Mereka yang sudi.......

Sunday, October 16, 2011

Roti Arab

 
 Salam hari minggu.Roti arab ni dibuat untuk dinner malam tadi.Memang sedap dan garing.Semua isi rumah menyukainya.Little laling just munched it like that depan TV,tak payah cicah kari.Of course kita pun teruja dan ikut sekali(yahabibi ya maulana!!!),next time pasti nak buat lagi.Walau pun rupanya tak secantik orang lain buat, tapi yang penting rasanya kan.Apa la ada pada rupa....ada kita kesah..You kesah ke laling????Semuanya pun tak kisah so no hal la..just makan ok...
Thank you beribu lemon pada Along Roz dan kak ros cnp kat sini ya long,Thank you beribu lemon juga pada sofinar untuk resepi yang begitu senang nak buat dan begitu sedap dimakan. Ada sapa-sapa ada resepi kari arab Pulak???

CNP from : ALong Roz (HomeKreation)
Source: MyResipi_Sofinar (Tkasih Sofinar, resipi ni dah berjasa byk tahun)
Bilangan: 18 biji (P.Ros dapat 14 biji)

BAHAN2:
2 sb Mentega
2 sb Minyak Masak (P.Ros guna minyak sapi aka ghee)
2 sb Gula
300ml Air Suam
6g Yis Segera
500g Tpg Gandum



CARA2: 
1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.
2. Tepung di gaul dengan yis.
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental.
4. Perap selama 1jam dalam bekas yang tertutup.
5. Uli semula dan buat bulat-bulatkan dalam 18 biji.
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm.
5. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
6. Sedap dimakan bersama kari ayam/daging/sayur. 



                                                happy cooking

14 comments:

  1. Puan Ros...lapaq la plak tgk roti arab neh...dah la ujan kat sini huhu....

    ReplyDelete
  2. Mak Qis kalau hujan memang patut la makan roti arab dgn kari ni,mana tahu boleh panaskan badan kan??

    ReplyDelete
  3. memang fav nih roti arab nih..cicah plak dengan kari daging cincang waktu hujan2 ni..fuhh..tak leh nak cakap apa lah..hehehe...

    ReplyDelete
  4. kak ros ^^ tun buat pun jd mcm2 bentuk jugak.. hihi.. ada la se bijik dua yg jd perfect bulat, yg len rupa alien. hihi.. tp yg penting, kembung kan =) teruja je tgk die kembong2 time goreng. cicah kari ikan. nyum!

    ReplyDelete
  5. Salam my lady,memang sedap kalau makan dalam hujan.Takut dah kenyang tidor tak sedar dah maghrib..hihihi..

    ReplyDelete
  6. Betul tu Tun...biar dia la nak lonjong ke bulat ke..janji sedap.Makan dgn gulai ikan aye ke Tun??hihihi...

    ReplyDelete
  7. Salam Izah,Kak ros suka..dah plan nah buat lagi....

    ReplyDelete
  8. Tengok ramai dah buat. Saya je yang tak terbuat2

    ReplyDelete
  9. elok kembong nye kak ros...saya dah lama tak buat...pernah buat sekali je..hehhehe..jenuh nak perabih sebab sorang je yg makan...kekekke

    ReplyDelete
  10. Kak ros pun makan sampai 4 biji.Nasib baik perut tak mengelembung macam roti tu....

    ReplyDelete
  11. Pn Ros..roti arab ni kena goreng deep fry ke? Klu guna minyak sikit boleh x jd kembung cam tu? En suami x leh mkn goreng2 lah pulak..tp hati sudah terpikat..

    ReplyDelete
  12. Salam mawar merah.Ya nak kena minyak banyak nak goreng roti arab ni.Kalau tak boleh jadi leper dan tepi-tepinya susah nak garing.Cuba ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info