Cinnamon Bars
Salam petang.Kita buat ni for breakfast with teachers today.Nama asal cinnamon stick but mine doesn't look like stick at all so I rename it as Cinnamon bars.Dah dua tiga hari kita dok intai resepi ni dan teringin nak cuba.Anything to do with cinnamon I love it.Oleh kerana resepi asal guna kulit pizza maka kita geledah dapur-dapur blogger dan cari resepi termudah untuk buat kulit pizza...dan tara...jumpa resepinya kat sini. Mas ada sebut nama izzah dan Tun Telani serta allresepi.So thank you semuanya ya.
Resepi topping ori kat sini tapi kita dah ubah ikut kemampuan dan citarasa kita la ya...thank you jam hands.Next time kita nak lebihkan cinnamon dan kurangkan gula.
Bahan untuk pizza
* 2 1/2 cawan tepung roti (tak dok stock kita guna gandum biasa)
* 7 grm yis
* 1 cawan air suam
* 1 sudu kecil gula
*1 sudu kecil garam
* 2 sudu makan minyak zaitun( Kita guna miyak makan saja)
Cara buat pizza
1- campurkan air suam ,gula dan yis.Biar 10 minit sampai berbuih.
2- Dalam mangkuk campurkan gandum,garam dan minyak,masukkan kedalam adunan yis yang telah berbuih.
3- Uli adunan hingga lembut dan licin dan biarkan selama 5 minit.
4- keluarkan adunan dari mangkuk dan masukkan kedalam tray pembakar.Gelek adunan dalam tray dan tekan dengan tangan dihujung-hujung adunan supaya menutupi tray. s.epenuhnya
5- Potong adunan mengunakan pizza cutter tapi jangan putuskannya.Sapu dengan 1 sudu besar butter yang telah dicairkan.
6- Bakar dalam suhu 180c lebih kerang selama 25 minit atau pizza nampak kuning keemasan.
7- Angkat dan taburkan dengan 1sudu gula yang telah dicampur dengan 1 1/2 sudu besar cinnamon (next time kita nak guna 2 sudu penuh)
Untuk Topping
* 2 cawan gula icing
* 5 sudu besar susu segar
* sedikit vanilla
* 1 sudu besar butter cair
Campurkan semua bahan hingga sebati dan ketepikan (proses ini boleh dilakukan setelah 10 minit pizza dibakar)
Setelah pizza masak dan telah ditabur dgn campuran cinnamon bolehlah drizzle bancuhan topping ini hingga habis.Proses drizzle ini boleh dilakukan dengan mengunakkan sudu sahaja jika mahu.
happy cooking
Assalamualaikum kak ros...nampak sedap je cinnamon bars ni. mesti bau dia wangi kan masa bakar tu...agak2 macam cinnamon roll tak?
ReplyDelete* salam kenal dr cheq sue
Kak ros..mieza mmg gerammmmm je tgk kalau masakan yg ada kena mengena dengan cinnamon nih..mieza suka cinnamon tau kak..sedapnyerrrrr...nak sebar kak..
ReplyDeleteSalam che sue.Resepi asal kak ros rasa gulanya terlalu banyak dan cinnamon sikit saja.So kak ros guna 1 sudu je gula dan 2 sudu cinnamon.Boleh tambah jadi 3 sudu jika betul2 suka cinnamon.
ReplyDeleteHai mieza.Kak ros pun suka apa2 resepi yang ada cinnamon
ReplyDeleteSalam Kak Ros..oh resipi ni nampak menariknya..tolong-tolong...banyaknya Q menu2 sedap yang duk beratur.....
ReplyDeleteHe he he ..copy dulu resipi ni, simpan n ambik nombor