Meat Floss Roll Bun


 10.00 am
Salam Sabtu.Enjoy the photos first.Today is mother and daughters day out.Will update the recipe later.Resepi dari sini.
5.00 pm
Hai I'm back and here's the recipe.Hari ni pagi2 lagi kita bangun sebab teringin sangat nak cuba resepi ni.Biasa beli dari bakery ,malam tadi merayap sana sini dan singgah kat blog Rima.Dan dia mention tentang blog tuan resepi kat atas tu,Kita pun pi intai dan ternampak resepi ni dan roti yang dibuatnya sangat cantik.hati tak boleh tahan,masuk dapur dan tengok ada tak bahan2 untuk buat roti ni.Alhamdulillah semuanya ada kecuali chicken floss,tapi kita masih ada 2 paket sambal daging yang dibawa dari kelantan.So kira ok la tu.Cuma next time nak cuba dgn chicken floss pulak.Thank you pada tuan resepi yang cantik jelita.Kalau nak tengok resepi asal jemput la singgah kedapurnya.
Bahan-bahannya
* 200 grm tepung roti + 50 grm tepung roti
* 50 grm tepung gandum
* 30 grm gula halus
* 1 sudu makan  susu tepung
* 6 grm yeast (1/2 packet)
* 2 biji kuning telur
* 100 ml air (P.Ros guna 1/2 cawan air)
* 50 grm majerin(P.ros guna butter)
*1/4 sudu teh garam
Bahan Topping
* 1 biji kuning telur
* 2 batang daun bawang potong halus
* bijan goreng tampa minyak secukupnya.
Bahan Filling
* Mayonies
* chicken Floss(P.Ros guna Meat Floss)

Cara membuatnya (cara P.Ros)
1- Campurkan 200 grm tepung roti bersama 50grm tepung gandum,gula,garam dan bread improver.Kacau rata.Taburkan pula yeast dan kacau lagi.
2- Masukkan kuning telur dan gaul bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit.Uli bahan roti.
3- Masukkan pula butter dan gaul semua bahan hingga sebati.Ketika ini bahan agak lembik.Masukkan tepung roti yang 50grm tadi sedikit demi sedikit. sambil menguli.Uli bahan sehingga tidak melekat dijari dan agak elastik(tepung roti tidak semestinya digunakan sampai habis) kerana ini bergantung pada kelembapan gandum yang digunakan.
6- Perap adunan dalam mangkuk yang ditutup dengan taula selama 45 minit atau hingga adunan kembang sekali ganda.
7- Keluarkan adunan dari mangkuk dan tumbuk2 sedikit untuk mengeluarkan udara.Taburkan sedikit tepung roti keatas papan canai dan canai adunan.Alihkan adunan kedalam bekas pembakar yang telah disapukan dengan butter.
8- P.Ros hanya gunakan tapak tangan untuk meneruskan proses menyanai adunan untuk mendapat saiz yang sama dgn bekas pembakar.
9- Gunakan garpu untuk membuat lubang disana sini atas adunan yang siap di canai agar roti tidak mengembang semasa membakarnya.Biarkan adunan rehat dam 10 ke 15 m init.
10-Sapukan kuning telur pada keseluruhan adunan roti.Taburkan pula daun bawang diikuti dgn bijan.Bakar roti dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 180C selama 15 minit.(jangan lebih dari 15 minit untuk membolehkan roti digulung tampa pecah)
11.Potong parchment paper yang saiznya lebih besar dari saiz roti.Keluarkan roti dari oven dan terbalikkan roti keatas kertas tadi (Maksudnya bahagian bawah roti yang dibakar tadi kini berada dibahagian atas).
12- Sapukan roti dgn mayonnaise dan taburkan meat floss.
13- Gulung roti kemas-kemas dengan mengunakan bahagian hujung kertas untuk menolaknya kedepan.Pastikan roti digulung kemas.
14- Potong roti kepada 5 atau 6 bahagian.Sapukan setiap hujung roti dengan mayonnaise dan tekan roti kedalam meat floss(P.Ros tak letak terlalu banyak meat floss disetiap hujung roti sebab meat floss agak kasar dan nampak terlalu banyak dibandingkan dgn chicken floss yang lebih halus.
15- siap untuk dihidangkan.
Nota: Harus berhati-hati ketika memotong agar roti tidak pecah atau sumbing kerana texture meat floss yang agak kasar .Jadi pastikan pisau betul-betul tajam.
                                                           happy cooking

Comments

  1. fuiyoo kt sini lg best ada roti meat floss..kita pun nk gaaaak kakros!! salam maalhijrah ye kak!

    ReplyDelete
  2. Kak ros..mieza ni kalau bab meroti mmg fail..tak pandai.. tak menjadi secantik org lain buat huwaaa...bila tgk kak ros punya roti ni sedap sgt..letak floss lak tu waaa sedap nyer kak..nak seketoiiii kak..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Ros! Cantik aje potongan roti ni dan sedap nampaknya. Tentang haddeok tu, boleh guna inti pedas kalau suka....

    ReplyDelete
  4. Mieza fail buat roti..kak Ros pula asal buat pau selalunya tak brapa gebuzzz..macam2 kan.roti tu dah habis la yang.Nanti kak ros buat lagi.

    ReplyDelete
  5. Kak TnT,Salam Maal Hijrah.Nanti Ros nak cuba buat haddeok tu sebab nampanya senang nak membuatnya.

    ReplyDelete
  6. salam maal hijtah kakros.. wahhh.. dah abis pulak stok meat floss . malam tdi anak branak mkn dgn roti.. buat roll cam ni tentu lagi sedap..

    ReplyDelete
  7. Salam maal hijrah dzana.Roti ni sedap dan mengenyangkan.Next time boleh cuba.

    ReplyDelete
  8. salam Maal Hijrah kak ros, sedap meat floss..sekali tgk cam kek gulung.Mesti sedap dan mengenyangkan

    ReplyDelete
  9. Salam lina.memang kenyang makan sebiji.So boleh potong kecil sikit jika suka.

    ReplyDelete
  10. Salam Maal Hijrah buat k.Ros.

    nampak menarik roti meat floss k.Ros...dg gulungan daging...taburan daun bawang...sedapnya.
    re; k.Ros, umur Syakirah 2 thn 5 bulan..

    ReplyDelete
  11. Salam mamasya roti ni memang mengeyangkan.Syakira baru 2 tahun ke??nampak besar ya.Budak2 memang comel.

    ReplyDelete
  12. rajinnya kak ros...saya kalau resepi byk jln keje ni malas skit nak buat...mintak yg akak punya je lah..hehhehe

    ReplyDelete
  13. Q..nampak susah ya.tapi sebenarnya senang je nak buat roti ni.Masa mula2 kak ros tengok tu terus rasa nak buat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts