Apple Pie


Salam sabtu dan ini cerita pagi tadi.Granny smith apple ni dah seminggu dibeli.Pagi ni pagi-pagi lagi little laling bangun dan requested for apple pie. Katanya " mama what are you going to do with this apples?" Dont know yet mdm..why???.I asked". " Can you bake the apple pie for me ???" "Emmm.... ok lah. Can have it for tea-time today kan?" But I want to eat now la....."  "Aiyai... I dont have the magic wand la... baby." " mama...mama.. I want the apple pie now..." Budak ni memang la...
So pagi2 geledah for apple pie recepi dan combine kan 2 resepi ni untuk buat classic apple pie.
Masa menaip ni pie dah masak dan little laling tengah terloncat-loncat nak makan apple pie.sabor2...
Kulit apple pie tersangat la rapuh so kena betul betul berhati-hati semasa nak memotongnya.Tunggu la hingga pie betul2 sejuk sebelum dipotong..kalau tak jusnya memang meleleh keluar semuanya.Sesudu jus sunquick tu betul -betul buat rasa pie ni lebih sedap. Kalau biasanya makan apple pie dgn aiskrim atau cream,yang ni tak payah sebab kat dalam dah ada sosnya.



Bahan-bahan inti
 Resepi asal kat sini
* 1/2 cawan butter
* 3 sudu makan tepung gandum
* 1/2 cawan gula putih
* 1/2 cawan gula perang
* 1/4 cawan air
* 8 biji  granny smith apples (kita guna 9 ,saja nak habiskan apple tu)
* 1 sudu besar jus orange sunquick ( kita tambah)
* 1 sudu kecil serbuk kayu manis (kita tambah)
Cara buat filling pie
1- Panaskan butter hingga semuanya melted.Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.Masukkan pula gula dan air.Masak hingga mendidih.Kecilkan api dan biarkan mendidih sebentar lagi .Tutup api.ketepikan.
2- Apple dibuang kulitnya dan dipotong dadu (sama saiz).Gaul bersama sebuk kayu manis dan ketepikan.

Bahan untuk kulit
Resepi asal kat sini
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu besar gula 
* 12 sudu busar butter sejuk dari peti (kita guna 150grm butter)
* 8 sudu besar shortening dari peti (kita guna 100grm shortening yang dimasukkan dalam freezer selama 20 minit)
* 6 ke 8 sudu makan ice water
cara membuat kulit pai 
1- Campurkan gandum ,garam dan gula dalam mangkuk.
2- Parut butter dan shortening kedalam mangkuk gandum.Gaul semua bahan mengunakan garpu.Bila bahan kelihatan sebati,guna hujung jari untuk mengaulnya.
3-Tambah 6 sudu besar ice water dan uli perlahan sehingga menjadi doh lembut.Tambah air sekiranya adunan agak keras.
4- Bahagikan adunan pada 2 bahagian dan balut dengan plastic  dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit (kita guna plastik besar sebab senang untuk terus mencanai adunan dan diangkat terus dengan plastik kedalam mangkuk pie).
 cara membuat pie
1- Keluarkan kulit pai dari peti dan canai. masukkan kedalam mangkuk pai dan potong tepinya sama rata.
2-Masukkan potongan apple dan drizzle 1 sudu besar jus orange sunquick atas apple.
3-Tuang sos keatas apple hingga habis.
4- Canai bahagian kedua adunan kulit pai dan tutup bahagian atas pai.Lebihan adunan pai boleh dibuat berbagai hiasan pilihan masing-masing dan buat beberapa garisan pada pie dengan mengunakan pisau. Sapu permukaan pie dengan susu segar.
5- Panaskan oven dengan suhu 200c dan bakar pie selama 15 minit.Keluarkan pie dari oven dan sapu sekali lagi dengan susu segar.Bakar lagi selama 50 minit dan pei kelihatan kuning keemasan.Sejukkan pie sebelum dipotong.


                                                                    happy cooking

Comments

  1. harumnya bau apple pie,buat saya lapar! :)

    ReplyDelete
  2. Dah balik cuti ke belum ni Del??Sebenarnya apple kak ros dah intai apple donut kat dapur Del tu dan ada hajat naj buat,tapi my little laling pi mintal apple pie la pulak.Next time kak ros nak cuba buat apple donut tu.

    ReplyDelete
  3. salam kak rose..waduh meleleh ayaqliuq pn.doc tgk apple pie akak tu..kempunan woo!

    ReplyDelete
  4. Salam inahar,lama tak dengar berita,sila masuk dan makan pie ni.Ada sikit lagi,cukup la untuk puan doc sorang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak...
    sedapnya apple pai... suka wangi dia tu.. bila makan plak.. best jer rasa kat tekak .. rindu sgt nak makan apple pie.. daughter diana mmg suka nie.. nnt senang2 suh dia buat ikut resipi nie.. sedap2!

    ReplyDelete
  6. Hai diana,yang ni lain sikit,macam ada sirap kat dalamnya...cuba ya.

    ReplyDelete
  7. Cita rasa kita cam sama je, suka sgt jenis2 cam ni. Tp x leh mkn lah buat masa ni..adoiii..

    ReplyDelete
  8. apple yg nmpk sedap...ada munga 2 lg tu..

    ReplyDelete
  9. cantik deko tu.
    terasa cair apple masuk dalam mulut. hmmmm...

    ReplyDelete
  10. Salam bundo,pagi ni kita buat lagi cekodok tu...apple pai ni dah habis la..

    ReplyDelete
  11. salam kak ros..kat rumah saya pun kadang2 apple tak dek sape nak habiskan....tapi kalau buat pie..diaorg kat rumah ni tak makan sgt...saya je la tukang perabih...hehhehe

    ReplyDelete
  12. as-salam
    wow!!sedapnye apple pie..Excellent!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts