Karipap Rendang Ayam

Salam pagi minggu.Untuk breakfast hari ni terasa nak makan karipap.Lagi pun teringat lebihan rendang hari raya yang kita dah kopek semua isi ayan dan asingkan tulangnya dan dimasak hingga kuahnya kering.Jadilah lebih kurang macam serunding ayam.Rasanya lagi sedap sebab santan dan segala rempah rendang yang dah meresap dan sebati secukup rasa.Hari ni ternampak tupperwarenya kat dalam frezer.Kita keluarkan dan panaskan lagi sekali dan ketepikan.Sambil tu blogwalking rumah izah sebab teringat dia ada masak karipap Tun beberapa hari lepas.So kita CNP resepi kulit karipap kat sini.Thank u Izah.Kak ros nak cnp kat sini ya.Terima kasih juga pada Tun tuan resepinya.

DOH KARIPAP
resepi: TUN 
sumber resepi:IzahDaut

4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam

cara-cara:
panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.
 Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa.
(P.Ros guna inti rendang ayam yang dah dikeringkan)

                                                                                      happy cooking

Comments

  1. salam pn ros...perghh kak!! rendang ayam buat filling mak aii suka ler tummy cha berparty ni!!! nyum2..tgk pun dh tau sedap...gd idea..nk tiru nak tiru nk tiru...cikgu bole tiru kan....ekekekeke

    ReplyDelete
  2. Wah karipap dgn inti rendang ayam ye.. Bestnye puan Ros.. Nadz nak rasa sebiji jer, boleh ke??

    ReplyDelete
  3. Salam cha.Silakan ambil resepi.Semua ilmu untuk dikongsikan!Cikgu besar ni pun masih lagi belajar...boleh gitu????

    ReplyDelete
  4. Naz silakan.Satu adunan ni dapat banyak la...Kak ros frozen half of it.

    ReplyDelete
  5. WoW...ada karipap lagi kat sini..inti rendang ayam lagi...nak sikit kak Ros...ada lagi ke...:D

    ReplyDelete
  6. Salam cik cek.Jemput masuk,ada lagi.nanti kak ros gorengkan karipap yang kak ros frozen tadi.

    ReplyDelete
  7. wah..masing2 buat karipap nih..:)

    ReplyDelete
  8. Salam quinie,saja kak ros nak habiskan rendang ayam yang kak ros keringkan dan dah berminngu simpan kat frezer.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak...
    karipap mmg sedap.. fav diana nie karipap... intinya pun rendang ayam lg gitu.. mesti bertambah2 ler sedapnya.. dua2 pun fav diana.. sedap2!!

    ReplyDelete
  10. Salam Diana.Kak ros punsuka karipap.Boleh makan berbiji2 dingan secawan teh.

    ReplyDelete
  11. sedapkan pastry nyer. saya suke pastry tu rangup rapuh gituu

    ReplyDelete
  12. salam kenal kak ros ^^ tq sudi cuba resepi mama tun nih =)

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Ros..wahhh dah makin ramai yang cuba karipap Tun ni....Macam nak cuba juga lah....

    ReplyDelete
  14. Salam sue.1 adunan tu kak ros dapat dalam 40 biji saiz tu.K Ros frazenkan dan hari ni goreng untuk cikgu-cikgu makan.

    ReplyDelete
  15. Kak ros..mieza kan kalau buat karipap mesti berjerawat je..tak santekkkk..jeles bila tgk org lain buat karipap menjadi je..huhuhu bak la sebiji dua kak ros :)

    ReplyDelete
  16. Hai mieza berjerawat ke?Napa ye???Cuba miiza buat ikut resepi pulak.

    ReplyDelete
  17. HEBAT!!! Puan Ros ini satu idea yang sgt BEST!

    ReplyDelete
  18. Hai Mak Piah,raya haji mesti banyak daging boleh dibuat rendang.Lepas tu kita keringkan dan buat karipap.Boleh juga kan??? Terima kasih kerana suka idea tu.

    ReplyDelete
  19. Salam Puan Ros..
    Ni mesti lagi sedap kalau berinti kan rendang..gd idea jgk..hehehe :P

    ReplyDelete
  20. Salam mamahawa,ya la masa raya hari tu asyik makan rendang.Bila dah jemu makan kita keringkan pula rendang tu.Alahamdulillah dapat pula jadi inti karipap.Memang sedap.Boleh tambah la apa-apa yang patut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts