Puding Roti Dan Epal
Belek itu dan belek ini berkenan pula dengan mangkuk yang kat bawah tu..(mangkuk ke namanya????) sebiji RM5.00.Kita kebas 2 biji sebab tak brapa pasti betul2 boleh masuk oven ke tak.Sampai rumah nampak 3 biji epal kat atas meja dan 4 keping roti yang masih ada dalam plasticnya.Cari walnut tak ada cuma pecan yang ada.Boleh la juga.Lagipun anything to do with epal dan serbuk kayu manis memang menjadi kegemaran kita.maka jadi lah puding epal ni bagi memecah dara mangkuk(ramekins) yang baru dibeli tadi.Jom tengok resepi.Resepi dibawah adalah untuk diisi dalam 2 biji ramekins.
Resepi:P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 4 keping roti
* 4 biji telur
* 3/4 cawan susu segar
* 1/2 cawan gula perang(boleh kurangkan sikit jika tak suka manis)
* 2 biji epal hijau dipotong dadu
* 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar
* secubit garam
* sedikit butter
* serbuk kayu manis
Cara-caranya
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .
happy cooking
Assalamualaikum Kak Ros,
ReplyDeletenk tumpang breakfast kat sini lah...nescafe 1 gelas ya...hehe.
Nur pun kadang sibuk juga,nk BW pun susah...tunggu bila free baru boleh ronda2...haha.
Happy weekend kak!!
Waaa puding roti + epal pulak... nampak so mabeless... yummyyy mintak sikit kak....
ReplyDeletesalam nur...tugas ibu tak pernah habis kan??yang bekerja ke tak ke memang busy memanjang.
ReplyDeleteroti + epa+ cinnamon..kak ros suka...
ReplyDeleteAslmkum k.Ros...dtg kunjungan balas.
ReplyDeletedah lama tak buat puding roti....ada walnut...epal..sedap.
tahniah & syabas buat puteri k.Ros Viviana sempena konvo dan grad dg cemerlang. tahniah juga buat K.Rus & famili...
salam kenal Ros..jemput intai dapur liza yer..
ReplyDeleteaslmkum k ros.. sedap tgok puding roti dlm ramekin.. ada walnut lagi.. tu yg bertambh sedap..
ReplyDeletewah meriahnya isi dlm puding akak ni...teringin nak buat gini...saya selalu malas nak buat puding ni sebab kena ada kuah baru sedap makan..bila dah taruk epal cam gini..makan gitu pun sedap dah..:)
ReplyDeleteSalam kenal jika liza.nanti kita datang.
ReplyDeleteSalam zana.Ada masa boleh la cuba ya.
ReplyDeleteSama la kita Q..kak ros pun selalu malas nak buat sos.Makan gitu je la...
ReplyDeleteSalam mamasya nantikita berkunjyng lagi ya.
ReplyDeleteSalam KakRos. Wow, I know this is delicious! My children love it.
ReplyDeleteKak ros..mieza suka ramekin tu..santek kan..hari tu mieza ada jumpa dia jual rm5 gak sebiji..tp tak terbeli..mieza pernah wat puding roti epal ni hari tu sebab nampak chef wan buat kat tv..sedap kan kak!
ReplyDeleteHai alaong,masuk peti sejuk dulu...sedap
ReplyDeleteMieza...kiranya kak ros ni tere la..kak ros tak tengok pun yang chef wan tu...sumpah.kak ros ingat penah tengok resepi ni kat blog org puth dan dia buat guna sos Tak pakai remekins pun Dia main masuk semua satu dulang,Kak ros pula kebetulan ada 4 keping roti je dan nak sangat cuba guna ramekin tu.Mana tahu barang RM5 kan takut pecah berderai lepas masuk oven...tapi elok aje kejadiannya dan hasilnya puding roti ni.Puding roti chef wan ke????
ReplyDelete