Chee Cheong Fun

Salam malam semua.Hari ni kita rasa agak relax sikit sebab cuti sekolah dah bermula.So dah pasang niat minggu ni nak rehat dulu sebelum office dibuka semula.Tapi yang tak best tu hari ni dah demam pulak .Batuk.selsema dan sakit tekak.Adoi...walau pun begitu teringin sangat nak cuba buat chee cheong fun yang sememangnya menjadi kegemaran ahli2 tukang makan kat sini.maalum la makanan turun temurun keturunan my hubby.Biasanya memang beli saja,tapi last week nampak kat blog Kuali buruk yang dah cuba membuatnya sendiri.Maka semangat kita pun naik dan mula mencari resepi dan video2 yang tunjuk cara untuk memasaknya.Rupanya senang bebenor....tapi percubaan pertama ni tak la cantik sangat rupanya namun rasanya sedap.Next time tahu la kita macammana nak adjust ketebalannya, dan hubby suruh cari resepi sos yang lebih sedap dari ni.Baik Boss!!!!! 
Pastinya akan ada percubaan kali kedua.Kita buat 3 kali bancuhan resepi kat bawah ni yang diambil dari salah satu video kat youtube.
Chee cheong fun ni biasanya boleh dihidang tampa filling atau pun diletakkan udang didalamnya.Hari ni kita buat filling udang kering.

Bahan-bahan  chee cheong fun
* 230ml air
* 70grm tepung beras
* 1 sudu besar wheat flour
* 1/4 sudu garam
* 3 sudu besar minyak masak
Bahan filling
* 90 grm udang kering (direndam dalam air panas selama 15 minit dan tumbuk biar agak pecah)
* 1 pokok daun bawang dan sedikit hirisan bawang besar
* 2 sudu kicap manis
* 1 sudu kicap cair
* 1 sudu minyak bijan
* 1 sudu minyak masak
cara memasak
1-Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang besar,masukkan pulak udang kering dan goreng sebentar.
2- Masukkan pula kicap cair dan kicap manis serta daun bawang.Kacau hingga udang kering masak dan masukkan daun bawang.Angkat dan sejukkan.
Bahan tabur
*  1 packet kecil bijan (di goreng tampa minyak)
* potongan daun bawang


Cara memasak
1- Campurkan tepung beras,wheat flour dan air.Gaul rata.Masukkan pula garam.Kacau lagi dan tapis kedalam bekas yang bersih.
2- Masukkan minyak masak dan kacau hingga adunan betul-betul larut dan bercampur rata.Rehatkan selama 1 jam.(P.Ros rehatkan dalam 20 minit aje).
3- Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan sesenduk bancuhan kedalam loyang ( saiz senduk dansebanyak mana bahan yang dimasukkan kedalam loyang sebenarnya bergantung pada saiz loyang untuk mendapat ketebalan chee cheong fun yang betul) untuk mengukus Pastikan adunan dikacau rata setiap kali menyenduk adunan kedalam loyang dan loyangnya juga disapu minyak.Kukus la selama lebih kurang 5 minit.
4- Angkat chee cheong fun yang telah dikukus tadi dan biarkan seketika dan letakkan 1 sudu kecil inti sebelum digulung.(kerja menjadi lebih senang sekiranya ada 3 biji loyang yang sama saiznya).
5- Potong chee cheong fun kepada kepingan yang sama besar dan letakkan kedalam pinggan.taburkan bijan dan sos  juga daun bawang serta sedikit inti udang kering atas chee cheong fun sebelum dihidangkan.(daun bawang kita dah habis jadi tak dapat la ditabur kat atasnya.
Bahan sos
Campurkan 6 sudu kecil kicap cair bersama 3 sudu besar gula dan 1 sudu besar air panas.Kacau hingga gula hancur dan masukkan pula 1 sudu besar minyak bijan dan kacau rata.
*nota: untuk sesiapa yuang pernah buat laksam,chee cheong fun adalah jauh lebih nipis dari laksam. jadi saiz senduk juga bergantung pada saiz loyang.
                                                    happy cooking

Comments

  1. eh...macam laksam berlauk kan kak...macam best aje ni, nanti ada masa saya nak cuba lah

    ReplyDelete
  2. Cheq sue memang nampak macam laksam kan?.Sebenarnya ia patutnya lebih nipis.kalau hongkong punya lagi nipis dan putih melepak.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..dah terasa bau2 minyak bijan ...semua duk teringin nih...adusss...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Ros..kak belum pernah cuba resepi ini, memang sihat...

    ReplyDelete
  5. sedapnya... lapo lak awal2 pagi ni....
    dulu masa keja kawan ramai dak cina, suka je makan cenggini... nnti nak try gak la.

    ReplyDelete
  6. salam pagi isnin.
    Lum penah makan lagi ni apatah buat. You mesti banyak resepi masakan cina kan?

    ReplyDelete
  7. Salam Q..minyak bijan ni org yang suka makan kata bau sedap.Org yang tak suka baunya memang la akan lari jauh2 sebab walau guna sikit pun dah baukan?

    ReplyDelete
  8. Kak TnT cuba buat.Tapi pastikan kulitnya agak nipis ya.Gerai yang jual yong tau foo kat pasar malam biasanya jual chee cheong fun ni.

    ReplyDelete
  9. Kak ros sama macam nak buat laksam aje kan?Cuma chee cheong fun lebih nipis je.

    ReplyDelete
  10. Bundo, salam cuti skolah...lagi kuat la dapur berasapkan????? Tak dok la kata banyak resepi,tapi kena belajar masak masakan cina,kalau tak kempunan la laling kita sebab mak nya dah lama meninggalkan alam semesta ni.So apa yang boleh kita masak la untuk dia.

    ReplyDelete
  11. Salam & Slmt pagi Puan Ros...
    Selalu nyer mama beli jer di pasar chee cheong fun nih sbb tak tahu hendak membuat nyer :( Anak bujang paling suka mkn buat sarapan bersama kicap pekat & sambal manis jer. Minta izin C&P resipi yer Puan Ros :) tq

    ReplyDelete
  12. as-salam kak ros
    pernah makan Chee Cheong Fun..tapi tak pernah buat..rajinnye kak ros buat sendiri...

    ReplyDelete
  13. kakak ku cayang wah sekarang ni dah glam de amour tahniah ,hehehe selalu aje dengar chee cheong fun ni tapi tak pernah merasa lagi:)

    ReplyDelete
  14. Mama Hawa.silakan cnp.kita konsi resepi ni ramai2 biar bankrup apek2 atau tokeh2 pasar malam yang jual chee cheong fun ni dengan harga yang agak mahal sekarang.hihihi...

    ReplyDelete
  15. Ady cuba buat .Senang dan agak cepat membuatnya.

    ReplyDelete
  16. Mawar merah,pastinya kena cuba sebab senang aje.

    ReplyDelete
  17. Mimi,tukang masak demam ni!!!!glamor ke???Tak de la kot...macam kak ros cakap hari tu mmemasak ni dah dibuat berzaman dulu sebelum adanya blog,dulu masak boleh hilang stress sekarang tambah lagi 1,berblog pulak pun boleh hilangkan stress.Mimi sihat?

    ReplyDelete
  18. Aslmkum k.Ros.

    Belum pernah mkn Chee Cheong Fun ni...nampak menarik cara membuatnya..
    moga k. Ros cepat semboh dari demam...

    ReplyDelete
  19. Salam Mamasya actually chee cheong fun ni memang makanan kegemaran org cina for breakfast.Tapi gerai yong tau foo org melayu kat pasar malam pun jual ni dan sosnya biasanya dah dimelayukan pun.Cuba la.Agak senang membuatnya.

    ReplyDelete
  20. slm kak ros...tak sihat yer...take care ye, mkn ubat dan byk2 minum air...emmm sedapnyer kuih ni,lum pernah mkn kut ni, apatah lg m'buatnya

    ReplyDelete
  21. Salam ida.Ni makanan kegemaran org2 cina untuk breakfast dan masa makan dimsum.

    ReplyDelete
  22. Assalam kak Ros, menarik ni kak lum pernah buat lagi tapi biasa mkn dgn yong tau foo tu kan:)

    ReplyDelete
  23. Salam Nieza.ya la tu...banyak jual kat pasar malam.Cuba la buat.

    ReplyDelete
  24. salam puan Ros...makan dgn yong taufu pun sedap ni kan ? yg kosong pun ok kot.hehe, harini saya buat kuah yong taufu...elok bebenor rasanya kalau matchkan dgn Chee Cheong Fun ni...mitak izin try ye.tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts