Mereka yang sudi.......

Wednesday, October 19, 2011

Salad ayam

Salam larut malam.Memang dah larut malam ni.Belum mengantuk la!!!!!!! Ingat nak masukkan N3 ni esok tapi alang-alang tak boleh tidur (concert is arnd the corner ,tu la sebabnya tak ngantuk) might as well la selesaikan aja N3 ni.
Anyway kita tengok resepi ni sambil getting ready to work pagi semalam. Excellent chef programe kat astro ni salah satu dari rancangan masak yang kita suka tengok.Tapi tak sempat tulis resepi sebab asyik jalan sana sini sambil siapkan diri sendiri dan little laling.So kita pasang telinga besar2 dan jeling kat tv sambil jalan sana-sini. Apa yang kat bawah ni adalah sebanyak mana bahan dan cara yang kita boleh ingat.memang kebetulan dalam peti ada 3 keping whole leg chickens.Terus sangkut dengan resepi ni.Tapi rasanya boleh dibuat dan improvise ikut cita rasa masing-masing.Mayb kawan-kawan semua tak suka minyak bijan dalam salad tapi kat dapur rumah ni we always have minyak bijan because of my chinese hubby.So anything to do with minyak bijan,he love it! Jom tengok resepi...
Bahan-bahan untuk ayam
* 2 keping bahagian paha ayam(whole leg chicken) dibuang tulang
* 1 sudu kecil sze chuan pepper(kita guna cayenne pepper)
* 1 sudu kecil sesame oil (optional)
* 1 sudu besar  kicap cair
* 1 sudu kecil gula
* secubit garam

Cara memasak ayam
1- Basuh bersih ayam dan keringkan airnya. Satukan semua bahan dan gaul bersama ayam tadi dan perap selama 1/2 hari
2- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.Potong ayam secara memanjang dan nipis.Letak ayam didalam pinggan salad yang dah disediakan.



Bahan salad (disediakan sebelum mengoreng ayam)

* 2 ke 3 pelepah/keping kubis dihiris halus.
* Daun salad secukupnya
Basuh bersih daun salad,keringkan airnya dan atur didalam pinggan.Letakkan hirisan kubis ditengah pinggan(atas daun salad)


Bahan sos
* 2 sudu makan kicap cair
* 2 sudu makan  cuka
* 1 sudu kecil gula
* 1/2 sudu kecil minyak bijan (optional)
*1/2 sudu kecil cayyenne pepper
* Hirisan cili padi (optional)
*1 sudu besar air panas
* 2 batang daun parsly/chinese celery dihiris halus(kita dah potong tapi lupa masukkan).
Campur semua bahan sos dan kacau sebati(tambah apa yang patut ikut citarasa) Masukkan daun parsly dan cili padi, kacau rata.Tuang sos keatas ayam dan biarkan sebentar sebelum dihidangkan. 


                                                            happy cooking





12 comments:

  1. salam pagi. makan macam ni main ratah2 je kan? tak payah makan nasi dah pun tak apa. sedap..

    ReplyDelete
  2. akak saya pun suka minyak bijan...hehhehe..sedapnya makan salad cam gini..makan byk sayur bagus tuk kesihatan...kurangkan nasi...hehhehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu bundo,buat ratah2 memang sedap,tapi kita hentam 2 pinggan nasi jugak!!!

    ReplyDelete
  4. Hai Qi, perut kata jangan makan tapi mulut ni tak de telinga???hentam juga 2 pinggan.hihihi...

    ReplyDelete
  5. Salam puan Ros..

    wahh salad ni nampak sedaplah.. bolehlah try nanti.. hebat jugak ye Puan sambil2 bersiap pun boleh ingat bahan2nya tu.. nampak mcm byk juga ramuannya tu.. sy simpan dulu resepinya yer.. kat rumah memang sentiasa ada stok minyak bijan sbb sy kengkadang suka mencuba masakan chinese jugak.. hehe.. TQ ye..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ros..wahhhh menu sihat ni..Ayam dalam taman....Buh minyak bijan dalam masakan jadikan makanan kita wangiii kan....saya juga sukeeee

    ReplyDelete
  7. Sue ,kak ros suka nama baru tu..ayam dalam taman...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak ros....memalam dtg singgah terasa lapo lak perut ni...dapat makan menu cam gini kan best...:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info