Yorkshire Pudding 3


Salam pagi sabtu.Dah sarapan semua? Kalau belum jemput la kesini.Dah agak lama tak makan yorkshire pudding ni,Pagi ni agak sunyi ,sebab little laling left the house as early as 7.30 am to attend 1 of her best friend school concert at Sri Kuala Lumpur.So kita melilau didapur sorang2 dan tak tahu apa nak makan for breakfast. Entah macamana la bayangan yorkshire pudding ni tiba2 muncul dalam kepala dan rasa-rasanya boleh dijadikan brunch terus.Kali ni kita olah sedikit dari resepi asal sebelum ni.Jemput masuk ..rasa...dan cnp jika suka ya.

Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 170grm tepung gandum
* 1 cawan susu segar
* 3/4 cawan air
* 2 biji telur gred B
* secubit garam
* 3 titis pewarna kuning
* lebih kurang 1/3 sudu kecil baking powder

 Cara-caranya:
1- Kocok telur dan masukkan campuran susu dan air.Kocok lagi hingga semua bahan sebati.
2- Camprkan tepung gandum,garam dan baking powder.Buat lubang ditengah dan masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit serta dikacau rata.Tapis bancuhan kedalam mangkuk bersih dan biarkan dalam sepuluh minit.
3- Sapukan seluruh muffin pan dengan sedikit minyak dan masukkan juga lebih kurang 1/2 sudu kecil minyak kedalam muffin pan itu.
4- Panaskan oven pada suhu 220C dan masukkan muffin pan tadi.Biarkan dalam 5 minit atau hingga minyak betul-betul panas dan keluarkannya dari oven.Tuang bancuhan tepung tadi kedalam acuan muffin (pastikankan jangan sampai penuh untuk mendapat lengkukan seperti mangkuk)
5- Bakar selama lebih kurang dalam 15 minit atau hingga pudding bertukar perang.

Nota: 1- Puding akan mengelembung semasa proses memasak dan akan turun semula selepas dikeluarkan dari oven.Sekiranya ada sedikit minyak dalam lengkukan pudding tadi setelah masak sapukan aje minyak tu dgn kitchen towel.
           2- Yorkshire pudding ni hari ni P.Ros hidang bersama tuna yang dicampur mayo dan potongan dadu bawang besar serta sedikit serbuk ajishio. 


                                                      happy cooking




Comments

  1. Kak Rose...
    Teringin nak buat..mesti sedap mkn tuk bekpas..tak un tuk minum petang kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Ros,

    wah sedap nie utk minum ptg...utk Nur ada tk?? Hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam Nur, belum terlambat masih ada beberapa biji.Jemput ya!

    ReplyDelete
  4. h ssedapnyaaaaaaa...sukaaaaa...hehhehe....makcik pun suruh saya masak YP ni...dia dah siap2 beli jem strawberry...kekkeke

    ReplyDelete
  5. Salam ros,, faveret k1 gak yp ngan tuna mayo besttt...

    ReplyDelete
  6. salam kak ros...sedapnya utk minum petang ni...minum pulak teh o panas,,,perggghhh terangkat beb....hihihi

    ReplyDelete
  7. Cakkkk akak cayang,wah YP bila enjin turbo ni nak panas

    ReplyDelete
  8. Q....cepat2 cepat buat .dah petang ni,nanti tak sempat nak wat minum petang.

    ReplyDelete
  9. Salam Liza,Jom minum kar dapur kak Ros.Ada lagi 2 biji.

    ReplyDelete
  10. Cik mimi ooii cik mimi....ni musim hujan.lagi la lambat enjin turbo awak nak panas.Cekal kan hati,kuat kan semangat.Mimi boleh!

    ReplyDelete
  11. Salam KakRos. Kalau dah ulang2 buat gerenti sedap ni.... Along tak pnh rasa lagi ni, tatau lah bila rajin.

    ReplyDelete
  12. Along.resepi yang paling senang nak buat dan bahan-bahannya memang bahan asas dalam masakan yang pastinya kita semua ada stok kat dapur,sebab tu boleh buat bila2 masa kita rasa nak makan.Dah dapat seru nanti boleh la buat ya.

    ReplyDelete
  13. Menyelerakan, satu pasti tak cukup....

    ReplyDelete
  14. Kak TnT memang sebiji tak cukup untuk ros..hihihi..kena makan berbiji-biji....

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Ros..Adusss dari pertama kali kak Ros post resipi ni kat "Sinaran Menu", terus saya bercita-cita nak membuatnya, tapi sampai yang keberapa kali Kak Ros tayang lagi dan lagi, masih juga saya tak terbuat2..Jelessssnyaaaaa.....

    Psstttt..Bagi sikit saya vit R Kak Ros tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts