Kentang Berinti
Salam sabtu untuk semua. Stuffed potato dan kita dah tukar nama melayu jadi kentang berinti dah masukkan sebelum ni. Cuma hari ni kita guna daging hancur dan tambah sour cream sikit (benda tu memang ada kat dalam peti dan takut expired sebelum habis), so kalau tak nak masuk pun tak apa.
Ianya juga boleh dimakan untuk sarapan atau makan tengahari.Tapi pastikan makan masa masih panas ssupaya dapat rasa cheese yang panas dan cair. Makan bersama salad juga sedap.
Bahan-bahannya
* 6 biji potato russet yang sederhana besar
* 100 grm breadcrumb
* 1 biji telur
* 50 grm butter
* 1 sudu besar sour cream(jika suka)
* 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1- Rebus potato bersama 1 sudu kecil garam sampai empuk dan toskan airnya.
2- Campurkan potato,butter,sour cream dan lada putih didalam mangkuk dan lenyek potato hingga halus.Masukkan pula telur dan bread crumb dan kacau sebati.
Bahan inti
* 150 grm daging hancur/ayam
* 1 ulas bawang putih
* potongan daun bawang
* 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
* segenggam mozarella chesse atau sebanyak yang disukai
* secubit garam atau kiub pati ayam
Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang putih,masukkan daging ayam dan masak hingga ayam masak dan airnya kering.Tutup api angkat dan sejukkan.
2- Campurkan daun bawang , potongan bawang besar dan cheese kedalam ayam, gaul rata dan ketepikan
Cara membuat kentang berinti
1- Sapu kedua tangan dengan minyak masak dan ambil segumpal potato dan leperkan diatas tapak tangan,masukkan inti secukupnya,tutup dan gentel potato menjadi bentuk oval.Buat sampai habis.
2- Simpan stuffed potato didalam peti ais selama 1 ke 2 jam (untuk mengelakkanya dari hancur semasa mengoreng) baru dikeluarkan dan goreng terendam hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
3- Boleh dihidang bersama cili sos dan daun salad.
nota: semasa mengentel sekiranya ada bahagian yang tidak rata, cuma gunakan satu jari dan sapu lembut pada bahagian itu dan kentang akan menjadi cantik dan licin.
happy cooking
Kreatif betul Ros ni, makan satu dah kenyang...
ReplyDeleteKak betul tu..makan 1 pun boleh kenyang.Tambah pulak ada salad.
ReplyDeleteassalam puan Ros, kalau tengok cam kuih cek mek molek domodenkan.Kreatiflah..nnt bleh menerai gak
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Ros..
ReplyDeleteKak, cam kuih cek mek molek lak Naz tgk..hehehe.. Tp ada sour cream tu kat inti dia.. Mesti sedap ni..
Kak ros, nampak macam sedap sangat.
ReplyDeleteas-salam kak ros
ReplyDeletenpk sedap aje kak ros Kentang Berinti ni..kalau mkn satu pun dah kenyang..boleh tak kalau bakar kentang berinti ni dalam oven kak ros..?
Salam lina,aa..cek mek molek versi savory ekk...
ReplyDeletesalam Naz,cek mek molek kalau makan terpancut air gula ...aa....yang ni tak da pancut-pancut punya..hihihi....
ReplyDeleteSalam kak sam,sedap dan mengeyangkan.
ReplyDeleteHai ady,nak bakar???? kak Ros setuju.Mesti boleh sebab ianya kentang.Jadi macam baked potato la jugak kan?Ady cuba nanti bagitahu kak ros hasilnya ya.
ReplyDeletewah kak nampak sedap ni ,kentang mi tu dah bercambah kak tuannya malas benor hehhehe
ReplyDeleteThanks Sis , sudi pinjamkan bahulega rasanya dapat lepaskan apa yg terbuku kat akak.
Salam mimie,welcome back ya.
ReplyDeletetengok dah tau sedap..saya suka kentang...ada lak inti cam gini..ber cheese lak....huhu..berketul2 leh makan ni...hehhehe
ReplyDeleteSedap dan kenyang Q.Tambahkan saladCukup lengkap la sifatnya.
ReplyDeleteSalam Kak Ros..saya juga suke menikmati kentang time panas2..Ada mayonis lagi best ni...
ReplyDeleteKentang bestkan sue? mengenyangkan!
ReplyDelete