Ikan Sos Epal Hijau


 salam makan malam. Hari ni laling kita makan tak pandang kanan kiri  dek penangan ikan sos epal hijau ni.Masam-manis dan pedas memang boleh menaikkam selera sapa-sapa pun kan? Sebenarnya 1 biji epal ni adalah baki apel yang kita buat epal pai kat bawah tu. Ikannya pula rasanya boleh diganti dengan apa2 jenis ikan kot.Siapa nak boleh cuba .

Bahan-bahannya
* 2 keping isi ikan sutchi/dory (apa-apa isi ikan pun boleh kot)
* 1 biji epal hijau dipotong nipis dan dihiris memanjang bersama kulit 
* 1 sudu besar sos chili thai
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar chili boh
* 1 1/2 sudu besar sos ikan
* 1/2 cawan tepung jagung
* 8 sudu besar air
* Minyak secukupnya untuk goreng ikan secara terendam
Bahan tumis
* 3 ulas bawang putih dipotong halus
* 1 biji bawang besar saiz sederhana dimayang halus
* 10 biji cili padi hijau (separuh potong halus dan separuh biarkan sebiji-sebiji) 
* 2 batang serai dipotong halus
* jus dari 1/2 biji limau nipis
* Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Ikan dicuci bersih dan dikeringkan airnya.Sapu dengan secubit garam dan serbuk kunyit.
2- Sapu ikan dengan tepung jagung.Tepuk-tepuk tepung jagung pada ikan supaya tepung merasap kedalam daging ikan.
3- goreng ikan hingga garing dan ketepikan
4- Dalam kuali lain ambil sesenduk minyak  (agak-agak la ya) goreng ikan tadi dan tumis bawang, serai dan cili padi,kacau sebentar. Masukkan pula cili boh dan kacau hingga terbit minyak.
5- Masukkan pula semua bahan-bahan sos.kacau dan masukkan air.Biar sos mendidih dan masukan jus limau. Masukkan pula hirisan epal.
6-Biar sos mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.Rasa lah sosnya tambah apa-apa yang patut
7-Matikan api.Angkat sos dan siram keatas ikan yang siap digoreng tadi.Makan bersama nasi panas.
note: boleh simpan beberapa keping epal untuk hiasan dan tabur daun bawang semasa menghidang (hari ni kita kehabisan dau bawang)


            
                                                                   happy cooking
     







Comments

  1. Aslmkm Kak Ros,
    Kreatif ler... boleh try one day nanti. Datang nak apply job kat tadika... ada kosong ker...hehehe

    ReplyDelete
  2. Along.kak tengah cari mandarin teacher ni.Yang sekarang punya dah lawan tokey..dia buka cafe secret recepi,jeles kak ros tau. Anyway along boleh cuba apply ya!hi..hi..

    ReplyDelete
  3. As'salam Kak Ros

    Selamat pagi..Menu yang semstinya membuka selera ni. pasti memikat hati kalau disediakan untuk santapan insan2 tersayang ni kan. boleh lah ct cuba satu hari nanti ni kak Ros.

    izin kan copy resipi ya kak Ros, tr kasih banyak :D

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ros...Wahhh nampak menarik ni....idea yang bagusssss

    ReplyDelete
  5. Sue..kes nak habiskan apple,tapi jadi juga 1 resepi yang lazat.

    ReplyDelete
  6. menarik la idea ros, sedap sb epal tu pun ada rasa masam manis gak kan..

    ReplyDelete
  7. Salam kak wan...sila masuk.nanti kejap ros goreng ikan ya..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ros..sedapnyer ikan ni..tak pernah mieza masak dgn sos epal ni..pasti kena cuba ni..kak ros ni suka epal ye..sebab sebelum ni post epal pai...suami mieza suka epal pai..mieza semua bedal hehehe janji halal..lagi2 kalau org lain yg masak :)

    ReplyDelete
  9. salam mieza,epal tu memang dibeli untuk buat pie.Terlebih sebiji dan tercipta pula resepi masam-manis ni.Cuba ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts