Pai kentang
So dengan sepenuh daya ingatan dan segala keringat kebolehan yang ada untuk mengingati apa yang dibaca maka ini lah hasilnya.Tak mengecewakan.Bila kita dah siap masak dan dah ready nak makan tiba-tiba menjelma pula si tenet ni.So what???? Ambo dah masak siap dan dah jadi pun... dan untuk gandingannya kita buat coleslaw dan nugget ikan (macam ikan celup tepung je nampaknya).Apa-apa lah ya...Jom makan!
Bahan-bahan untuk kulit Pai
* 2 cawan tepung gandum
* 100grm butter sejuk dari peti
* 5 sudu besar air sejuk dari peti
Cara menyediakan
1- Masukkan gandum kedalam mangkuk dan potong butter kecil-kecil.
2- Campurkan butter kedalam tepung gandum dan gunakan garpu untuk menggaulnya sampai agak sebati.
3- Bila tepung dah agak sebati dengan butter masukkan sesudu2 air dan uli perlahan adunan mengunakan hujung jari sehingga air habis dan adunan menjadi lembut.
4-Bungkus dengan mengunakan foil yang agak besar dan letak dalam frezer lebih kurang selama 10 minit.(P.Ros lakukan proses ini sebab dah agak lewat petang.Sebenarnya boleh buat awal dan biarkan adunan dalam peti sejuk selama 1/2 jam).
Bahan isi kentang
* 5 ke 6 biji kentang russet bergantung pada saiznya
* 150 grm mozzarella cheese(seberapa banyak yang disukai )
* 1/2 sudu kecil McCormick mix herb
* Hirisan bawang besar warna merah /kuning sebanyak yang disukai
* Sucubit garam
* sedikit butter
1- Kentang dikupas kulit dan dibasuh bersih.Potong bulat dan sederhana nipis.
2- Masukkan kentang yang dipotong tadi kedalam periuk dan masukkan air sehingga menutupi kentang.
3- Masak kentang hingga separuh masak( lebih kurang sekali mendidih).Pastikan jangan terlalu masak kerana takut ia patah.Bila dah separuh masak, angkat dan buang airnya.
4- Atur kentang diatas pinggan sekeping-sekeping hingga kering.Boleh juga gunakan tisu dapur untuk mengeringkannya.
Cara menyediakan Pai
1- Keluarkan kulit pai dari frezer dan boleh digelek diatas foil tadi.Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Sapu bekas pai dgn butter hingga rata.Letak kulit pai kedalam bekas pai.Biarkan saja tepinya yang terjurai
2- Tabur separuh dari cheese kedalam kulit pai dan atur kentang secara mengikut pusingan jam hingga penuh.Masukkan pula hirisan bawang .Tabur mix herb dan secubit garam keatas kentang dan tabur juga cheese.Tinggalkan sedikit cheese untuk lapisan atas.
3-Atur lagi satu lapisan kentang sehingga menutupi semua lapisan pertama tadi.Tabur baki cheese dan letakkan sedikit butter.
4-Tutup tepi pai dangan cara melipatnya kedalam.Sapu tepi pai dgn sedikit telur yang telah dipukul.
5-Panaskan oven dgn suhu 200 dan bakar pai lebih kurang 1 jam atau pai kelihatan kuning keemasan.Angkat dan sejukkan sedikit sebelum dipotong.
happy cooking
akak..saya pun horay2..jugak kalau dpt makan cam gini....sukanya pai...:)
ReplyDeleteQuinie malam tadi akak tak makan sebab penat berdiri kat dapur dan cuaca pun panas,Pagi ni baru nak makan buat b-fast.
ReplyDeletekreatifnya Pn Ros ni..byk ilmu saya dpt kt sini.
ReplyDeleteMawar merah yang ni puin sedap dan tak susah nak buat,
ReplyDelete