Kari kering Jantung Pisang

Salam makan malam.Jantung pisang....sumpah kita tak pernah makan.Kat kampung pun tak pernah ingat mak masak apa-apa resepi jantung pisang.Tapi setelah mengenali dunia blogger masakan kita memasak dan memakannya untuk kali pertama.Begitu juga dengan seluruh isi rumah.Semua pun suka termasuk little laling.Alhamdullilah.
kali pertama tengok resepi kat rumah Along Roz homekreation.Kebetulan esoknya pergi giant dan nampak jantung pisang ni.Terdetik dihati nak cuba masak jantung pisang.Masa nak bayar,cashier pula kata " kak sedap ni rebus dan cicah sambal belacan!".Wah makin berkobarla semangat kita.
Tapi cop!!!! resepi along ada belacan,cashier pun cakap pasal belacan.Tapi kita biasanya tak masak apa-apa yang masuk belacan sebab princess2 kita tak boleh makan belacan....jerawat mula la singgah kat muka mereka.Kesian....maka terkeluarla idea resepi ni,dan hasilnya memang sedap bagi kita anak beranak.

Bahan-bahannya
* sebiji jantung pisang sederhana besar
* 4 sudu besar santan kara
* 2 sudu besar rempah kari
* 1 biji bawang besar (separuh ditumbuk dan separuh di potong nipis)*
* 3 ulas bawang putih*
* sebiji cili merah*
* 5 biji cili padi dipotong halus
* 2 sudu jus limau nipis
* segenggam udang kering halus*
*1/2 keping kiub ikan bilis
* garam dan gula secukup rasa
* 5 sudu besar minyak masak untuk menumis
Cara memasak.
1- Jantung pisang dibuang lapisan kulit luar yang agak keras.Potong 2 dan dihiris nipis.Campur bersama 2 sudu garam dan basuh bersih dan toskan airnya.
2- Tumbuk bahan2 *. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk  hingga terbit bau.Masukkan pula serbuk kari dan tumis sebentar lagi.
3- Masukkan jantung pisang dan kacau sebati.Tambah santan dan kacau. Masukkan cili padi.
4- Masukkan semua bahan perasa dan masak hingga agak kering dan pecah minyak.
5-Angkat dan hidang bersama nasi panas.

                                                                                   happy cooking

Comments

  1. Kak ros...mieza suka jantung pisang..masyaAllah sedapnya..mieza tak pernah masak mcm ni..selalu celur dan cicah budu atau buat kerabu..boleh cuba ni resepi ni..mak suka jantung..mesti dia suka kalau mieza masak mcm ni..TQ share resepi :)

    ReplyDelete
  2. salam mieza.Cuba la.Memang sedap.Buat pedas sikit.Mesti habis nasi 2 pinggan.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak ros,
    kita ni semenjak berblogging baru lah pandai makan jantung pisang ..memang sedap jantung pisang dimasak apa gaya pun..lagi2 yang pedas2..

    ReplyDelete
  4. sedapp.. kita suka jantung pisang.

    ReplyDelete
  5. salam kak ros...

    wahh.. jantung pisang.. feberet sy ni kak.. mcm2 boleh buat ngan jantung pisang ni... kerabu, celur cicah sambal, msk lemak & yg sy suka buat acar.. kecur liur bila ingatkan acar jantung pisang.. menu akak masak tu pun nampak sedapp juga tu... kalau pelawa mkn nasi mau tak cukup nasi sepinggan.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ros...emmm nampak pun sedap ni....

    ReplyDelete
  7. Hai ayu..sama la kita ya.banyak belajar benda baru selepas berbloggingggg......

    ReplyDelete
  8. Salam bundo..aa..baru kita tahu,memang sedap jantung pisang rupanya.

    ReplyDelete
  9. Salam madiha,jantung pisang boleh buat acar ya? kena cuba niKalau kerabu mesti sedap ni.Nak kena geledah resepi kat dapur madiha la ni.

    ReplyDelete
  10. Sue..sedap,makan nasi berpinggan-pinggan nanti.

    ReplyDelete
  11. as-salam
    selamat malam..terliur dibuatnya..resepi baru ni..tak pernah org masak jantung pisang masak kari kering..masuk list dulu ni..tq puan ros...

    ReplyDelete
  12. tak pernah tgk ni..nampak sgt sedap!! nk cuba cinnamon bars bwh tu nnti..:)

    ReplyDelete
  13. Salam ady.Sila cuba jika sudi.Lebihkan cili padinya.Mesti sedap.

    ReplyDelete
  14. Salam Del,bagi kak ros memang sedap.Del cuba ya.

    ReplyDelete
  15. Wah resepi baru ni.. Naz suka jantung pisang. Selalu makan rebus cicah ngan sambal belacan, atau masak lemak cili padi .. Yang ni nampak menyelerakan.. Tq sudi share..

    ReplyDelete
  16. Salam Naz.Next time kak ros pun nak cuba rebus dan cicah sambal(but no belacan)/budu.Mesti sedap!

    ReplyDelete
  17. Wah, dah jadi pun lauk jantung pisang KakRos. Sedap kan masak cam ni pun.

    ReplyDelete
  18. jantung pisang tu sedap along.Next time nak pastikan masuk lebih cili

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts