French Toast Pancakes

Salam untuk semua. French Toast Pancake.. with caremalised banana.I Love.....Resepi asal dari sini. Memang sedap,tapi yang kencing manis dan yang berdiet tu tak payah la mencubanya.For those with a sweet tooth dipersilakan mencubanya.I enjoyed eating this with my 1st princess last sunday morning before we started making the chee cheong fun.Ada pula secawan kopi..aduh memang pagi minggu yang nikmat.Both of us go...emmm.emm..yum..yummm
Bahan2 French toast pancakes:
* 12 keping roti gardenia (resepi asal guna 16 keping)
*3 biji telur (resepi asal guna 4 biji)
* 1 sudu kecil cinnamon
* 1/2 cawan buttermilk (P.Ros campurkan susu dan 1 sudu kecil cuka)
* butter untuk mengoreng

Untuk Pisang
* 3 biji pisang dipotong bulat
* 4 sudu butter
* 1/2 cawan gula perang


Cara menyediakanya

1-Potong setiap kepingan roti mengunakan apa2 acuan berbentuk bulat.
2- Dalam mangkuk kocok telur,buttermilk dan cinnamon hingga sebati.Celupkan roti sekeping2 kedalam bancuhan telur tadi.Buat untuk kedua2 belah roti tapi pastikan roti tidak terendam dalam bancuhan takut nanti roti menjadi soggy atau kembang.
3-Panaskan sesudu butter dalam kuali dan goreng roti hingga garing kedua2 belahnya.pastikam cuci kuali dgn kitchen towel jika kuali sudah menjadi seperti hangus  sebelum mengoreng kepingan roti yang baru.
Untuk Pisang
1- kacau gula merah dan butter diatas api sederhana panas hingga gula hancur.Kacau2 seketika .
2- Masukkan pisang kacau rata untuk beberapa minit dan tutup api
3- Letakkan pisang berkeramel keatas pancake dan hidang sewaktu masih panas bersama secawan kopi.
Nota: P.Ros masukkan 1 sudu besar air kedalam bancuhan gula semasa memasak untuk mendapatkan sos yang tak terlalu pekat.


                                                         happy cooking

Comments

  1. Best kalau makan dgn secawan kopi, sedap dan mengenyangkan!

    ReplyDelete
  2. Kak TnT memang sedap.Tambah lagi kalau hari hujan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Rose

    sedap lagi kak kalau dpt sekeping pancake tu...pekena ngan air nesacafe lagi nur suker...terus terduduk one corner!!haha.

    ReplyDelete
  4. Nur kak ros dgn ank kak nur makan berkeping-keping tau...memang terduduk..hihihi

    ReplyDelete
  5. French toast any time of the day :)
    Nmpk kak Rose dh buat tart kentang Puan Ros mcm best plak mama tgk minta izin ambik resipi yer :)

    ReplyDelete
  6. Kak Ros...sedapnya penkek kak ros ni..siap ada pisang mcm gitu..ini lah dinamakan sarapan sihat! Nak kenen penkek tu sekeping dua kak ros nak bawa gi opis esok..tak yah gi beli bekpes kat kantin dan :)

    ReplyDelete
  7. Mama hawa sila ambil resepi tu.Kita suka dan teringin nak buat lagi sekali.

    ReplyDelete
  8. Mieza,memang sedap dan senang.janji ada roti dan pisang serta gula perang.Dah boleh buat.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak..
    mengoda sungguh ler akak... menarik resipi nie.. diana x perna lg buat nie.. dah tergoda nie.. ;)

    ReplyDelete
  10. selamat pagi puan ros..

    wah...... sangat gebu pancakes kak ros...

    buatkan ayu sangat lapar......

    ReplyDelete
  11. akak..hawat lambat sgt kuar resepi ada pisang ni? hehehhe..saya hari tu ada setandan pisang nangka tak tau nak dibuat apa...kekeke...sedapnya..suka kuih muih ada pisang ni...:)

    ReplyDelete
  12. Sama la kita.Akak pun teringgin nak jenguk kedai ayu tapi nun jauh disana la....

    ReplyDelete
  13. Q....Lain kali kalau ada setandan tu bagi2 kan la.Kan kembong perut makan sorang2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts