Bread Bowl
Salam malam sabtu.Bread bowl memang kami anak branak suka. Suka pergi makan kat kedai.Tak pernah terpikir nak buat sendiri sebab rasa macam mesti tak boleh buat roti yang tak akan bocor bila masukkan sup.Tapi bila tengok kak1 pamerkan roti ni kat blognya yang diambil dari Zalina dua tiga hari lepas,hati bagai tak boleh ditahan2 untuk mencubanya.Dan hari ni kita mencubanya.Adunan resepi asal jadikannya 2 biji roti,tapi kita gatal tangan jadikan 3 biji roti.So roti kita agak cinonet sikit.Dan masa roti tu baru masak kita rasa kecewa kerana ingatkan tak dapat nak masukkan sup kedalamnya sebab nampak kecik aje.Tapi bila dah dikeluarkan separuh isinya ,rupanya masih ada ruang untuk sup.
Sebenarnya kami berlima kat rumah,so nak buat 2 biji rasa macam tak cukup,so kita sengaja buat 3 biji untuk dishare. Bila kita buat mangkuk roti tu kecil kena la potong permukaan roti tu nipis sikit sebab takut mangkuknya tak cukup dalam.Tapi hasilnya tak la mengecewakan dan mangkuk roti comel ni cukup untuk seorang skali makan.Apa pun lain kali kita pastikan 1 adunan tu hanya untuk 2 biji roti aje.(moral of the story la tu).
Thank you Zalina and kak1 for sharing this recipe.
Bahan-bahan doh
*170grm air suam
* 250grm tepung roti / high protein flour
* 65 grm tepung gandum
* 2 sudu besar shortening/lemak sayuran
* 3 sudu teh gula kastor
* 1/2 sudu teh garam
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/2 sudu teh yis segera
Cara membuat roti (Kita buat sama macam kak1)
1- Satukan semua bahan kecuali shortening dan air didalam mangku adunan dan putar mengunakan hook dengan speed perlahan.Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh bergumpal,masukkan shortening dan putar selama 10 minit menjadi doh yang lembut.
2- Bahagikan doh kepada 2 bahagian (kita jadikan 3 bahagian).Bulatkan doh dan tutup dengan plastik cling selama 30 minit hingga mengembang sekali ganda.
3- Leser dulang pembakar dgn shortening,tumbuk sedikit doh yang mengembang tadi untuk keluarkan angin,kemudian bulatkan kembali.Letak diatas dulang pembakar dan rehatkan selama 15minit lagi hingga doh mengembang.Sapu dengan susu sejat dipermukaan doh (kita sapu dengan susu segar saja).
4- Bakar dalan oven yang telah dipanaskan dirak bawah pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga roti keperangan.
Resepi sup(Kita guna short cut)
Bahan-bahan
* 2 tin kimball mushroom soup
* beberapa keping isi ayam dipotong kecil
* 1 biji carrot dipotong bulat
* 1 sudu besar butter
* 1 cawan susu segar
* Sedikit potongan dadu bawang besar
Cara-caranya
1-Panaskan butter dan goreng daging ayam hingga keluar air dan masukkan carrot.Kacau hingga ayam agak masak.
2- Masukkan 2 tin mushromm sup dan kacau sebentar.Campurkan dgn lebih kurang 1/2 tin air dan (guna tin mushroom soup) dan susu.Kacau hingga sup masak dan tambah apa-apa perisa mengikut selera masing-masing
Note: sup yang lebih boleh dicicah dgn isi roti yang dikeluarkan.
cara menghidang
happy cooking
Kakkkk hebat petang semalam duk sembang dah menjelma roti akak ,hebatnya my sis ni
ReplyDeleterajinnya kak..saya ingatkan roti tu beli je..rupanya dibuat sendiri...dah tengok gambar kak wan buat hari tu....memang sedap la roti cicah ngan sup..yummyyy..lama betul tak makan mushroom sup...
ReplyDeleteHai, mimie, masa sembang tu tengah tunggu roti mengembang.Dah siap sembang dah boleh bakar dan sup tu kan...dah separuh siap.hihihi.....
ReplyDeleteMorning quinie..Anak-anak aka suka mushroom sup.Mangkuk roti ni memang kak ros suka dari duli.Tapi kak ros punya tak da la secantik kak1 punya.
ReplyDeletesalam ros, K1 rasa okey gak wat 3 biji.. 2 tu besar sgt tuk seorang makan sedapkan cicah ngan sup K1 nk try cicah kari pulak hee hee :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Ros,
ReplyDeletewah sedapnya mushroom sup...fav anak pompan Nur nie kak...hmmm sedap dihirup dikunyah2 mushroom tu sambil nonton tv...hehe...akak sihat ke?
Kak1 tahnk u beribu lemon ya sebab konsi resepi tu.Kak1 nak cicah kari,ros pula rasa nak cicah sup tulang.Kak klantan kan dia org cicah roti dgn sup kan?Mesti sedap.
ReplyDeleteSalam Nur,kak ros anak branak pun suka mushroom soup.Memang suka cicah roti.
ReplyDeleteslm pn ros.. fav anak sulung saya ni.. selalu roti garlic jer.. tak prnh buat camni..
ReplyDeleteSalam Dzana.Boleh la cuba buat ni pulak.Ini memang kegemaran kak ros sekeluarga.
ReplyDeletesalam Kak Ros..dulu kala, zaman2 roti ni baru muncul kat cafe2 saya dengan jakunnya pernah tertanya2 ..Eh, lepas abis sup, roti tu boleh dimakn ke...? ha ha ha ha...
ReplyDeleteHahaha....lepas tu sue buat pa dgn roti tu ekkk????
ReplyDeletecomelnya bread bowl tu akak...
ReplyDeleteSalam Diana.Memang nampak comel sebiji kecik2.sesuai la kalau nak hidang untuk anaj2.
ReplyDelete