Mereka yang sudi.......

Tuesday, November 30, 2010

Popia Sausage

Sweet morning to all..Semalam breakfast lempeng .Hari ni apa pulak? Pagi-pagi kena la buka peti ,tengok-tengok apa yang ada.This is wat hapen when it's school holidays.masak,masak,masak .Kalau hari skolah semua buat hal sendiri and the best part is wat ever caterer cooked for the kids at the kindy that is wat we also eat.Musim cut ni semua bergayut kat rumah,dapur berasap tak berhenti begitu juga dengan oven.Kan best kalau letric free.......apa yang dimasak ni adalah saki baki apa yang ada dalam peti ais.....makan aja le!


Bahan-bahan
Kulit popia
3 batang sausage
3 biji telur
2 batang carrot
1 biji kecil bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 batang daung bawang 
beberapa helai daun kucai
1/3 keping chicken stock


Cara memasak
1- Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bawang putih.Masukkan sausage yang dipotong dadu.Goreng sausage sampai naik bau.
2-Telur dikacau sedikit dan dimasukan kedalam kuali,Kacau sausage dan telur sampai telur masak..
3- Masukkan pulak carrot,daun bawang ,kucai dan bbawng besar.
4-Masukkan chicken stock.Kacau sebati .Angkat dan sejukakn sebentar.
5- Masukkan satu sudu besar inti kedalam kulit popia  dan gulunhkan kemas-kemas.
6- Goreng hingga garing dan hidang kan bersama cili sauce.
p/s tak payah masukkan garam sebab sausage dah rasa masin dan chicken stock pun dah ada perasa



Lempeng Bilis

Salam pagi . Malam tadi ronda-ronda kat dapur org lain dan nampah dapur KakRose (bukan Puan Ros) masak lempeng.So pagi ni senang crita breakfast masak lempeng la.Apa yang ada kat dapur itulah yang kita masukkan.

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan susu
1 biji telur
1 cawan air (ikut kepekatan yang dikehendaki la ya)
1 cawan ikan bilis saiz kecil
10 batang daun kucai dipotong halus
1/2 biji bawang besar dimayang halus
secubit garam
minyak masak


Cara Memasak
1-Campurkan gandum.susu,air,telur dan garam.kacau rata.Boleh diblend jika suka.
2-Masukkan garam,kucai dan bawang besar.
3-Sapukan minyak dalam kuali(Gunakan Kitchen paper towel) dan masukkan 1 senduk kecil adunan.
4-Goreng dan balikkan lempeng supaya kedua-dua belah nampak garing.
5-Hidang kan bersama cili sos atau mayonis.(Puan Ros and laling gulung sambal daging kat dalam.)


Cream Puff Love Shape

Hai hai,This weekend Puan ros masak benda yang sama so tak ada new N3.Creampuff ni buat for tea time semalam .Resipinya sama ,so tak payah tulis la ya.Just refer to the old resipi.Tapi nak juga tayang gambar sebab. masa buat ni smalam my daughter and the cousin suggested  cuba buat different patern.So they decided to made a few of creampuff love shape(masukkan dlm paiping back dan paipkan bentuk love tu) cantik juga..Rasa????????? sama aja dgn resipi yang sedia ada. Ya.......... cuba la.This time tak taruk cooking choclate just tabur gula icing.
Ada berita pasal gambar sikit .Pricess kita yang no 1 tu dah mula buat practical so no time la nak edit gambor2 kita.Puan rose benda-benda Macam tu tak brapa expert nanti Puan Ros blajar slow-slow ya.. apa-apa pun janji ada gambar. What........?
kat Tadika sinaran? Mana ada blajar kelas photography.Agak-agak la..........hi hi hi......






Monday, November 29, 2010

Udang Masak Beryani

Salam.Sebenarnya udang ni masak untuk dinner smalam.Puan Ros guna instant santan trim cap ayam sebab malas nak gi kedai  beli klapa parut ,tapi menjadi juga.Biasanya instant santan ni guna untuk kuih muih.hari ni kita buat gulai pulak.Pekat dan lemak.Apa-apa pun janji sedap.

Bahan-bahannya
500 grm udang sederhana besar
1 labu bawang besar
2 batang serai 
1 inci halia
2 sudu makan tomato puree
4 sudu makan rempah briyani
1 biji cili hijau
2 tangkai daun pasley
1 kotak santan trim cap ayam (200ml) 
1 biji tomato
garam,gula dan asam keping
kayu manis ,bunga lawang dan buah pelaga (blogger blogger  panggil rempah 4 sekawan)


Cara memasak
1-Blend bawang besar, cili hijau halia dan serai.
2- Panaskan 4 sudu makan  minyak masak dan tumiskan rempah 4 sekawan.kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend.Tumis sebentar.
3- Masukkan tomato puree dan rempah briyani yang dah dicampur bersama 4 sudu air, Masak hinga rempah sedikit garing 
4-Masukkan santan dan dikacau biar sebati.masukkan garam gula dan asam keping.Goreng sehinnga rempah kelihatan sedikit pecah minyak.
 5- Masukkan udang ,daun pasley dan 1 biji tomato yang dipotong 4.Masak sampai air udang kering dan gulai kelihatan pekat.Tambah asam garamnya jika perlu.Siap untuk di hidang.
p/s udang tak boleh dimasukkan cepat-cepat sebab ianya cepat masak jadi goreng rempah biar sampai pekat dan pecah minyak dahulu.kalau rasa rempah macam pekat sangat campurkan sedikit air dan kacau.






Sunday, November 28, 2010

roti bakar turkey square

Salam pagi ahad semua.Dah makan ke? .Puan ros nak buat breakfast ni before goning ti kids fair at KL convention centre after this.Menu ni menu sihat untuk anak-anak.Puan Ros buat scramble egg skali.Resipi tu lain kali ya ,nak cepat ni...

Bahan-bahannya
10 keping roti dipotong 2 setiap satu
4 keping turkey square
cheese apa-apa pilihan sendiri dan taruh sebanyak mana yang suka (Puan rose guna pizza topping sebab itu yang ada dalam peti)
sedikit butter

Cara memasak
1- Roti dipotong 2 dan disapukan sedikit butter
2- turkey square dipotong dadu sederhana besar
3-ambil sekeping roti sapukan sedikit butter
4-letakkan turkey square dan taburkan cheese keatasnya.(boleh taruh bawang atau salak jika suka).Tutupkan dgn sekeping lagi roti diatasnya
5-Bakar dalam suhu 170 selama 10 minit atau roti dah jadi perang.

p/s hidang dan makan semasa panas baru dia bunyi ngerap ngerup ngerap ngrup kat dalam
mulut'.siapa bangun lambat makan roti sejuk la.tak ada ngerap ngerup ngerap ngerup dah.
















Saturday, November 27, 2010

Kacang Panjang Goreng Tauhu

Salam makan malam semua. sayur ni adalah gandingan untuk ikan goreng sambal tadi.Sorry la sayur ni pun puan ros masukkan sedikit cincaluk.bukan apa ,dah makan skali teruja la pulak.Lagi pun sementara semangat nak masak cincaluk masih ada baik buat.,kan dah bertukar arah balik ke budu nak wat lagu mana?.Jom masak


Bahan-bahannya
7 batang kachang panjang
2 keping tauhu pejal
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cincaluk
1/2 biji cili merah
secubit kunyit dan secubit garam

Cara Memasak
1-kacang panjang dipotong runcing.
2- Tauhu dipotong 2 dan dihiris sederhana nipis.
3-Panaskan 2 sudu minyak dan goreng tauhu bersama kunyit selama 3 ke 4 minit.Masukkan bawang putih yang di hiris halus.Goreng sekejap lagi.masukkan cincaluk dan dikacau rata.
4-Masukkan kacang panjang , bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang dipotong nipis.kacau dan rasa samaada cukup masin ke tidak.(tambah garam jika suka.) kacau rata..jangan goreng kacang terlalu lama takut layu dan hilang kerangupannya.
5- Angkat dan hidangkan.


Ikan Goreng Sambal

Hai semua.pagi semalam Puan Ros menjalakan.Ha ni la dia ikannya.Dapat la 6 ekor ikan selar.Boleh la masak untuk makan malam ni.Sebab penat menjala kita guna instant sos aja untuk resipi ikan ni.Boleh tahan juga rasanya


Bahan-bahannya
6 ekor ikan selar dipotong 2(sebenarnya ikan tu dipotong pekerja kat supermarket tu,tak suruh pun)
1 bungkus sos ikan bakar brand adabi
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong nipis
1 sudu besar garam
1 sudu kecil kunyit
1 sudu besar gula
1 cawan minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Bersihkan ikan dan sapu garam kunyit.Goreng ikan dan ketepikan.
2- Didalam kuali yang sama gunakan separuh saja minyak gorengan tadi.Masukan hirisan bawang besar dan goreng sekejap.
3- Masukkan 1 paket rempah ikan bakar dan 1/3 cawan air. Masukkan 1 sudu besar gula (Untuk mengurangkan rasa masam rempah).biarkan sos mendidih dan masukkan cili merah.
4-Goreng  sampai naik minyak dan masukkan ikan yang digoreng tadi.Kacau sebati ikan dan sosnya.Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidang


Cream Puff


Morning,morning,Made this for breakfast today.Something that my whole family love it.
Dah lama nak cuba buat creampuff ni.Dapat resepi ni dari homekreation.Tengok gambar pun dapat rasa sedapnya.Ini lah hasilnya cubaan yang pertama.And memang awesome.Later want to make for second round with double recipe for the custard.We love to eat with more custard filling.Thanks Roz for the wonderful resipe.


Bahan-bahannya
250ml air
78g butter
93g tepung
4 biji telur


Cara memasak
1-masukkan butter dan air kedalam periuk dan didihkan sekejap.Alihkan dari api dan masukkan semua gandum.kacau adunan dgn sudip kayu sampai rata.Letakkan semula keatas api dan kacau hingga tak melekat pada periuk. sejukkan sebenrar
2- masukkan telur sebiji demi sebiji kacau mengunakan cake mixer sehingga smoth
3-Paipkan atau sudukan keatas tray pembakar.Bakar dgn suhu 250c selama 10 minit dan turunkan suhu pada 180c selama 15 minit sehingga kuning keemasan.


Bahan-bahan Kastard
2 biji kuning telur
50g caster sugar
30grm gandum
200ml fresh milk


Cara memasak
Campurkan semua bahan dan kacau hingga pekat dan masak

Cara menyediakan puff
1-Puff yang dah masak dan disejukkan boleh lah dipotong 2(jangan sampai putus)Masukkan castard kedalamnya.
2-Masak 200grm cooking choclate dan sudukan keatas cream puff tadi.Boleh juga ditaburkan gula aising jika suka.

p/s : Castard filling tu simpan dalam peti sejuk dan masukakn dalam puff.Emm.yum......yum.sejuk-sejuk nyaman kalau makan for te time.




Friday, November 26, 2010

Roti Jala kaler-kaler


Morning every one. Ini resipi breakfast pagi ni.Pagi pagi kita bangun menjala sebab masih lagi dalm musim tak boleh masak daging.tapi ini menjala kat darat aje jadi tak dapat la ikan.Resipi memang dah ada.Tapi masa Puan Ros jalan-jalan kat blog masakan ada beberapa blog yang buat roti jala kaler-kaler.Memang cantik cara dia org menjala.Tapi Puan Ros tak brapa pandai tak apa tetap nak buat juga.Kat sini tak sebut nama blog-blog tu sebab ada banyak yang mencuba.Walau apa pun thank you  pada mereka semua for sharing the resipi.Depa punya memang cantik .Kita punya so so aje tapi meriah sebab kaler kaler..Hari ni makan dgn kari lain kali nak buat kuah manis la pulak sebab kaler dia buat kita rasa ceria dan manis. masa tulis blog ni tiba-tiba nampak my laling tengah cicah roti jala ni dgn gula for lunch.kan dah cakap warnanya buat kita ceria dan rasa manis. hi hi hi

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1sudu kecil garam
sedikit kunyit serbuk,pewarna merah dan hijau.
Minyak masak 

Cara Memasak
1- Campurkan gandum,air,susu,telur dan garam.Blend sampai halus.Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna setiap satu.
2-Panaskan kuali. Lipatkan kitchen towel dan celupkan kedalam minyak masak.Sapu rata pada kuali.
3-Senduk adunan dengan sarang roti jala dan liraikan dalam kuali dari kiri kekanan dan atas kebawah beberapa kali..Biar sampai masak.
4-Angkat dan lipat roti jala mengikut bentuk pilihan  masing-masing.
p/s*  Puan Ros buat 2 adunan sebab 1 adunan tak brapa nak cukup-1 adunan tu boleh dapat dalam 15 biji.
     * 2/ 3 biji yang pertama mesti tak boleh pakai sebab melekat kat kuali.Lepas tu bila kepanasan kuali dah ok semuanya menjadi la ya.So jangan bimbang.







Kangkung Goreng Cincaluk

Salam.Ini resipi dinner malam tadi.My nice neighbor went to Melaka and give me a bottle of cincaluk.Ikhlas cakap Puan Ros tak pernah makan cincaluk.Pelik ke? tak la ,sama aje dgn crita orang tak tahu makan  budu.Orang luar kalau tengok dan bau budu pun lari jauh2 kot .tapi lain crita dgn my laling,kalau hidang budu lagi cepat dia duduk dan makan..Walau pun dia pure city boy and lain bangsa.Tapi bak makanan orang kampung dia suka sangat, maybe itulah sebab kami ditemukan jodoh.Ewah....Cerita cincaluk jadi cerita budu pulak.Ok lah pikir punya pikir beli kangkung patut masak dgn belacan apalagi convert lah jadi kangkung cincaluk.My laling pun convert kan? so bak convert-convert ni memang dah biasa la..; layar
Bahan-bahannya
1 1/2 ikat kangkung (1 ikat sikit sangat ,2 ikat banyak pulak.hi hi hi)
2 sudu besar cincaluk
1/2 labu bawang besar(ditumbuk kasar)
3 biji cili padi (ditumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1/2 biji cili merah (ditumbuk kasar)
sedikit garam(tak nak masuk pun takapa.ikut selera sendiri sebab cincaluk dah masin)
Cara memasak
1- Kangkung dipotong dan cuci bersih.Toskan
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.Masukkan cincaluk dan goreng sampai terbit bau.
3- Masukkan kangkung dan kacau rata.rasa jika masinnya sesuai dgn selera .Jika tak tambahkan garam
4- Boleh juga masukkan sedikit air jika nak lebih kuah.
p/s gambar tu diambil masa tengah makan, so dah habis separuh



Thursday, November 25, 2010

Mangkuk Roti Berlauk

Salam semua.Ini Resipi breakfast pagi ni.Resipi ni bagus untuk anak-anak dan mengenyangkan.Bahan-bahannya pun senang.Puan Ros buat ni masa hari jadi hana dulu.I saw this recipe sometime back in the magazine.Recipe asal tak ingat sepenuhnya.Tapi bahan asasnya roti dan telur senang nak ingat.\

Bahan-bahannya
 18 keping roti(banyak ke? kat umah ni ada 6 org hari ni so nak buat 2 /3 biji seorang)
2 cawan susu segar

2 biji telur
1 cawan cheese emborg pizza topping(Giant ada jual)
butter secukupnya

bahan inti
2 batang sausage
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
2 batang daun bawang
1/2 labu bawang besar
seulas bawang putih
secubit garam
3 sudu besar minyak masak

cara-memasak inti
1- Panaskan minyak .tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.masukkan sausage.Goreng sekejap.
2-telur dicampur secubit garam dan dipukul sedikit bersama susu.Tuangkan kedalam sausage tadi. masukkan daun bawangGoreng hingga telur masak.(Jangan sampai kering).Angkat dan sejukkan.
3-Roti dibuang tepinya dan disapukan sedikit butter.Masukkan kedalam tin muffin.Tekan-tekan sedikit supaya menjadi seperti mangkuk.(tin muffin disapu sedikit butter sebelum dimasukkan roti).
4-Masukkan satu sudu besar inti  kedalam setiap manngkuk roti tadi.
5-Susu yang 2 cawan tadi dipukul bersama 2 biji telur.Kemudian masukkan bancuhan susu sebanyak 2 sudu besar kedalam mangkuk roti.,
6-Potong dadu 5 keping tepi roti dan campurkan bersama cheese.Taburkan campuran ini keatas mangkuk roti tadi..
7- Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas roti nampak garing.








Wednesday, November 24, 2010

Dory goreng tepung

Salam semua.This few days you all going to see only the fish recipies.Very sorry Mr. Cow , we had enough of you during raya korban.Small laling and senior laling memang tak nak makan daging dah.....Sebulan dua lagi ok la tu kot....amin. So hari ni pagi-pagi suruh my 2nd princes go to giant to buy dory fish.Bolehlah considered as fish and chip.Kubis dan carrot pun ada,bolehlah buat coselaw.


Bahan-bahannya
5 keping ikan dory dipotong 2
2 cawan tepung beras
1 biji telur
sedikit kunyit serbuk
serbuk berperisa lada putih ajishio
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
 garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Basuh bersih ikan dori.Boleh mengunakan air limau semasa mencuci jika mahu.Keringkan sedikit airnya.
2- Perapkan ikan bersama perasa ajishio sekejap.
3- Bancuh tepung beras bersama air,kunyit dan sedikit garam.(Biarkan adunan sedikit cair kerana akan menjadi pekat setelah dimasukkan ikan bersalut tepung gandum nanti).
4- Ambil sekeping ikan dan golek-golekkan dalam tepung gandum(Jangan terlalu banyak gandum pada ikan)
5- Celupkan ikan tadi kedalam bancuhan tepung beras dan goreng terendam dalam minyak yang agak panas.
6- Gorenglah sehingga ikan kuning keemasan dan hidang semasa panas.







Koleh Ubi Badak

Hi semua.I cooked this around 10.30 at night.Ubi badak ni dibeli masa kat kuantan hari tu.Dah lama tak makan ubi rebus.Nampak aja ubi badak ni terus beli Puan Ros beli yang warna putih campur purple.Sampai rumah pagi-pagi bangun rebus ubi for sarapan.But sad to say Puan Ros dgn laling saja makan .Puteri-puteri tu tengok pun tak nak.Ayo.......geramnya.Sedih tengok ubi yang tak disentuh dalam pinggan.As not to waste the ubi,keluarla idea meracau ni.....Tapi bila dah masak dan siap untuk dimakan semua cakap sedap pulak........emm....


Bahan-bahannya:
2 ketul besar ubi badak
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan gandum
1 cawan santan
1 biji telur
Cara-caranya
1- Ubi di kupas dan dicuci hingga bersih.Rebus sampai empuk.Air mesti menutupi semua ubi semasa merebus.
2- Lenyek ubi sampai hancur.Masukkan air rebusan ubi tadi bersama santan.Campur hingga sebati.(air rebusan ubi ni agak pekat dan berkanji.Nasib baik air nya belum dibuang masa nak masak koleh ni)
3- Masukkan telur dan gula dan kacau lagi sampai sebati.
4- Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuang adunan kedalamnya,Kukuslah sampai lidi keluar bersih bila dicucuk kedalam koleh.
5- Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.Boleh juga disimpan didalam peti semalaman sebelum dihidang.












Gulai Kuning Ikan Kurau Masin

Salam makan malam semua.Sepanjang percutian kat kampung masa raya asyik makan daging aja. Sana sini org korban dan buat kenduri.Gulai ! singgang !, goreng ! ,sup ! semuanya daging. Mr hubby dah tak lalu nak makan daging and Hana is phobia since last year when we went back and did the korban.When ever masak daging dia tanya Is this a cow? dan terus tak makan.So this year we decided not to let her follow all the cousins to the korban place.Emm.... still the same question  IS THIS A COW? My poor little little laling. Nasib baik my senior laling tak cakap benda yang sama.So today nak dived their attention from the cow,  masak la gulai ikan masin ni.Apa lagi my laling senyum sampai ketelinga la.......ada juga komplennya tak ada sambal belacan .Sabor aja la...........


Bahan-bahannya
100 gram isi ikan kurau masin
2 cawan santan
5 biji bawang merah
5 biji cili padi
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
1 keping asam gelugor
1/2 sudu kecil gula
1/2 inci kunyit hidup
1 biji timun dipotong lapan


Cara memasak
1- Bawang merah , cili padi dan kunyit dimesin halus.
2-Masukkan santan kedalam periuk bersama bahan kisar tadi.Masak sebentar.
3-Masukkan ikan kurau dan masak sampai santan mendidih..Masukkan gula dan asam keping.Biarkan hingga santan naik minyak barula gulai terasa masin tampa memasukkan garam..Masukkan timun dan cili merah dan hijau.
4-Biarkan selama 5 minit lagi diatas api sederhana sebelum diangkat.
5-Gulai sedia diangkat setelah kuahnya terasa masin.






Tuesday, November 23, 2010

Prata sardin Puff

Morning everyone.Ini adalah N3 yang didelayedkan almost 1 week already.Puan Ros balik kampung (Kelantan) for raya korban .After spending 5 days at my mum's house we took a drive for cuti-cuti Malaysia di east coast.Dah lama tak pergi keTrengganu dan Pahang.Suprisingly Sepatutnya kat east coast ni musim tengkujuh tapi cuacanya panas terik dan pantai pun ombaknya tak setinggi gunung. Maybe the weather know that we are coming... (Puan Ros is on the way)hi hi hi.  Alhamdulillah.....We spend 1 night in K.Trengganu and 1 night in Kuantan. My 3 princess and the cousin enjoyed themselves taking a boat ride in Trengganu and me....mesti la shopping at pasar payang , and makan-makan along the way to kuantan.Hana had fun taking a night walked along the beach at Teluk Cempedak.We also took her to Kuantan mini zoo.This is surely a fun short holidays for all of us.
Puff ni Puan Ros masak for breakfast before we left for kampung.My laling (Mr. hubby) said "bungkus and makan dalam kereta boleh?" Ok.......makan kat mana pun boleh janji habis. Jom tengok resipi yang sangat senang dimasak ni ya.


Bahan-bahannya
1 packet roti prata (Frozen)
1 tin besar sardin
1/2 labu bawang besar dipotong dadu
1/2 biji clili merah / 2 biji cili padi dipotong kecil
secubit garan dan sedikit lada putih
1 biji kuning telur


Cara memasak
1- Setiap keping roti prata dipotong dua
2- Sardine dihancurkan.Masukkan bawang dan cili padi gaul rata.
3- Masukkan garam dan lada putih(ikut citarasa sendiri).
4- Letakkan sardin ditengah-tengah roti prata dan lipat menjadi bentuk 3 segi.Tekan keliling mengunakan garpu.
5-Sapukan kuning telur dan bakar selama 20-25 minit dalam oven 180c atau sehingga puff kekuninggan.
Just a few snap shots of our holidays photos








































Sunday, November 14, 2010

Tauhu Bungkus

Hi .. a very good evening to you all ladies..Tauhu ni masak for tea time today. Suppose to clear apa2 balance kat dalam fridge sebab lusa nak balik kampung hariraya.So my humble small kitchen here will be closed for a  few days.Idea resipi ni sebenarnya dari pasar malam.Asal gi pasar malam mesti nak beli tauhu ni,Hari ni hati berdetik-detik kata cuba buat...cuba buat....tapi kat pasar malam makcik tu pakai tepung gandum.Puan Ros guna tepung goreng serba guna adabi campur bread crum.Boleh juga rupanya ya !


Bahan-bahan
6 keping tauhu
1/2 biji timun
20 sen taugeh
2 biji cili padi (nak lebih pedas tambah ya)
1 tangkai daun bawang


Bahan tepung
2 biji telur
90 gram tepung goreng serba guna adabi
50 gram bread crumb
Air secukupnya
Minyak untuk deep fry


Cara-caranya
1- Tauhu digoreng hingga kuning dan sejukkan.Kemudian potong 2 menjadi bentuk triangle.
Buat slit ditengah untuk dimasukkan inti.
2- Timun dipotong halus.Rendam taugeh dalam air panas selama 3ke 4 minit.dan toskan.Potong cili padi dan daun bawang.Campurkan semua bahan sayur.
3-Masukkan hirisan sayur tadi kedalam tauhu.Ketepikan.
4-Didalam mangkuk campurkan tepung goreng adabi,bread crumb dan telur.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh sampai bancuhan nampak tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat .
5-Celupkan tauhu tadi kedalam tepung bancuhan dan goreng hingga garing dengan api sederhana.(lakukan perlahan-lahan semasa mencelup supaya inti tak terkeluar).
6-Hidang bersama thai cili sos.
p/s : Tak payah masuk garam sebab tepung serbaguna dah ada perasa.



Saturday, November 13, 2010

Baked Potato With Sauce


Salam semua dah 2 3 hari tak tulis blog.Busy sangat kat kindy.With a few activities to prepared for children before school holidays.I baked the potato before pergi kindy pagi tadi.Siapkan sos sekali so balik dari kindy nanti boleh terus bakar aja for lunch.Sumber resepi dari Ana olson programe(afc) tapi bahan sosnya, resepi Puan Ros sendiri.


Bahan Untuk Kentang
5 biji potato yang agak besar saiznya
1 sudu besar butter (disapu pada kulit kentang)
1/2 sudu kecil garam

1/3 cawan fresh milk 
1 sudu besar yogurt (boleh ganti dgn sour cream)
1 tangkai daun parsley dipotong halus
1 sudu besar butter(dilenyek bersama kentang)

Bahan Sos 
3 sudu besar butter
3 sudu besar gandum
2 cawan air
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 ketul chicken stock
1 sudu kecil garam
2-3 sudu besar kicap pekat manis 
beberapa titik sos wochestershire(optional)
serbuk lada hitam (optional)



Cara memasak kentang
1- Basuh bersih potato dan keringkan.Lumurkan  semua kentang dengan butter dan garam .Bakar dalm suhu 200c selama 30 minit dan turunkan suhu kepada 180c selama 30 minit lagi.
2- Bila potato masak potong sedikit diatasnya dan keluarkan isi potato.Biarkan potato berlubang. Isi potato dicampurkan bersama susu.yogurt,dan butter.Lenyek hancur potato bersama bahan-bahan tadi semasa potato masih panas. masukkan juga daun parsley
3- Setelah kentang siap di lenyek masukkan semula kedalam kulit kentang tadi dan ketepikan . Tinggalkan sedikit ruang untuk sos.


Cara Memasak Sos
1- Panaskan butter dan masukkan bawang besar.Setelah bawang layu masukkan tepung gandum,Kacau jangan sampai hangus.
2- Masukkan 2 cawan air dan juga kiub ayam.Biar sampai mendidih. Masukkan kicap garam dan sos.Kacau lagi sehingga pekat dan masukkan lada hitam jika mahu.
3- Atur kentang dalam mangkuk pembakar.Siramkam sos kedalam kentang. Tabur cheedar cheese diatasnya dan bakar dalam suhu 180c selam 10-15 minit.


p/s : Puan Ros masukkan terus kacang buncis dalam mangkuk pembakar dan siram sedikit dgn sos sebelam dibakar.Tak payah lagi nak sibuk buat salad.



















Ayam Bakar

\Salam makan malam semua.Hari ni agak sibuk banyak buku yang nak di double check before TSI parent-teacher day.New parent came for inquiry and drove to IOI Mall to buy some materials for the children project on this coming Wednesday.By the time Puan Ros finished running  around and reached home wah dah pukul 5 petang.People always think we kindergarten teachers only worked half day. Oh no no no....Half day only spend with the kids at the kindy.Other things have to take care and do after school hrs.So nak senang perap kan ayam dan masuk oven.Boleh la pegi mandi manda kejap!!!!


Bahan-bahan
3 keping whole leg chicken
sedikit halia
beberapa keping potongan bawang
2 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
1/2 biji capsicum hijau dan merah atau kuning
Brokoli


Cara memasak
1- Bawang putih,bawang besar dan halia dipotong dan masukkan kedalam periuk bersama air dan garam. .Masukka ayam.Air biar sampai menutupi semua ayam.Rebus sampai mendidih dan ayam keluar minyak.Angkat dan masukkan kedalam mangkuk.
2.- Didalam mangkuk campurkan semua bahan sos bersama ayam.Masukkan juga halia,bawang putih dan bawang besar dari air rebusan ayam tadi.Perapkan selama 45 minit  ke 1 jam.
3- Sapukan sedikit minyak diatas dulang dan letakkan bawang besar dan capsicum yang dipotong tadi dan letakkan ayam diatasnya.
4- Bakar ayam dgn suhu 200c degree selama 20 minit dan kurangkan pada 180 selama 20 minit lagi hingga ayam nampak garing dan kekuningan.Balik-balikkan ayam semasa proses membakar.
5- Sos yang masih ada didalam mangkuk tadi boleh dipanaskan .Biar sedikit kering dan curahkan keatas ayam semasa menghidang.
6- Brokoli di rebus sekejap sahaja didalam air yang dicampur sedikit minyak makan.Hidang bersama ayam













Sunday, November 7, 2010

Tuna Bun

 Salam pagi semua.Pagi ni buat tuna bun for breakfast. Roti  ni kegemaran nini and I made more for my daughter to give some to her uni friends.Kesian budak-budak tu sunday pun dia orang ada exam. I tengok my 2 girls study macam nak rak, rasa macam nak buat sup dgn buku-buku tu dan bagi dia org minum.Dari skolah rendah hingga ke uni our government still got along way to go when it comes to education (to exam oriented).That's why anak-anak kita kat sinaran intelek don't have the exam.I don't believed in exam at the age of 4 ,5 and 6.But still cannot get away with homework otherwise they will not be ready for standard 1.What to do.....jom buat resipi roti ni(dapat dari Myresipi)


Bahan-bahannya
500 gram tepung beprotin tinggi
150 grm plain yogurt ( resepi asal 200grm .P.Ros masukkan 150grm sour cream sebab tu aja yg ada dlm peti)
90 grm air suam
50 grm telur (Pecahkan Kacau sedikit baru ditimbang)
40 grm gula
50 grm mentega
1 1/2  sudu  besar  yeast

Tuna Filling
1 tin tuna dlm air(Keringkan airnya)
1/2 labu bawang besar
2 sudu sos cili
telur untuk disapu keatas roti
Mayonis untuk dpipekan keatas roti



Cara membuat roti
1- Campurkan  yis dan air suam biar sampai kembang.Masukkan semua bahan-bahan roti dan yis tadi dalam mangkuk besar dan uli adunan roti hingga lembut.
2- Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab dan rehatkan selama 1 jam.
3- Tumbuk-tumbukkan adunan yang telah naik 2 kali ganda tadi dan bentukkan bulat-bulat.Rehatkan dalam 10 minit lagi
4- Masukkan inti dalam setiap roti..sapukan roti dgn telur .Potong roti dgn menggunakan gunting.jangan sampai putus.pipekan mayonis keatasnya.
5- Sapukan dulang dgn sedikit minyak.Bakar roti dalam oven 180 degree selama lebik kurang 20 minit

p/s : Puan ros masukkan blueberry pai filling dlm beberapa biji roti ni.Dan taburkan badam keatasnya. 


 masukkan inti dan buat round shape.Cut the bun using the scissor
pipe the mayonnaise on top and  sprinkle the almond for the bun with blueberry filling

















Saturday, November 6, 2010

Rice Bubble Bar


Hi semua .Ini untuk minum petang hari ni.Rice bubble ni balance buat cake pop dgn anak-anak kat tadika hari tu.So kena la pikir cara nak habiskannya.Ok kita buat rice bubble bar ni ya.... anak-anak mesti suka.tapi mak ayah yang ada kencing manis tu jangan makan ya sebab ianya memang manis.Puan Ro suka ni with tea without sugar.Emmm............this recipi
is for people with sweet tooth.Boleh masukkan walnut atau kacang-kacang lain jika suka.


Bahan-bahannya
2 cawan susu pekat(boleh dikurangkan)
1 cawan koko powder
100 gram butter
4 -5 cawan plain rice bubble- putih (boleh beli di Bake with yen)


Cara memasak
1- Didalam periuk yang agak besar campurkan susu,serbuk koko dan butter.panaskan diatas api sederhana.
kacau sehingga butter melted dan masukkan telur yang dah dipukul sedikit.kacau perlahan-laahan dan matikan api bila telur kelihatan masak dan bercampur dgn coklat.
2-Masukkan bubble rice dan kacau rata.Tuangkan adunan dalam mangkuk kaca berbentuk empat segi atau
memanjang.Ratakan permukaanya dan takan-tekan sedikit supaya kemas.
3-Masukkan rice bubble bar dalam freezer paling kurang 4 jam.Boleh dimakan sejuksejuk




Crepe Blue Berry & choc chips


Salam pagi sabtu semua.Pagi ni Puan Ros nak masak crepe.Yang ni bagus untuk anak-anak kita .Dia orang mesti suka crepe choclate chips.Biasa nya crepe dilipat 3 segi.tapi tak apa lah ya kita lipat 2 aja.Janji crepe ni lembut dan sedap.Puan Ros bagi resipi asas crepe,filling tu mama-mama boleh reka sendiri.Filling crepe tak semestinya manis aja,yang savoury pun sedap juga.Lain kali kita buat yang tu .Now kita layar yang ni dulu......


Bahan-bahannya
1 cawan susu segar(Susu dlm peti ada 1/2 cawan aja so P.Ros campur 1/2 cawan susu dgn 1/2 cawan air)
1/2 cawan gandum
2 biji telur 
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak
secubit garam


Bahan Inti
blueberry pie filling (boleh beli kat kedai kek)
Choclate chips (P.ros guna Van hounten brand)


Cara-cara memasak
1- campur semua bahan crepe dan putar dgn pemutar kek sehingga semua sebati.Let it rest for 15 minutes.
2- Sapukan sedikit butter dlm kuali dan masukkan 2 sudu besar adunan crepe.
3- Untuk choclate chips crepe masak sehingga adunan crepe kelihatan masak diatasnya dan tunggu sehinnga bahagian bawahnya agak kekuninggan.Taburkan choclate chips sebanyak mana yang disukai ,biarkan sekejap.Lipat dua crepe dan bolehlah diangkat.
4-Untuk blueberry filling masak crepe sehingga kedua belah kelihatan kekuninggan.Angkat dan masukkan blueberry sebanyak yang disukai dan lipat dua.Boleh dihidangkan dgn fresh cream jika mahu.














Friday, November 5, 2010

Daging Kurma merah

Hai hai hai semua...... resipi daging ni Puan Ros masak untuk makan dengan pulut kuning masa b-day Mr hubby.Mula-mula nak masak kari daging rupanya bukan rempah kari yang ada tapi rempah kurma.Huk huk huk.Tak pa tak pa! masa menjelajah blog otai2 masak dulu pernah nampak resipi daging kurma tomato, tak ingat bolg siapa .tak apa biar Puan ros masak dgn ingatan yang samar-samar ni sebab malas nak buka laptop.


Bahan-bahannya
700 grm daging 
1 biji bawang besar (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
halia sebesar ibu jari (blend)
1 biji cili merah (blend) 
3 batang serai (blend)
kayu manis,bunga lawang  buah pelaga
santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar tomato puree
1 paket rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 paket kerisik


Cara Memasak
1- Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.Masukkan bahan-bahan yang diblend..kacau sekejap dan masukkan rempah kurma yang dicampur sedikit air dan tomato puree.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging dan biar sehingga mendidih dan air daging kering sedikit..
3- Masukkan santan. Biarkan hingga mendidih.Masukkan sebiji cili hijau yang dibelak 2 dan 1 biji tomato yang dibelah 4.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4- Bila kurma dah mula mengering masukkan kerisik dan kecilkan api. Masak sampai daging empuk rasalah garam gulanya dan tambah apa yang patut ikut selera masing-masing.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info