Nasi Ayam Minyak Bijan

Salam untuk semua.Nasi ayam ni dibuat untuk lunch dan dinner semalam.

Bahan Untuk Nasi
* 5 cawan beras
* 1 keping kiub pati ayam
* 5 keping halia yang dipotong nipis
* 2 tangkai daun parsly/chinese celery
* 1 sudu kecil minyak bijan
* 2 sudu besar butter/majerie
* Air dari sup ayam secukupnya
* Secubit garam
Cara memasak
1- Basuh beras hingga bersih dan tos airnya.Masukkan beras dan air sup ayam  yang telah siap dimasak secukupnya seperti memasak nasi biasa kedalam periuk elektrik.Semasa menyenduk sup pastikan bawang putih dan bawang besar disenduk bersama ya.
2- Masukkan pula pati ayam,butter,halia,garam dan daun pasli.Titiskan pula minyak bijan kedalamnya.Pasang suiz dan masak nasi macam biasa hingga masak.

Bahan sup
* 1 keping paha ayam
* 1 biji carrot dikupas kulit dan dipotong bulat
* 4 biji bawang putih hiris nipis
* Halia sebesar ibu jari dihiris nipis
* Setengah labu bawang besar dimayang halus
* 2 keping kiub pati ayam
* 2 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu kecil lada sulah
* Air secukupnya 
Cara memasak
Masukkan semua bahan kecuali lada sulah dan minyak bijan kedalam 1 periuk besar dan jerang atas api hingga mendidih..Masukkan pula lada sulah dan minyak bijan.Rasa sup dan tambah garam jika perlu.Kecilkan api dan bair sup mereneh seketika supaya kemanisan karrot dan paha ayam betul2 sebati dengan sup.Boleh la ditutup apinya.Taburkan daun bawang semasa menghidangnya.
Bahan-bahan untuk ayam
*15 keping campuran peha ayam dan kepak ayam
*5 ulas bawang putih ditumbuk bersama seinci halia.
*3 sudu makan kicap manis
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 3 sudu makan sos tiram
* garam dan gula secukupnya
* 1 sudu besar madu
* 1 sudu kecil minyak bijan
Cara memasak ayam
1- Basuh bersih ayam dan jangan dibuang kulitnya.Masukkan kedalam mangkuk dan gaul dengan semua bahan-bahan diatas.Perap selama 1 jam.
2- Selepas 1 jam atur ayam dalam periuk atau mangkuk tahan panas dan masak ayam dalam microvwave secara high selama 10 minit atau separuh masak.(begantung pada jenis microwave -jangan sampai ayam jadi keras).keluarkan ayam dari microwave dan masukkan kedalam bekas yang lain.Biarkan Sos ayam tadi didalam periuk untuk dijadikan sos hitam nasi ayam.
3- Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng ayam secara terendam dengan api sederhana sehingga ayam masak.



 Cara membuat sos hitam
1-Dalam periuk sos ayam yang baru dikeluarka dari microwave tadi tambah kicap cair dan 2 sudu besar sos cili.
2- Campurkan 1 sudu kecil tepung jagung bersama sedikit air dan masak sos hingga mendidih dan pekat .Rasa masin manisnya dan tambah apa-apa yang patut.Boleh lah diangkat.


Cara membuat sos cili
*6 tangkai cili merah
*10 biji cili padi
* Sedikit hirisan bawang besar 
*1/2 biji buah tomato
* 2 sudu perahan air limau nipis
* Garam dan gula secukup rasa
Blend semua bahan hingga hancur dan halus.(tambah sedikit air suam semasa memesin bahan sekiranya perlu).Cuba rasa dan tambah apa-apa yang patut.



Hidang nasi bersama salad,timun dan tomato serta semangkuk sup.

                                                           happy cooking





Comments

  1. as-salam
    Sedapnya….ermmm..rasa macam nak ngap ayam tu...

    ReplyDelete
  2. Kak Ros..dah lama mieza tk wat nasi ayam..selalunya pilihan keluarga ialah nasi ayam madu..sedapnya kak ros..terasa lapar tgk nasi ayam kak ros ni..nak sepinggan :)

    ReplyDelete
  3. alahai pn ros...kita nengok ayam awak tuh dh lapa neh...huhu sedap kan nasi ayam neh..

    ReplyDelete
  4. salam kak ros.. semalam tun pun mkn nasi ayam, tp nasi ayam kepci.. hihi.. tun duk sini kan, pelik betul, tun x jumpa lg minyak bijan .. ke tun je yg x cari betul2. huhu

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros....

    sedapnya kalau dapat join makan nasi ayam ni...:D

    ReplyDelete
  6. Salam Ady,makan nasi ayam ni kenyang2 lepas tu kita gi rumah ady untuk desert ya.Nak makan kek hijau yang menawan tu....

    ReplyDelete
  7. Salam Tun...biar betul..tak ada ke minyak tu kat sana???

    ReplyDelete
  8. Cik cek ,kak ros malas dan buat untuk makan tengahari dan malam skali.Suka dia org la nak makan pukul brapa.

    ReplyDelete
  9. Kak datang nak tumpang makan nasi ayam tu... Great presentation too!

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Ros..sedapnya saya tgk ayam tu..cantik kaler dia...lama betul saya tak buat nasi ayam...

    ReplyDelete
  11. Ros, k1 ni dh terlambat dtg ker.. Kalu dok dekat2 mmg serbu umah ros, dpt tulang ayam pun jadi laa..

    ReplyDelete
  12. Salam sue.Kak ros pun dah lama tak buat.Semalam teringin pulak nak makan terus buat.

    ReplyDelete
  13. Kak wan minta maap le..tulang pun dah diangkut lori sampah..hahaha....

    ReplyDelete
  14. wow..sounds amazingly tasty with excellent cliks..;)
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  15. sedapnya nasi ayam....lama nye tak makan nasi ayam...huhuhu

    ReplyDelete
  16. kalau nasi ayam letak minyak bijan ni teringat nasi ayam ipoh kan. guna minyak bijan. bertambah harum dan sedap. haii lapor la tengok nasi ayam kak ros memalam ni. hehe

    ReplyDelete
  17. Salam..Kak Ros, nanti silalah datang rumah dan sudi2kanlah ambil award dari sana yaaaa....

    ReplyDelete
  18. Salam Izah,nanti kak ros pun nak cuba ipoh mali nasi ayam tu...

    ReplyDelete
  19. Hai sue, ada award ke????layak ke ni??? anyway thank you beribu-ribu lemon ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts