Tart kentang

Salam untuk semua. Pagi ni tak tau apa nak masak untuk breakfast la.Masuk dapur dan geledag sana sini.nampak kentang 5 biji.Nak buat apa ya? Goreng 2 tak boleh le..masih batuk dan sakit tekak! Tak kan nak buat mash potato pagi22 ni...malas le nak buar brown sos tu.Apa pun ini lah jadinya bila kita campur kentang .karot ,susu dan telur.Next time nak buat nak kena improvise sikit la sebab bawahnya ada yang melakat dan ada yang ok.Mula2 buat dalam bekas muffin saiz kecil,tapi disebabkan badan yang tak brapa sihat kita masukkan semuanya dalam satu bekas biar cepat selesai kerjanya.Tapi laling kata "mama I like the small one senang nak makan,sebiji2 masuk mulut. Ya la ling...tapi kepala ni tak brapa  mengizinkan nak lama-lama kat dapur.Next time ya.
Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut
* sedikit potongan daun bawang
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa


Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

nota: Mungkin boleh masukkan sedikit tepung untuk percubaan kali kedua nanti.

                                                     happy cooking


Comments

  1. salam puan ros...
    aduh mlm2 ni rasa lapar pulak nampak pie kentang ni.... boleh cuba ni.. bahan lain semua ada.. cuma cheese yg xde.. simpan dululah resepi... tq for sharing yer...

    ReplyDelete
  2. Hujan2 ni memang asyik lapar aje kan madiha?Biasanya bahan2 ni selalu ada kat dapur.Itu yang akak godek dan terus jadi ni.

    ReplyDelete
  3. wah..sempoi je....suka la msakan ada kentang ni....:)

    ReplyDelete
  4. Q...memang sempoi kan? apa2 yang ada belasah aja.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros..sedapnya..yana mmg suka kentang.. nnt nak try buat lah..bt kecik2 mcm tu senang sikit nak telan..xyah nak potong2 dah hehee

    ReplyDelete
  6. Yana betul tu...sebuji2 plup..plup...masuk mulutkan?

    ReplyDelete
  7. Ros.... sedapnya. baru balik dari briskwalk, lapo lak pepagi ni...

    ReplyDelete
  8. as-salam kak ros
    menariklah tart kentang ni..npk sedap

    ReplyDelete
  9. Kak Rs best nya kalau dapat join kak ros brisk walk.jemput makan.

    ReplyDelete
  10. Mawar merah kalau dibiarkan perut lapar,memang macam2 idea boleh datang.Hihihi janji dapat makan.

    ReplyDelete
  11. Assalam kak ros, lama tak dengar suara & kacau2 kak ros..
    tart kentang nampak sedapp sanagt..ada mozarella cheeses kita sukaa..masuk list lah nii..

    ReplyDelete
  12. tat kentang nampak sedap... nk masuk senarai ni..

    ReplyDelete
  13. Ayu...cakkkk..Kak Rose kat My Kuali dah modifiedkan resepi ni mesti lagi sedap..sila refer ok...

    ReplyDelete
  14. Salam norlie.silakan ambil resepi dan cuba.Adjust apa2 yang patut ya.

    ReplyDelete
  15. salalm kak ros... sedapnya... nak try wat wiken ni utk anak2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts