Sira Pisang


Salam untuk semua.Resepi simple ni bagaikan selingan saja.sebab pastinya ramai yang tahu bagaimana nak memasaknya tapi princess kita tak tau atau tak mahu tahu so nak la kena juga simpan resepi ni sebab dia org suka makan.Next time cook it your self ya my girls. kebetulan pisang ni di beri oleh my lovely jiran .Kalau seseorang tu dari klantan mesti dan wajib tahu macammana nak masak ni.Tutup mata sebelah pun boleh masak kot.Sira pisang atau pun sira labu menu kegemaran org2 klantan terutamanya dibulan puasa.
Semenjak diperkenalkan menu ni pada may laling 24 tahun yang lalu (usia perkahwinan kami la tu) ianya menjadi feberet dia tak kira la bulan puasa ke tidak.Seluruh isi rumah pun suka dan my princess lebih sukakan sira pisang yang banyak kuahnya so I normally make this with more syrup.

Bahan-bahannya
* 7 biji pisang nangka
* 1 1/2 cawan gula ( kurangkan kalau tak suka manis )
* 2 cawan air (kurangkan juga air jika gula dikurangkan)
* 2 helai daun pandan
* 1 sudu kecil vanilla (resepi asal kat kampung sebenarnya gunakan bunga cengkih)
* setitik pewarna kuning
Cara memasak
1- Dalam periuk masukkan gula ,air daun pandan,vanilla dan perwarna.
2- Jerang atas api hingga mendidih
3- Pisang dibelah 2 dan masukkan sekeping2 kedalam sirap yang mendidih.Perlahankan api dan biarkan sira pisang masak didalam sirap dalam 5 minit.Jangan dikacau.Balik-balikkan pisang secara perlahan supaya tak patah.Bila pisang dah masak boleh la diangkat dan sejukkan sebelum dimakan.
* Sirapnya agak cair semasa panas tetapi akan jadi agak pekat bila dah sejuk.Lebih sedap jika disimpam dalam peti sejuk sebelum dimakan.

                                                      happy cooking





Comments

  1. terasa manisnya kat lidah ni ros....
    bundo ni jakun ni sebab tak pernah makan hehe.

    ReplyDelete
  2. hhehehe..saya pun jakun cam kakpah jugak..tak pernah makan sira pisang ni..kekekke....selalu ada pisang tak pernah pun buat sira...pernah makan tapi jenis yg kering....lepas buat sira tu dia jemur kering..itu pun makan masa kecik2 dulu...heheh

    akak saje nak kasi tau saya dah buat yorkshire puding resepi akak tu..sedap la..makan dgn jem je...sekejap je dah licin..heheheh...nanti esok ke lusa ke saya letak kat blog...:)

    ReplyDelete
  3. Salam Ros..wah sira pisang..teringin juga nk mencuba nanti...

    ReplyDelete
  4. sedapnya saya membayangkan bau pisang, gula ngan pandan tu...

    ReplyDelete
  5. Salam kak Ros, desert kegemaran gak ni...Lama benar tak makan...

    ReplyDelete
  6. Salam bundo.Tak da la jakun,sebab memang makanan org pantai timur pun.Ros akan jadi jakun kalau org masak tempe sebab tak makan tempe.

    ReplyDelete
  7. Hai quinie.Terima kasih sudi cuba pudding tu.Kak ros tunggu ya....

    ReplyDelete
  8. Salam mama.lama tak dengar berita.Cuba la maniskan mulut dgn sira pisang ni pulak ya.

    ReplyDelete
  9. Salam Izah.Kat sini kalau setandan pisang disira pun boleh habis tau.

    ReplyDelete
  10. Salam sue,musim panas ni sedap buta sira pisang dan simpan dalam peti ais kan.

    ReplyDelete
  11. Salam Puan Ros...
    adeh dh terasa kemanisan sira pisang ini..pernah mkn sira pisang ni waktu nenek duduk dikampung suatu masa dulu... nostalgia betul!!

    ReplyDelete
  12. wow...sounds absolutely delicious..
    first time here...love your space..
    gorgeous recipe collection with nice presentation..
    Am your happy follower now..;)
    do stop by mine sometime..
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  13. Salam mama hawa,betul la makan2 yang sebegina memang nostalgia kan????

    ReplyDelete
  14. Hai Jay,Thank you for dropping by.Will surely drop by your kitchen soon!Do come again.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts