Mereka yang sudi.......

Wednesday, October 26, 2011

Popia sausage steam vs fried

Happy holliday to all dan selamat hari Deepavali . Pagi hari cuti ni dapat la duduk lama-lama kat dapur.Pagi tadi buat popia.Kat rumah ni kalau buat popia mestila intinya sausage atau chicken meatloaf dan sayur-sayuran..Kalau yg ada taugeh tu memang tak boleh jalan.N3 popia ni rasanya dah masukkan dulu.tak pa hari ni masuk lagi sekali.
Pagi ni saja-saja buat 2 versi.Versi kukus untuk P.Ros and laling.Versi goreng untuk anak-anak.Yang versi kukus kena makan masa panas baru lembut ya.I like...Maalumla nak diet dan nakkan tubuh badan yang sihat kan..tak pa nanti boleh tengok tubuh badan org sihat dlm N3 seterusnya ya(sihat embulat..)
Anyway P.Ros malas nak keluarkan kukusan so pakai kuali je masa mengukus tadi.Ini la juga cara yang biasa kita gunakan untuk mengukus ikan.Jom layar resepi...


Bahan-bahannya
* 20 keping kulit popia
* 4 batang sausage dibelah dua dan potong dadu
* Semangkuk potongan kubis
* 2 batang hirisan carrot
* 1/2 labu bawang besar
* 1 batang daun bawang
* beberapa batang daun kucai
* 1/2 keping pati ikan bilis (jika suka)
* 3 ulas bawang putih hiris halus
* 2 biji telur
* 4 sudu besar minyak masak
Nota: garam tak perlu sebab sausage dah masin dan bila dicicah dgn sos takut lagi masin.

Cara-caranya
1- Panaskan minyak dan masukkan telur.Kacau telur biar hancur dan masak.Masukkan pula bawang putih dan kacau sebentar.Campurkan potongan sausage dan kacau rata.
2- Masukkan semua bahan sayur dan goreng dengan api kecil.Tambah pati ikan bilis.Bila sayur dah layu sedikit boleh diangkat dan di sejukkan.Buang jus dari bahan- inti sebelum digulung bersama kulit popia.
3- Ambil sekeping kulit popia dan masukkan 1 sudu besar inti dan gulung rapat dan kemas.Boleh lah dikukus atau digoreng.
Versi kukus
 Masukkan kaki besi atau sebiji mangkuk kaca kedalam kuali dan masukkan air.Tutup kuali  pasang api dan didihkan air.(nak guna kukusan biasa pun boleh...)
 Setelah air mendidih letakkan pinggan yang berisi popia dan kukus la selama lebih kurang 7 ke 8 minit. Angkat dan siap untuk dihidang bersama cili sos.
versi goreng
Panaskan minyak dan goreng terendam popia hingga garing. Toskan minyaknya dan siap untuk dihidang dengan sos pilihan.

                                                         happy cooking



11 comments:

  1. Selamat bercuti Ros... masak sedap2 ya, nnti kak rose leh tumpang sekaki.... nak popia yg kukus tu... x terpk lak nak kukus popia nih!

    grrr... geram sangat ni, dari td nak masuk komen kat anak dara berdua convo tu tp tenet ni lembab sangat... asik2 server not found! x pasal2 Ros kena baca ngomelan kak rose ni...

    anyway congrats to both of ur daughters n to u too!

    ReplyDelete
  2. Thank u kak ros.Popia tu menu sihatkan.
    Hati memang gembira trngok anak berjaya.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak Ros..
    Kak Ros, Naz suka popiah basah lebih dr yang goreng lagi. Tp tak jumpa lagi resepi kulit yg buat dr tepung yg best jadinya. Tak pernah lak buat cam akak ni. Guna kulit popiah biasa tapi kukus pas te eh.. Ermm..bila2 boleh try lah.. Tq kak..

    ReplyDelete
  4. Salam Nadz.Popia sebenarnya makanan kegemaran belah hubby kak ros.Tapi kak ros pun susah nak dapat popia basah.nak kena gi cari kat pasar besar.Naz cuba buat ni,mayb nazd suka.

    ReplyDelete
  5. Kak ros..mieza suka popia...tp mieza suka yg goreng..tk suka yg basah tu..sebab yg goreng dia crunchy..kruppp krappp sedap!

    ReplyDelete
  6. Mieza yang ni tak basah sangat.Sebab kulitnya kering.Boleh cuba.

    ReplyDelete
  7. Hello Puan Rose, I was at Kak Rose place noticed your callsign and busybody over. Wow! Can see you ada Black belt in cooking.
    These poh pia sausages looks so delicious!

    If I your neighbour I tentu beli rambutans or durians present to you...ha ha, to get invitation try your these lovely poh pias. I love them.
    Agak2 6 pieces boleh juga, ha ha.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  8. as-salam
    kalau lah ady disuruh pilih mana satu yg ady suka..dua2 ady suka..cause dua2 npk sama sedap..

    ReplyDelete
  9. Hallo uncle Lim,thank u for dropping by.Have to make sure that i have a black belt in cooking as to make my uncle Thean over here have a happy tummy all the time.Looking forward to hear from u again.

    ReplyDelete
  10. Salam ady,kak ros pun sama.suka kedua2nya.tapi yang kukus tu betul menu sihat la.

    ReplyDelete
  11. Uncle lee hai ya..sorry sudah salah panggil nama la.I love to go to that Uncle Lim kopitiam in Subang parade here in Malaysia.Dont be scared to come again ok!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info