Roti Epal



Salam malam Ahad. Sampai rumah dari puncak alam dlm pukul 7.30,tiba-tiba terpikir my laling dont have anything nice to eat for breakfast tomorow.2 hari lepas ada beli sebungkus apple dan belum dibuat apa-apa lagi dengannya.So kita decided to make an apple bread for him.Blogwalking dan jumpa this nice recipe. Cepat-cepat kedapur untuk buat apple sauce dan sejukkannya dulu sebelum digunakan untuk buat roti ni.Sangat mudah dan cepat saja buat roti ni.

Sumber : Browneyedbaker
Bahan-bahannya
* 1½ cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil serbuk cinnamon(kita guna 1 sudu saja)
* 1 sudu kecil baking powder (kita guna 2 sudu)
* ½ sudu kecil garam

* ½ sudu kecil  allspice powder
* ¼ teaspoon ground cloves(tak masukkan)
* 2 biji telur

* ¼  cawan minyak masak 
* ¼ cawan apple sauce (kita buat sendiri)
*1 sudu kecil vanilla extract
* 1 cawan gula(kita guna 1/2 cawan sahaja)

* 2 cawan apel yang telah dipotong dadu (lebih kurang 1½ ke 2 biji epal)


Bahan untuk apel sos
Potong nipis 2 biji apel.Masukkan kedalam periuk bersama 5 sudu besar gula dan 1 sudu kecil cinnamon.Masukkan juga 3/4 cawan air.Tutup periuk dan masak dengan api sederhana selama lebih kurang 25 minit atau apel nampak lembut dan airnya agak kering(jangan terlalu kering).Angkat dan sejukkan sebentar.Bila apel dah agak sejuk masukkan kedalam blender dan blend hingga apel hancur.Jika blender susuh bergerak masukkan sedikit air.Blend lagi hingga halus.siap untuk digunakkan.

Topping
* 2 sudu besar gula perang

*1 sudu besar gula putih(tak masukkan)
*1 sudu kecil cinnamon

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Grease  8×4-inch loaf pan,dan letak parchment paper dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum,cinnamon,baking soda,garam dan all spice.Ketepikan.
3. Dalam mixing bowl pukul telur dengan medium speed selama 30 saat dan masukkan minyak,apple sauce dan vanilla dan putar hingga lembut.Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran gandum sedikit demi sedikit secara perlahan sehingga bahan sebati.Masukkan pula potongan apel dan kaub balikkan mengunakan spatula .Masukkan batter kedalam loaf pan yang telah disediakan.
5. Dalam mangkuk kecil masukkan gula perang ,gula putih dan serbuk cinnamon.Taburkan campuran gula perang keatas adunan roti hingga rata. Bakar roti selama 50 ke 55 minit atau sehingga roti kelihatan perang. 
6. Keluarkan roti dan sejukkan diatas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

                                                         happy cooking

Comments

  1. woww nmpak gebuss rotinye kakros..kita punyer BM dh lama x pakai..majuk pulak die xnak gerak..adoyaai!! nk nguli tangan xtau bila mai seru..hehe!!

    ReplyDelete
  2. wah elok gebu roti apple akak ni...nak sepotong kak....heheheh

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak Ros..
    Rajinnya akak meroti..hehehe.. Roti epal lagi.. Kalau ada taburan gula perang di atas roti tu masa membakar..mesti yummy.. Naz nak yg crust dia bahagian atas boleh?hehehe.

    ReplyDelete
  4. Salam nadz,hubby kak Ros hantu roti.So berbaloi kalau kak ros selalu buat roti,biasanya sebungkus roti gardenia dia boleh habiskan dalam 2 hari he.

    ReplyDelete
  5. salam Ros...nk sikit...nampak sedap roti apple tu...lepas ni jom berbatik2 pulak ya..

    ReplyDelete
  6. Kita pun sama macam mama,dulu buat batik yang lembut2 tu.Yang ranggup ni belum lagi.nak kena tunggu seru la ni.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...kalau dapat rasa sepotong kan best..:D

    ReplyDelete
  8. Salam..Rajin betul akak kita sorang ni membaking..hampir setiap hari ade jeee hasil dari oven yang keluar ...

    ReplyDelete
  9. Cik cek, nak hujan ni.pekena dgn kopi memang sedap.

    ReplyDelete
  10. Hai sue,memang kak ros suka membaking.Sebelum jadi blogger pun oven mesti berasap 3 4 kali seminngu.

    ReplyDelete
  11. Assalam Kak Ros, menarikla roti epal akak ni gebus jer....hmmm semlm baru tayang pokok dan buah epal..hari ni akak lak tayang menu epal..:)

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza.a.aa..kan berjaya jugak kak ros memetik buah epal tu...

    ReplyDelete
  13. Gebu dan sedap kek ni! Rajin Ros buat apple sos sendiri....

    ReplyDelete
  14. kak apple sos tu agak senang ,godek resepi sendiri.Tak tiru resepi yang canggih-canggih,nanti leceh nak buat.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak..
    gebunya roti apple tu akak.. rajin akak buat roti... mula2 tgk td ingatkan kek.. rupanya roti.. pasti sedap sgt kan roti nie akak...

    ReplyDelete
  16. Diana..sebenarnya rasanya pun lebih kurang kek.Dah tuan dia cakap roti.Kita pun namakannya roti.Roti pun boleh..kek pun boleh la ya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts