kak bila anak kak mendapat ijazah sebagai peguam....

    ReplyDelete
  9. cik cek thank u sudi singgah.mana-mana ibu pun pasti gembira.

    ReplyDelete
  10. Salam Q.. thank u beribu-ribu lemon sudi singgah ya.Kak ros gembira sangat.

    ReplyDelete
  11. kak TnT.Thank u ya. Memang gembira kan.Ros tunggu yang no 2 graduate next year.Tahniah juga pada agak yabg dah ada anak bergelar peguam.nanti kalau ada kes kita cari ya!!!

    ReplyDelete
  12. Morning Kak Ros,

    Tahniah buat anak kak Ros...moga berjaya seterusnya.

    ReplyDelete
  13. Congratulations KakRos. I know how you feel! I'm waiting for my turn.... Wah, cantik kek tu, kreatip gak dgn topi tu.

    ReplyDelete
  14. Hihi hi...Along kalau tengok kek tu rasa malu sendiri..macam budak darjah 1 buat.Topi tu curi dari kepala beruang hadiah dia habis diploma 2 tahun lepas.Hahaha..kesian beruang tu skarang tak da topi.Anyway thank u Roz.Sebagai ibu memang kita bangga dan gembira.Bila giliran Roz nanti kongsi cerita dgn we all ya.

    ReplyDelete
  15. assalam kak Ros, lambat sikit singgah tapi nak wish juga.. tahniah buat kak ros dan anak kak Ros...tumpang gembira juga tgk anak akak berjaya ni semoga bertambah berjaya lagi nanti:)

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza.Thank u sudi singgah dan bagi tahniah ya.Hari ni little laling concert and graduation.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts