Roti UFO

Salam Isnin.P.Ros masih bercuti sebab smalam baru habis concert.Kita declared skolah cuti so cikgi-cikgi boleh rest selepas penat bekerja keras demi menjayakan concert dan graduation semalam.


Pagi ni hati pun lapang dan teringat kat resepi roti UFO yang diintai dari dapur Wendy sejak beberapa hari yang lalu.Kebetulan semua bahan pun ada so kita buat untuk bfast pagi tadi.Boleh tengok original resepi kat sini.Sebenarnya kita takut nak paipkan topping tu banyak2 bila tengok ianya mula meleleh (walau pun masih banyak topping yang berbaki).Bila dah masak menyesal sungguh tak taruh topping lebih sikit sebab roti kita tak ada macam piring ufo(seperti roti yang Wendy buat).Tak apa nanti nak cuba lagi sebab toppingnya masih ada.Anyway thank you Wendy for the recipe.Will try again for 2nd time.
Source of recipe: Wendy- table for two or more
Bahan Doh
*160 gm tepung roti
*40 gm tepung gandum
*1 sudu kecil yis
*½ sudu kecil garam
*1 sudu besar tepung susu
*40gm gula
*30grm telur
*90 grm air water (P.Ros guna 80grm macam Wendy juga)
*30 grm butter(P.Ros cair kan sedikit dan sejukkkan sebentar sebab baru keluar dari petiais)
* sedikit teung gandum untuk digunakan semasa menguli adunan jika adunan agak melekat pada tangan.


 BahanTopping
*40 grm gula
*sedikit vanilla essence
*30 grm tepung gandum
*¼ sudu kecil baking powder
*10 grm ground almond
*45 grm butter yang dicairkan


Cara-caranya:

1.Campurkan semua bahan kedalam mangkuk dan adun bahan-bahan mengunakan tangan.Uli lebih kurang selama 20 minit.Taburkan sedikit gandum sekiranya adunan melekat ditangan dan uli sehingga adunan lembut dan kenyal.Tutup mangkuk adunan dengan tuala dan biar kan sehingga saiz adunan mengembang sekali ganda.
2Tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian.Bulatkan setiap adunan menjadi seperti bola dan letak kan bebola roti diatas sekeping pachment paper yang digunting dgn ukuran  5 inch diameter.
4. Ketepikan adunan supaya roti mengembang sekali ganda lagi.
Untuk toping
1. Cairkan butter dan campur bersama tepung almond .
2. Telur dipukul bersama gula sehingga gula hancur.
3.Ayak tepung bersama baking powder.
4. Campurkan bahan (5), (6) dan (7).
5.Masukkan kedalam peti sejuk sehingga bahan topping menjadi agak pekat.
10. Bila adunan roti dan mngembang boleh lah dipaipkan topping keatas adunan roti dengan membuat pusingan spiral bermula dari tengah roti dan naik keatas sehingga penuh.Batter topping akan mencair kebawah.
11. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 20 minit atau tepi roti kelihatan garing.


Nota untuk diri sendiri.
1-Boleh letak lebih topping agar selapas masak akan mendapat lapisan topping yang lebih tebal dan lebih ranggup (sebab batter topping masih ada berbaki).
2- Masukkan perisa kopi untuk mendapat roti UFO berperisa kopi. 
                                                    happy cooking


Comments

  1. Morning Kak Ros,

    wah sedapnya meroti pagi2 nie...ish ada tk utk Nur disini?? Haha...buat muker 20 sen aja ni...hehe..wah seronok kak Ros cuti hari ini...boleh lah enjoy.

    ReplyDelete
  2. wahhh naek ufo la pg neh yer..hehehe...neh mcm mexican bun jgk la yer...ada topping atas tuh ..tq for sharing yer pn ros..

    ReplyDelete
  3. Nur dapat 6 biji je...kat umah ni ada 5 orang..huk huk..nanti kak ros buat lagi ya!

    ReplyDelete
  4. Mak Qis pastikan buat roti tu berpiring baru cantik.Kita punya tak cantik laa...

    ReplyDelete
  5. wah sedap ni kak ros..rupa macam roti yg ada coffee tu...panggil apa ek..lupa lak...hehhehe..suka makan roti cam gini...tapi saya ni jarang nak bikin roti....hehhehe

    ReplyDelete
  6. salam Q..rasanya mexican bun kan??Kat sini abg hantu roti!!!!

    ReplyDelete
  7. kak ros..canggih gitew roti ufo..mesti sedap sebab ada almond kat topping dia..ada lagi tak kak? terbangkan satu ke Tg Malim ni kak ros mieza teringin nak merasa :D

    ReplyDelete
  8. haha... ini rupa nya roti UFO... suspen jer tadi. Memang cam UFO pun kan.

    ReplyDelete
  9. Miza kapal2 UFO tu semuanya dah hilang la.sempat ditawan sebiji sorang je.

    ReplyDelete
  10. Ha..Roz dah tuan dia cakap itu namanya..kita pun ikut la skali!tapi piring roti kita tak brapa besar la..

    ReplyDelete
  11. wow.. ufo sudah mari!!
    anak suka makan roti ni tapi selalu beli jer. Tak penah buat. Teringin pulak nak buat.

    ReplyDelete
  12. as-salam kak ros
    besar2nye roti ufo tu kak ros..mkn 1 biji pun dah kenyang ni kak ros..

    ReplyDelete
  13. Salam bundo.Ros pun 1st time buat.nanti nak cuba lagi sekali...

    ReplyDelete
  14. Salam Ady,sebenarnya roti tu tak besar.Mungkin dalam gambar je nampak besar.Roti mexican yang kat luar lebih besar dari yang kak ros buat ni.

    ReplyDelete
  15. Kak Ros.. Cam buat roti boy ek ada topping atas tu. Tapi roti boy atau mexcican bun tu topping dia rasa nescafe dan ada inti sikit dlmnya.. Rajinnya akak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts