Otak-Otak Tauhu Kukus
Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya:
* 1 bungkus tauhu lembut
* 200 minced chiken
* 100 ml santan kotak
* 2 biji telur gred B
* 1 biji cili merah + 5 biji cili padi
* 1/2 biji bawang besar dipotong kecil
* 3 ulas bawang putih
* sedikit halia dan sedikit lengkuas
* 2 batang serai
* beberapa tangkai daun kesum (sebanyak yang disukai)
* garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Masukkan semua bahan kecuali gula dan garam kedalam blender dan mesin sampai semua bahan sebati
2- Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan garam dan gula (agak-agak la ya) kacau rata.
3- Sapu minyak masak pada 2 biji ramekin atau bekas yang menjadi pilihan masing-masing dan tuang bahan yang siap dibancuh tadi kedalamnya
4- Panaskan pengukus dan kukus otak2 tauhu selama 20 minit.Angkat dan sejukkan.Jika terdapat air diatas otak2 ambil sekeping kitchen towel dan lapkan sahaja secara perlahan.Boleh juga dimasukkan kedalam microwave sekejap sebelum dimakan sekiranya otak2 tauhu ni dimasak agak awal.
Nota: pastikan air dari tauhu dan minced chicken dikeringkan sebanyak yang boleh sebelum dicampur bahan2 yang di blend.
happy cooking
Malam Kak Ros,
ReplyDeletedh mkn belum?? Kalau belum meh makan ngan Nur sekali...jgn lupa hidangkan otak2 kukus tu sekali.
Nur mesti best kan kalau dapat makan sama-sama. Kita buat pot luck.
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletewah menarik resipi nie akak... nak cuba nanti.. nampak sedap n mmg diana suka makan tauhu... pasti sedap kan akak...
Salam KakRos. Along pun suka makan tahu, boleh lah kita gang kan. Masuk list, nampak senang jer nanti nak cuba lah.
ReplyDeletesalam Diana.kalau suka tauhu mesti cuba ni,selepas diblender ianya memang sungguh lembut.
ReplyDeletesalam Roz,bestnya kalau dapat buat potluck kan?kak Roz nak suruh Roz bawa roti arab tu.Anyway sila cuba resepi ni.Blend semuanya lembut dan cair dalam mulut.
ReplyDeleteNMPAK SEDAP NI KAK....NAK CUBE LAH..KEBETULAN MMG ADE BELI TAUHU LEMBUT NI, PIKIR NAK WAT DONUT..TP TENGOK NI TERLIUR LEBIH PULAK..HEHE...MESTI CUBA :)
ReplyDeleteW'salam, kak sihat, Ros macam mana? Nampak smooth dan sedap sekali....
ReplyDeleteNoorsha sila cuba nanti bagitahu akak Noorsha suka ke tak.
ReplyDeleteSalam kak TnT. memang lembut kat.Boleh kata cair dalam mulut..hihihi...tapi kena blend semua sekali.
ReplyDeletesedapnyer ros!!!!
ReplyDeletebundo nak buat. Angkut balik resepi ye.
Bundo sila buat.Biar pedasnya lebih ya..meleleh air liur orng yang memakannya nanti.Resepi tu FOC.Tetiba terpancul keluar dari kepala ni masa pegang silembut tauhu tu.Try ya.
ReplyDeleteAs'salam Kak Rose
ReplyDeletemula2 tengok ingat puding atau kek, kalau tak baca apa yang kak Rose tulis kompom memang tak tahu..hehehe. belum pernah cuba menu macam ni kak Rose. Insya'Allah kalau tak tahu nak masak apa kena cuba dulu resipi macam ni. Kalau guna tahu yang biasa tu tak boleh eh kak Rose :)
salam ct.Guna tauhu biasa pun boleh la rasanya.Mungkin kurang lembut aje.Tauhu tetap tauhu kan?
ReplyDeleteAs salam kak rose...selalunya 'terserempak' kt kotak komen blogger2 lain...hari ni saya nyinggah sini pulak...salam ukhwah...
ReplyDeleteSalam kenal As nanti kak ros datang ya.Terima kasih sudi singgah.
ReplyDeleteAssalam kak ros, nasib baik kita dah cuba yang dulu tu..kalau tak memang tak boleh tidur asik terkenang2 kan recipe kak ros tu..heheh..
ReplyDeleteassalamualaikum kak ros..
ReplyDeleteterharunya ayu, dapat hadiah yang sangat berharga..
ayu hargai persahabatan ini......
PS: tahu nie kalau lebih pedas gerenti en zalie suka... thanks sebab syer resepinya ya....
salam kk ros..wahh tahu kukus ..ape2 yg relevan ngan tahu cha cukup2 suka kak!! sure sedap ni kak!!!!
ReplyDeletehai Ayu,bila dah senang lenang nanti boleh la cuba ya.
ReplyDeleteSalam ayu.Kak Ros pun seronok skarang kak Ros punya 2 orang kenalan alam maya yang bernama ayu..Kedua-dua ni mesti ayu.
ReplyDeletesalam cha.Cuba ya.Nanti bagitahu akak sedap ke tak?
ReplyDeletemenu sihat ni...pasti sedapkan kak ros
ReplyDeleteBetul tu ida,sihat dan sedap.
ReplyDeleteas-salam kak ros
ReplyDeletesedapnye Otak-Otak Tauhu Kukus ni kak ros..makanan sihat..
Kak Rod..sedapnya otak2..selalu mkn yg balut dgn daun kelapa tu...sedapnya kak..ada lg tak..nk kenen skit hehehe
ReplyDeleteas-salam kak ros...saya jarang beli tauhu lembut ni...tapi suka makan...:)
ReplyDeleteSalam Ady,Memang menu sihat.Sila cuba.
ReplyDeleteSalam mieza, disebabkan tak dok daun kelapa dan daun pisang la makanya masuk dalam ramekin tu...janji sedap.
ReplyDeleteSalam Q..Rumah kak Ros selalu ada tauhu sebab my laling suka makan tauhu.
ReplyDelete