Mereka yang sudi.......

Wednesday, November 30, 2011

Puding Lemak Cendol

Salam untuk semua.dah banyak hari intai dan simpan resepi ni yang diambil dari dapur yatie dan berkenan dgn bentuk puding bunga rose yang ada kat dapur Home Sweet Home.
 Last weekend kita buat ni untuk minum petang.Sebenarnya kita jarang buat kueh mueh sebab tukang makan kat rumah ni tak brapa gemar makan kueh.Cuma my laling je yang makan.Tapi bila tengok puding ni entah kenapa hati mengamit nak cuba.Maka kita masuk dapur dan buat projek dan untuk mengalakkan sikecik memakannya sajala kita tekapkan puding tu dgn bentuk bintang.
Lucky menjadi rupanya.Dia makan 2 ketul.Yang kakak tetap sama dan siap tanya.what is this funny looking kueh?
Nak kena siku betul la....anyway I love it and my no 1 supporter (my laling la) tetap suka dan kata sedap.Thank you yatie. Minta izin copy and paste kat sini ya
 Puding Lemak Cendol
copy paste: Yatie Sinar kehidupanku
Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)(P.Ros guna 2 kotak santan 200ml + 2 cawan susu segar dan sedikit air untuk menjadikan 41/2 cawan santan)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
  • 1/2 sudu kecil garam(ni P.Ros tambah)
Cara-cara
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan td dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang.Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.

9 comments:

  1. AS-SALAM KAK ROS

    tadi ady tgk dapur kak nur ada puding cendol..dapur kak ros pun puding cendol..macam dah janji aje...btw cendol tu npk cantik..menarik moulds bintang2 tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Ros

    Oh patut la tersedak2 kita...ghuper nya ada org sebut2...hehe...

    wah kat sini pun ada puding cendol...mmg betul tu kak Ros kata Ady mcm dh berjanji gitu...walaupun jauh dimata tapi hati kita dekat kan kak? Hehe...cantik apa puding tu kak...siap berbintang2...mata kita pun tengok berpinar2 berbintang2 jugak nie...haha.

    ReplyDelete
  3. salam kak ros.. baru blk dr rumah kak nur tgk puding cendol.. hihi.. tgk2 kak nur pun dh komen.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ros..Wahhhh dah siap pun puding cendol Kak Ros..saya harap simpan resipi jeee..tak terbuat2 lagi...samalah, kat rumah saya pun mana laku kueh2 ala-ala talam atau pun puding...kalau buat makan sendiri lah jawabnyaaaaa....

    ReplyDelete
  5. Kak Ros...
    Haaaa...kita serupa...kak ros buat puding...cek lak buat talam...jom tuko2 makan lak....he he..:)

    ReplyDelete
  6. Sama juga kat sini, kalau talam atau kuih muih kita kurang laju sikit tapi akak suka. Cantik yang bentuk bintang tu.....

    ReplyDelete
  7. mama ros, nak puding lemak cendol satu pinggan...nak yg corak bintang2 punya! sgt kreatif! =0).

    ReplyDelete
  8. Assalam Puan Ros,
    ada puding lemak cendol di sini ye... baru tadi jumpa talam cendol, nak juga rasa PLC di dapur Puan Ros...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua sebab sudi singgah.Ambil la seketul sorang ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info