Mangkuk Dumpling Berlauk

  Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam.
Resepi hari ni pun adalah resepi yang pandai2 dihijrahkan oleh P.Ros.Ya la biasanya dumpling digoreng dan dibuat sup.Hari ni kita hijrahkan dia dengan membakarnya pulak.Boleh  dimakan bila2 masa dan enak dijadikan appetizer.
Intinya banyak berbaki tapi tak rugi sebab boleh buat inti telur bungkus atau pasta bakar lepas ni. Hari ni P.Ros buat 2 jenis inti sebab little laling tak makan daging sejak 2 tahun lepas (dia phobia tengok lembu dipotong semasa Hari Raya Haji 2 tahun yang lalu).Jom tengok resepi.
Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan kulit
* 18 keping kulit dumpling bentuk bulat
Bahan Inti
* 400 grm daging hancur (1 tiub)
*- 1 biji bawang besar potong dadu
* 1/4 biji potongan capsicum merah + 1/4 biji potongan capsicum kuning dipotong dadu
* 2 sudu kecil tomato puree
* 1 sudu besar rempah kari daging
* 3 ulas bawang putih
* 2 batang daun bawang
* 2 sudu minyak masak
Bahan Sayur
* Daun salad atau Lettuce secukupnya (pastikan sayur dibasuh terlebih awal dan keringkan airnya).

cara memasak
1-Masukkan sekeping kulit dumpling kedalam muffin pan.Tekan sedikit tapi pastikan tidak terlalu banyak lipatan ditepi sebab takut susah untuk meletak inti bila ianya terlalu tertutup.
2-Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 10 minit atau keselurahan kulit dumpling bertukar warna dan tidak lagi berwarna kuning.Bahagian tepi atasnya juga bewarna perang.
Angkat dan ketepikan.
3- Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar.Kacau hingga terbit bau,masukkan pula tomato puree dan rempah kari.Goreng hingga semua bahan garing.
4-Masukkan pula daging hancur dan masak hingga air daging kering.Masukkan garam dan sedikit gula(P.Ros guna 1/2 keping kiub pati ayam.
5-Masukkan pula potongan cupsicum dan daung bawang .Kacau rata dan rasa la masin manisnya.
Angkat dan sejukkan sebentar.

                                      Mangkuk dumpling inti tuna+mayo pilihan little laling

Cara menghidang
1- Letakkan sekeping kecil potongan daun salad kedalam mangkuk dumpling dan masukkan 1 1/2 sudu kecil bahan inti.
2- Siap untuk dihidang.

Nota
* pengunaan daun salad adalah untuk menjadi pengalas pada inti agar bawah kulit dumpling tidak menjadi basah oleh minyak atau air dari bahan inti.
* Kulit dumpling yang dah siap dibakar jika berlebihan boleh disimpan didalam apa2 bekas kedap udara.
* Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing2.

happy cooking




Comments

  1. wah macam2 menu kuar cuti skolah ni..sukanya dumpling..kedai makan chinese je yg ada jual dumpling2 ni...kalau melayu jual dah lama beli...hehehe..kita tak rajin cam kakros la nak buat sendiri..huhuhu

    ReplyDelete
  2. .Q....Kak ros suka buat dumpling tapi hari ni banyak bahan yang tak ada.Kulit tu memang dah ada so ini la jadinya.Kak Ros melayukan resepinya..hihihi..

    ReplyDelete
  3. macam2 ada kat sini ya ros,tak habis2 lagi kita selongkar ni.izinkan kita ambik resepi mana2 yg kita pekenan ya.:)

    ReplyDelete
  4. Silakan anymz.Selongkar la sesuka hati.Minggu depan kita dah mula kerja.Tak dapat la berlama2 kat dapur lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..Salam Maal hijrah buat Kak Ros sekeluarga...

    Wahhhhh good idea, yang pernah saya tgk kat maz, diorang goreng, tapi versi ni lebih sihat sebab bakar

    ReplyDelete
  6. Salam sue,kak ros pun biasanya goreng atau buat sup,Tapi hari ni tak ada udang dan sengkuang,so kak ros hijrahkan dia kedalam oven.Salam Maal Hirah.

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah buat kak Ros....

    wah kita suka nie kak...mmg good idea...thks for sharing...nanti one fine dy nk cuba juga la...hehe.

    ReplyDelete
  8. Kak Ros..mieza tak reti nak wat mangkuk dumpling tu..sebab bila canai tu kena nipis je kan..mieza pernah tgk kat TV org tu buat senang je..mieza rasa kalau mieza buat mesti hodoh je bentuknya hahahaha! Seddapnya kak ros kuih ni..

    ReplyDelete
  9. Mieza sayang oii..tak payah canai-canai.Benda tu dah siap.boleh beli kat mana2 supermarket.

    ReplyDelete
  10. AS-SALAM KAK ROS
    eemmm.....menggoda kalbu..npk sedap..

    ReplyDelete
  11. Salam Ady.Memang sedap.Tapi gigi nak kena kuat nak makan ni.sebab dia krukkkrakkkrukkkrakk..hihihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts